Monday, January 14, 2008

kata ayah

Assalamualaikum



Masa makan-makan tengahari dekat rumah jiran,saya terdengar satu perbualan sorang anak perempuan dalam darjah 3 dengan ayahnya.Oh,bukan pergi menyibuk makan kat rumah orang,tapi jiran jemput buat makan-makan sikit pasal anak dia dapat 5A masa UPSR hari tu.

Berbalik tentang terdengar perbualan diorang ni(bukanlah sengaja nak dengar,dah duduk sebelah jek masa makan tu :P),terasa ada sesuatu yang menyentuh hati saya.Perhatikan ye......

si anak:Ayah,ana(cousin dia agaknya) ajak pergi sunway pyramid esok.Nak main ice skating kat situ.Boleh adik pergi?

si ayah:(tengah rancak berborak stop sekejap dan terus berpaling menghadap anaknya dengan senyuman seorang ayah)Kita diskas nanti masa lepas solat maghrib ye.

si anak:(Kelihatan tak puas hati dengan jawapan ayahnya tu.)Tapi diorang semua nak pergi esok.Boleh tak ayah?

si ayah:Kita diskas nanti lepas solat magrib.(tegas tapi masih boleh bertolak ansur bunyinya).Adik dah solat asar?

si anak:Belum.(tersengih-sengih)

si ayah:Ha,adik pergi solat asar dulu.Lepas solat tu doa banyak-banyak moga ayah izinkan adik pergi esok yek.Nanti lepas kita solat maghrib kita diskas lagi.

Si anak pun berlalu pergi dengan senyuman.Saya sendiri tersenyum mendengar perbualan ini.Hati rasa terharu dengan kata-kata si ayah tadi.Penuh berhikmah dan terasa betul-betul dekat dengan ajaran Islam.Solat jemaah,berdoa asas-asas dalam ajaran Islam yang memang tak disangkal berkat dan hikmahnya.Saya sangat berharap didikan seperti ini yang dapat saya terapkan untuk anak-anak saya.InsyaALLAH,sama-samalah kita.

"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”" (Hadis riwayat Muslim)

No comments: