Wednesday, January 30, 2008
about her
When asked what is your name,now she will reply with "noooonathifaaa umeeyyyyahhh".And then I had to continue with "binti?".Then she will said "bittiii hujamiii syahhhh".
She can count until 10 in english and malay but always forgot the number 3.I am trying to continue with the number 11 to 20.She now remember 14,16 and 18.Choosy ek! :P
For the A,B,C, she's trying hard.I know.Since she is learning under 'the homeschooling' with which without a friends,teacher and those 'alat bantu mengajar',I had to admit that the level of 'fun in learning' is below than those in nursery.But the 'fun' in learning with her own mother as the teacher is definitely a very precious experience either for me or her.Exciting and very stimulating! :P
During the daytime,she is learning not to wear the diapers anymore though she did asked about it sometimes.Like 'tifa nak pakai pampers' but the answer will always like this 'ishh malulah pakai pampers,nathifa kan dah besar'.And it works! so far. :)
Those diapers is now for the night time only.
We already change her milk bottle to the one that is more looks like a cup.But she maintain to drink a milk that is only in brown color.Yes,definitely.Chocolate!No matter what brand it is.Lucky us.Alhamdulillah.From baby to toddler,she never 'throw the bottle' for whatever brand of milk that we choose.As long as it's chocolate in color.It's weird because she didn't care about the taste at all.
Her likes towards the ultraman,batman,superman,cicakman and those with the 'man-man' in the end is undeniable.She loves thrilling and fighting movie type.Not from my gene at all! Oh ya that includes fireman and postman too!
She's growing up.That's all that I can say.
(Semoga anak ibu akan menjadi anak yang solehah,amin)
Monday, January 28, 2008
mulut
Semalam pergi lowyat.Ramai betul umat manusia.Angkut nathifa sekali pulak tu.Balik rumah kami berdua dok mengadu sakit pinggang masing-masing.
Mana taknya,bergilir dukung si anak dara tu.Dekat 1 jam tidur masa round-round cari barang.
Dalam kereta on the way balik tu,suami berkata,
"memanglah penat sikit,tapi tulah kita patut bersyukur masih lagi boleh dukung dia,berjalan-jalan,naik kereta.Yang penting syukur tu.Bila kita rasa bersyukur boleh hilang segala penat lelah tu."
Sebenarnya mulut saya baru je nak berkata-kata tentang betapa penat dan lenguhnya kaki jalan-jalan kat lowyat tu.Bila suami dah kata macam tu,hilanglah segala idea nak berleter tadi.Senyum ajelah.Nak kata apa lagi :P
Thursday, January 24, 2008
tiru ayat
Kala ayah tengah sibuk menggodek-godek cpu,tengah fokus pasang itulah,pasang inilah......
Kala ibunya tengah khusyuk menonton rancangan kegemarannya......
Tiba-tiba si anak yang kami ingatkan sudah dibuai mimpi bersuara........
"ayah buat apa tu sayang???" :P
(En.H suka tanya saya macam tu,saya pun selalu tanya En.H macam tu.Alih-alih si anak pun mengikut bertanya begitu juga.Tergamam kami dibuatnya.Lepas tu apalagi,berderai ketawalah.)
Sampaikan En.H tak jadi meneruskan kerja sebab pertanyaan anak yang sungguh romantik tu!
Tuesday, January 22, 2008
'majlis menghalau'
Hari minggu lepas balik kampung melaka.Ahad pagi tu dapat sms dari kak mas jiran di subang,tanya ada di rumah tak?
Bila kita berada jauh dari rumah,dapat sms macam tu naik risau jugalah.Tapi sungguh tak elok kalau fikir yang bukan-bukan kan?.Hakikatnya,rupanya kak mas nak beri info tentang majlis 'halau hantu' yang akan dibuat dirumahnya malamnya lepas isya'.
Mesti ramai yang nak tahu tentang 'majlis halau hantu' tu kan? :P
Adalah kisah disebaliknya.Saya nak cerita dalam entry ni nanti panjang berjela-jela pulak.Ringkasnya,kami(satu deret rumah termasuk rumah kami) terpaksa buat majlis ni sebelum kejadian yang lebih membimbangkan terjadi.(sekarang pun memang dah bimbang :)).Tak payahlah cerita detail2x kat sini yek.Saya pun tak mahu memikirkannya sangat. :P
Ustaz kata jin ni terdiri daripada yang soleh dan yang toleh.Yang soleh oklah,tapi yang toleh tu selalu dipergunakan oleh manusia yang ada niat-niat tertentu yang selalunya tak baiklah.So kalau yang menganggu ni yang tolehlah.Apa-apa pun kita berusahalah,yang menjadikannya ALLAH juga.Nak marah sangat tak boleh juga,'mereka' pun makhluk ALLAH juga kan.Lagipun yang mungkin salahnya manusia juga agaknya.Menggangu 'kampung' halaman mereka.
Hemm....dah melalut-lalut dah saya ni.Tak tau topik apa sebenarnya nak difokus.Sory eh!.
(kes dalam kepala fikir bermacam-macam perkara lain lagi).
Anyway,Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Sebelum ustaz yang akan 'menghalau' datang,ustaz lain yang sampai awal sempat beri ceramah sikit.Sangatlah menarik ceramahnya sampai kami semua yang datang ni sakit perut dok gelakkan tentang apa yang diceramahnya.Bukanlah isi ceramahnya tu kelakar,tapi penyampainya yang pandai betul bergurau senda.Maklumlah,kepakarannya dalam aliran fiqah,bab rumahtangga pulak tu.Faham-faham ajelah apa yang diceramahkannya. :)
Tapi oklah sebab takdelah kami yang datang ni 'malu-malu kucing' bila sebut tentang hubungan suami isteri.Alhamdulillah,dalam masa yang singkat tu,banyak ustaz ingatkan macam mana suami harus layan isteri dan sebaliknya.Kalau ada waktu terluang nanti,saya akan panjangkan cerita tentang apa yang ustaz tu ceramahkan.Banyak betul yang menarik untuk dikongsikan.
So,sampai ketemu di entry seterusnya,Marilah kita banyak-banyakkan berzikir mengingati ALLAH.InsyaALLAH kita akan sentiasa tenang dan dipermudahkan semua perkara sepanjang hari.
Monday, January 21, 2008
Mindfulness
I am(still at this moment :P) in my early reading and surfing and 'internetting' session this morning(due to our sleeping beauty that is still in her sweet dreams) when I found this writing.Cool and informative.Have a look!
Mindfulness allows us to approach the world with childlike wonder, to play with new concepts, and to see things from a shifted perspective. You can't always engage in new activities, but through mindfulness, you can look at the same-old same-old with fresh eyes.
The Wow of Wonder is what stimulates us to be creative. Without it, we are likely to come down with our culture's most malevolent malady—mindlessness. Mindlessness causes us to move through life without really connecting to any of it. It's living on auto-pilot. It's living without wonder—or fun.
Here's a helpful reminder: fun is good. We don't have to make mindfulness HARD. There is nothing hard about it. We were incredibly mindful and creative as children, and guess what? We had a lot more fun then, too!
The things that captivated you as a child were objects and ideas that triggered your sense of wonder. You noticed something new, and jumped right into the Wow of Wonder. And there were plenty of things that elicited that response every single day.
A bug you'd never seen. A card trick. Something under a microscope. A new musical instrument. A dance move. A song. An animal. A poem. A historical fact. A new flavor of candy.
Mindfulness is a catalyst for wonder. You notice something. An idea is sparked. A distinction is made. A perspective shifts. There is a fullness in that moment, ripe with possibilities but unburdened by expectations.
The Wow of Wonder is what allows us to transcend what we "know" and float in that river of ideas without sinking under the weight of evaluation. In our most mindful moments, it is wonder that saves us from overthinking and keeps things light.
There's no need to work at making mindfulness a part of your life. It's already there, and you can glimpse it in all of your favorite memories. Being right there in the moment, full of wonder, and playing with discovery--this is you being a creative person!
Pay attention to your moments of fun, and you'll see that there's a hefty dose of mindfulness in there. You are smiling. You are fully present. You are creating ideas and responses. You feel alive.
Becoming mindful is simply getting reconnected to wonder about the world and your place in it. Look for the Wow of Wonder, and you'll find yourself immersed in mindfulness.
Friday, January 18, 2008
Al-Quran
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayangDan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Terjemahan ayat 179,surah Al-A'raaf
Semoga kita semua berusaha mempertingkatkan iman dan amal dan memohon kepada ALLAH agar diberi hidayah dan petunjuk agar tidak tergolong dalam golongan yang digambarkan.InsyaALLAH.
Thursday, January 17, 2008
ayat anak
Assalamualaikum
Si comel tengah baring atas riba ayahnya.Si ayah bercerita tentang Nabi Muhammad dengan tersekat-sekat(kes tak pandai nak story telling :P).
Sampai satu part where ayahnya tengah menyebut "satu masa dulu ada seorang baby lahir.....nama dia Muhammad".Tiba-tiba si anak menyampuk "dia budak-budak lagi ke?".
Both of us sakit perut gelakkan dia.Terkejut pun ada dengan ayat dia guna tu.
Well,anak tu mengikut je.Kami agaklah mesti dia salin gunapakai ayat tu sebab kalau apa-apa perkara yang saya atau ayahnya buat yang budak-budak tak boleh kacau,macam tgh masak,tengah godek2x cpu,potong rumput etc,kami selalu cakap "nathifa budak-budak lagi,dah besar nanti baru boleh tolong".Agaknyalah.
Dia pun dah pandai guna "sebab".
Hari tu saya tanya dia "kenapa ayah marah nathifa?".(kes saya tinggalkan dia dengan ayahnya masa ada urusan di PNB)
Dengan pelat-pelat sikit dia jawab "ayah marah tifa sebab tifa nangis,jerit-jerit kuat2x".
Hemmm.....kadang2x tu macam tak percaya juga dia guna perkataan "sebab" tu.Samaada kebetulan atau mmg dia pandai guna that word.
Apa-apa pun syukur pada ALLAH ,anak pandai bercakap,boleh bercakap.
Alhamdulillah.
Wednesday, January 16, 2008
Book anyone?
Okay,this is fun.
For those who likes it or not :P,from the paylessbooks.
They are having moving out sale and it's 50% off storewide!
Details:
Carrefour Subang (Lot B1.01, Level B1) - Until 30 January 2008
Amcorp Mall (Lot 1.70, 1st Floor) - Until 30 January 2008
Summit USJ (Lot 1.32 & 1.33, 1st Floor) - Until 15 February 2008
Good for the warm up of 100th lists marathon.On your mark,get set and go!.Wink!
Tuesday, January 15, 2008
mimpi
Malam tadi saya bermimpi.Tapi yang tak best.Dulu-dulu kalau cerita dekat ibu atau nenek atau atok,"jawabnya mimpi kan terbalik".Hemmmm......
Kalau diterbalikkan mimpi saya malam tadi,alhamdulillah.Memang best!. :P
Nak tahu?Ishhh tak bolehlah.Mimpi ni orang-orang lama kata baik atau tak,tak elok cerita pada orang lain.Biarlah rahsia bak kata Puan Siti Malaysia.
Tapi memang kadang-kadang mimpi ni memberi kesan dihati.Kadang-kadang juga mimpi tu sangatlah jelas kita ingati sampai rasanya boleh cerita satu persatu dengan tepat dan padat!Ye dak?
Apa yang ada dalam kepala saya tentang mimpi,tapi bukan dalam kitab tau! :
++kalau mimpi dalam jam 3-4 pagi,dan mimpi itu menghantui fikiran kita(bukanlah mimpi hantu!)bolehlah kalau nak rujuk pada yang alim.Rujuk je tau!Tak semestinya kene ada action lepas tu.
++kalau setakat mimpi yang membuatkan kita terjaga dan terus terdengar azan subuh,tak payahlah nak susah-susah hati.Lupakan aje.Boleh pakai ayat "mimpikan mainan tidur" :).Itu tandanya kene bangun solat.
++kalau mimpi dalam jam 3-4 pagi dan bermimpi tentang angin,ribut,taufan dan seangkatan dengannya(berkaitan angin jek),ibu saya cakap eloklah pergi bersedekah kat surau,masjid atau siapa-siapa jelah yang memerlukan duit,makanan.Sebab?Kata ibu mimpi angin seakan memberi amaran atau tanda yang sesuatu akan berlaku yang menyebabkan duit/harta benda kita habis/musnah.Takut tak?
++kalau mimpi dalam waktu yang sama tapi mimpi air macam banjir ke,mandi laut ke,jatuh sungai ke(boleh ke? :0) apa-apa ajalah asalkan berkaitan air,itu mimpi yang membawa khabar gembira.Nak dapat duit,nak dapat tanah,nak dapat anak,bonus, semua yang bagus-baguslah pendek kata.Lepas ni semua orang sebelum tidur dok fikir air,sebab nak mimpi air.Huhu.Satu lagi orang selalu kata gatal tapak tangan kanan nak dapat duit?Ada yang boleh komen?:)
ha,tapi kawan-kawan janganlah percaya sangat dengan benda yang saya tulis tu.Itu yang saya dengar dari orang-orang lama.Bukannya saya pergi mengkaji kitab "Tajul Muluk" tuh.(tapi kalau ada kitab tu nak jugak saya membacanya,mesti best! :P )
Kalau saya google tentang mimpi ni,banyak yang ada perkataan "Tajul Muluk".Rasa-rasanya Nabi Muhammad SAW pun ada bersabda tentang mimpi.Tapi saya tak mendalami tentang ilmu ni.Tak berani nak kata apa-apa.Kena berguru dengan yang alim dulu.
Tapi apa-apa pun,pada sayalah jika bermimpi yang membuatkan kita terjaga.Tengok jam tu.Kalau 3-4 pagi,bolehlah buat tahajjud.Kalau dah dekat-dekat subuh tu bangun jelah mandi dan ready untuk solat subuh.Kalau yang lelaki bolehlah pergi jemaah di masjid/surau.Kan ke bagus macam tu.Ye tak?Mimpi alahai mimpi..........
Monday, January 14, 2008
kata ayah
Masa makan-makan tengahari dekat rumah jiran,saya terdengar satu perbualan sorang anak perempuan dalam darjah 3 dengan ayahnya.Oh,bukan pergi menyibuk makan kat rumah orang,tapi jiran jemput buat makan-makan sikit pasal anak dia dapat 5A masa UPSR hari tu.
Berbalik tentang terdengar perbualan diorang ni(bukanlah sengaja nak dengar,dah duduk sebelah jek masa makan tu :P),terasa ada sesuatu yang menyentuh hati saya.Perhatikan ye......
si anak:Ayah,ana(cousin dia agaknya) ajak pergi sunway pyramid esok.Nak main ice skating kat situ.Boleh adik pergi?
si ayah:(tengah rancak berborak stop sekejap dan terus berpaling menghadap anaknya dengan senyuman seorang ayah)Kita diskas nanti masa lepas solat maghrib ye.
si anak:(Kelihatan tak puas hati dengan jawapan ayahnya tu.)Tapi diorang semua nak pergi esok.Boleh tak ayah?
si ayah:Kita diskas nanti lepas solat magrib.(tegas tapi masih boleh bertolak ansur bunyinya).Adik dah solat asar?
si anak:Belum.(tersengih-sengih)
si ayah:Ha,adik pergi solat asar dulu.Lepas solat tu doa banyak-banyak moga ayah izinkan adik pergi esok yek.Nanti lepas kita solat maghrib kita diskas lagi.
Si anak pun berlalu pergi dengan senyuman.Saya sendiri tersenyum mendengar perbualan ini.Hati rasa terharu dengan kata-kata si ayah tadi.Penuh berhikmah dan terasa betul-betul dekat dengan ajaran Islam.Solat jemaah,berdoa asas-asas dalam ajaran Islam yang memang tak disangkal berkat dan hikmahnya.Saya sangat berharap didikan seperti ini yang dapat saya terapkan untuk anak-anak saya.InsyaALLAH,sama-samalah kita.
"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim)
Thursday, January 10, 2008
Maal Hijrah 1429
Alhamdulillah,welcome 1 Muharram 1429 Hijrah!
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429 to all Muslimim and Muslimat.
And I'll be celebrating my 29th birth day on this coming 13th of Muharram 1429 Hijrah.
Ikan bakar En.H?wink!
Oh ya,add another 1 year and there'll be no more twenties counting thirties plak......erk!
(ye la kalau kira tahun gregorian ni,lambat setahun kan?)
Wednesday, January 9, 2008
Law of Attraction
I just loves to share this secret of attracting 'rezeki'.Yup,you have to attract the 'rezeki'.The secret?You have to 'berangan' at first,of course with an action following after.But the 'berangan' part,sound quiet fun isn't?A little info about the law.Have a peek guys. Wink!
The Universal Law of Attraction (LOA) is the most powerful law in the universe. It is simple in concept but practice is necessary.The Law of Attraction is fun to learn and use because you are always watching, waiting expectantly for your desires to manifest.
Issue?
- Like attracts like.
- You get what you think about, whether wanted or unwanted. The Law of Attraction is neutral.
- All forms of matter and energy are attracted to that which is of a like vibration.
- You are a living magnet.
- You get what you put your energy and focus on, whether wanted or unwanted.
- Energy attracts like energy
- Everything draws to itself that which is like itself.
How?
- Get very clear on what you want
- Visualize and raise your vibration about it
- Allow It
So think twice and wise!
(As muslim you have to believe in Qada' n Qadar and everything happen is always if only ALLAH granted)
Tuesday, January 8, 2008
variety of her
Yes,she loves to smile.But when she cry and scream,truthfully I had to bring my hand close to the ear a.k.a close it like there's a bomb that is going to explode! :P
Love her so much!
Monday, January 7, 2008
updates
On Nathifa without pampers before 3 yrs old mission milestone.
In a progress but having a difficulty to rush her to the toilet.She runs away(love to hide behind the curtains) everytime she feels the 'natures call' calling.Don't ask me why.Humphh.....
Puas dok main kejar-kejar dengan dia.Takut tercicir sana-sini. :P
On budgeting shopping list mission milestone.
Last night it's our first trial for our 2 months shopping lists.The total?Not too much but enough for you to see me had a weird smile on my face.Wink!
Sebelum sampai kaunter,En.H dah siap2x kira secara kasar by using his hp.Maklumlah penuh trolley!
On khatam Quran at least once in 3 months mission milestone.
Alhamdulillah,hope to be able to recite the Quran everytime after solat.
Memang rugi kalau tak dapat buat macam tu sedangkan saya ni surirumah 24 jam.Azam tahun baru!
(Saya nak kongsi tips untuk anak bijak pandai,dunia akhirat.Saya dengar dalam rancangan AL-Kuliyyah hari jumaat lepas.Ustaz tu ceritakan yang Imam shafii sangat bijak orangnya.Kalau dia menghafal,sekali baca je dah dapat.Terus dalam ingatan.Rahsianya adalah kerana ibu kepada Imam shafii sangat rajin membaca Al-Quran.Sebulan khatam 2 kali.Dari masa Imam shafii dalam alam rahim ibunya lagi dia dah mendengar Al-Quran yang dibaca ibunya acapkali.Jadi,ibu-ibu yang mengandung dan inginkan anak yang bijak,usahakanlah selalu membaca Al-Quran.Takkan ruginya.InsyaALLAH.
Sunday, January 6, 2008
1429 Hijrah
Sahabat-sahabat saudara Islamku semua,tahun baru Hijrah akan menjengah kita tak lama lagi.Dari 1428 H akan berganjak ke 1429 H.
Alhamdulillah kita semua masih lagi di sini,dengan rahmat Allah,rezeki Allah dan kasih sayang Allah terhadap kita hambaNya.
Selalu bila masuk tahun baru mengikut kalendar Islam,kita disunatkan baca doa akhir tahun dan awal tahun.InsyaALLAH,kita sama-sama saling ingat-mengingati tentang ini.Moga-moga semua sahabat-sahabat tak kira dimana jua akan mendapat berkat daripada doa yang kita akan baca nanti.InsyaALLAH.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Untuk ingatan saya dan sahabat semua,
hari terakhir bulan Zulhijah(30 Zulhijah) = 9 Januari 2008 = Rabu
1 Muharram = 10 Januari 2008 = Khamis
Kalau tak silap saya,Malaysia cuti rasanya 1 Muharram tu.Bolehlah berkumpul suami isteri,anak-anak sama-sama baca doa awal tahun tu ye.InsyaALLAH.
Selamat Tahun Baru !
(yang ni baru betul2x tahun baru,kita kan beragama Islam :) )
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wednesday, January 2, 2008
karenah
Masa pergi melawat ayah(FIL saya) kat hospital ****(sah-sah tak nak burukkan orang tu),ada satu perkara yang cukuplah tak memuaskan hati saya.Tentang karenah.Memanglah manusia ni macam-macam gaya karenahnya.Tapikan......
Kisah dia macam ni.Since ayah teringin nak makan anggur,kami pun pergilah turun beli anggur kat gerai berdekatan.Dekat jek,turun bawah terus ada kedai buah.(huh..dah bagi hint ni :) ).Pilih punya pilih yang dah berbungkus tu,suamiku itu pergilah ke kaunter untuk ditimbang.Dah timbang regenye rm 9.00,suamiku ini katanya banyak dan mahal sangat.Si gadis yang di kaunter tadi dengan penuh lembutnya berkata,"kalau abang nak kurangkan boleh bang,saya boleh bukak plastik ni kurangkan".(lebih kurang gituler perbualannya pasal saya sibuk tengok anak plus jengok-jengok buah yang lain dalam gerai tu.Dah proses mengurangkan anggur pun berlaku sampailah regenye rm 5.00 jek.
(punyalah sabor si gadis tu melayan suamiku - ada nada2x jeles jugak ni :P)
Then bila dah selesai,pergilah suamiku itu menghantar anggur tadi kepada ayah.Saya ngan anak tunggu kat bawah je.Tiba-tiba saya terasa nak makan buah jugak.Pergilah kami ke gerai tadi.Dengan lembutnya saya kata kat si gadis kaunter tadi,"adik,kasi akak buah mangga tu satu".(since teringat layanan dia kat suamiku tadilah - assume baiklahkan).Dahlah takde senyum dah untuk saya,dia boleh campak plastik mangga yg dah potong2x tu kat atas kaunter tu.Pastu dengan kasar nya ,"1.50 !".
Hayyyyooooooooooo!!!!memang agak menyiraplah darahku yang 'O+' ini.Tapi sabar.Saya bayar rm 1.50 tu.Dah lah takde offer pun nak bubuh asam ke idak.Saya sabarlah jugak.Saya mintak dia letak asam kat mangga tu.Huh!!!Memang rasa macam nak tanya jek si gadis tu kenapalah layanan kat suami saya tadi begitu lembut walau terpaksa bersusah-susah keluarkan buah anggur tu,then timbang,sampai dapat timbang harga 5.00.Sedangkan bila saya pergi beli dengan selang waktu yg tak sampai 5 minit tu,lain betul layanannya.
Dan teringatlah saya dengan tajuk kat atas tu.Karenah.Ya...macam-macam karenah ada pada manusia ni.
(ayah masih di hospital.Rasa-rasanya akanku lawat lagi si gadis penjual buah ni nanti... ;) )