Friday, November 30, 2007

kawin


"hidup mestilah rukun
sabar paling perlu
cinta setiap hari
senyum mesti selalu"

Perasan tak rangkap tu dalam sebuah lagu?Maklumlah sekarang cuti sekolah ni, musim orang mendirikan masjid.Tadi masa dalam kereta on the way membeli nasi bungkus(hahaha...jangan kata surirumah tak beli nasi bungkus.....alkisah dalam peti ais dah kosong + tahap malas yang amat tinggi untuk memasak hari ni),si DJ Pak Nil pasangkan lagu ni.Bila diperhatikan liriknya betul2x sebenarnya sangat2xlah memberi nasihat yang berguna untuk yang rancang nak kawin,tengah melansungkan perkahwinan dan yang lebih penting untuk yang sudah berkahwin.

Tiga nasihat yang sangat2x berguna.Rasanya kalau betul2x dipraktikkan InsyaALLAH aman bahagia rumahtangga.

[1] apa jua masalah yang melanda....TETAP SABAR

[2] macammanapun keadaan sikap,sifat,kelakuan pasangan kita(selagi tak melanggar hukum syarak).......TETAP CINTA

[3] bertengkar,bergaduh,terasa hati,berselisih faham......TETAP TERSENYUM


Saya ni bukanlah pakar kaunseling rumahtangga yek.Sekadar suka untuk berkongsi sesama rakan sahabat yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.Ingat-mengingati.Moga-moga aman bahagia semuanya.Amin. ;)

Tuesday, November 27, 2007

bila kita bersyukur

Assalamualaikum

Banyak hikmahnya bila kita belajar untuk bersyukur kepada ALLAH.

Kalau kita rasa kitalah yang banyak duit,ALLAH lagi kaya kan.
Kalau rasa kitalah yang pandai,ALLAH lagi maha bijaksana.
Kalau rasa kitalah yang baik,ALLAH lagi maha pemurah,maha pengasih.

Itulah....kita ni manusia, hamba ALLAH di bumi yang sementara ni.Diberi nyawa dan segala-gala yang ada pada kita atas sebab untuk beribadat kepada ALLAH.Menjadi khalifah.Kalau bekerja,untuk beribadah,kalau jaga anak untuk beribadah.Kalau membersihkan diri sekalipun kerana ALLAH.Semuanya sepatutnya kerana ALLAH.Tapi kadang2x bila kita terlupa'kerana ALLAH' tu,itu yang jadi lain macam.Takkan pergi disko 'kerana ALLAH',takkan makan rasuah 'kerana ALLAH',takkan tengok wayang 'kerana ALLAH'(lainlah filem syukur21 kan),takkan beli skirt pendek,warnakan kuku 'kerana ALLAH'.Macam pelik je bunyinya kan.

Bila nak buat perkara2x yang sebenarnya kita tahu berdosa,kita tahu haram,kita pun segan nak fikirkan tentang 'kerana ALLAH' ni.Betul tak?Sebab memang kelebihan manusia ni ada akal,dan ALLAH memang telah kurniakan kepada manusia akan pengetahuan membezakan perkara baik dan buruk.Senang cakap manusia memang tahu bezakan yang baik dgn yang tidak.Cuma manusia ni je degil,ikut nafsu,dan tak tahu bersyukur,buat-buat tak tau je kalau nak buat perkara yang tak baik tu kan.Tak gitu?

Saya ni tidaklah marah pada sesiapa pun.Cuma melihat keadaan dan kejadian sekeliling yang semakin hilang norma2x kesopanan,kesantunan dan kesusilaan disebabkan semakin hilangnya 'kerana ALLAH' dan juga bersyukur.Ibu bunuh anak.Ayah bunuh anak.Rasuah sana sini.Bergaduh sana-sini.Cerai berai suami isteri.Samun,rompak sana sini.Hari-hari mesti ada saja berita yang menyusahkan minda dan hati.

Baru tadi saya menonton rancangan Oprah Winfrey.Isu kali ni "How happy are you?".Menarik juga.Ada diselitkan quiz untuk mengetahui "How satisfied are you with your life?".Kalau nak baca lebih lanjut plus nak cuba quiznya pon boleh.Pergi kat sini.Tapi yang paling menarik perhatian saya,ada disebutkan tentang "law of attraction".Sekarang ni memang tengah hangat diperkatakan.Nak kaya?Nak gembira?.Ha cubalah "law of attraction" ni.Tapi sebenarnya dalam Islam pun memang sudah ada diperincikan tentang tarikan -tive dan +tive ni.Islam kan satu cara hidup yang lengkap.Betul tak?

Saya sebut tentang semua ni sebab masing-masing sangat berkaitan antara satu dgn yg lain.

Bila niat kita bukan kerana ALLAH,kita akan sentiasa rasa tak cukup.Lepas tu kita tak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.Sentiasa akan rasa gelisah.Bila macam tu,kita mula fikir macam-macam.Tarik yang -tive saja setiap masa,setiap hari.Akhirnya macam mana nak jawab soalan "How happy are you?" tu nanti agak-agaknya ya?

Lain pula bila sesuatu perkara itu dibuat "lillahhitaala".Dengan pahalanya.Dengan berkatnya.Selalu merasa bersyukur dgn kurniaNya.Hidup sentiasa tenang.Hanya yang +tive ditarik setiap masa.Soalan "How happy are you?" tu mudah saja dijawab rasanya.

Fikir-fikirkanlah.

Thursday, November 22, 2007

updates

Assalamualaikum

[1] What am I clinging to at this moment?

Rich dad Poor dad (what the rich teach their kids about money that the poor and the middle class do not!).Just a few hours ago, I know that the founder of uncle McDonald's is the brilliant Mr.Ray Kroc,1974 and he actually making money not with his hamburger,but with his real estate business.- yelah kan...kalau tgk McD kat Kota Damansara tu,sbb dia ada kat situ,now KFC ada,Pizza hut ada,sewa rumah dan kedai pun naik sebab ada fast food mcm tu.Ish..ish..ish....pakcik kayo...pakcik kayo.Ada lagi ke uncle ray tu ekkk???
dah lama rasanya tak updates my lists of bests,dah le nak kene capai target 100 book nih.....cepatlah hanis oiiii

[2] The good new news?

Actually it is not so 'new' lah since it's been a months already from the day she finally truly stop breastfeeding. - phewwww.......kalau dikira adalah dalam 2 tahun 6 bulan dia dapat minum susu ibu yang lazat,berkrim dan berkhasiat ni.Alhamdulillah syukur dalam masa 2 tahun lebih ni susu tak pernah tak ada.Syukur juga sebab saya takdelah guna ubat pahit letak kat n****e,or ape2x yg sama waktu dengannya untuk berhentikan dia menyusu.Saya just cakap kat dia yg dia dah besar,malu kat kawan2x nanti plus alasan tipu sikit which is adik is going to breasfeast pulakkk.Lama2x dia sendiri tak mintak dah.Magic betul!
Oh ya...nathifa pun dah tak bangun malam mintak susu sekarang.Cuma pampers jek belum tamat services lagik....heheheh :P

[3] About food?

Lately,I love to make custard+milk pudding with sweet peach.The small one seem can't get enough of it.And today I cook a fish curry with eggplant for our lunch.- sebab terlintas nak makan lempeng cicah gulai....aduhhh sedapnya.


[4] More updates?

My Hari Lahir is getting nearer.I wonder what surprise may await me?Hints for En.H?:P

[5] More?

I'm looking for a job but the one that I can bring my princess along.Huh!.Sounds choosy moosy kan?A Taska teacher perhaps?Or that job description is only suits you when you have your own business?Rite?- mcm ni nak kene bukak bisnes sendirilah.....minat ada tp tak tau mcm mana...hemmmmm.Saya selalu impikan saya mempunyai sebuah kedai buku.Seronoknya boleh baca buku sambil jaga kedai kan..... :)

[6] and more?

At 7 pm,everyday on tv2 there is a china drama titled 'The gateau affairs'.Love to see them mem'baking' cake.And plus lately suka pulak watch 'The McLeod's Daughters' on the Hallmark.
-Dulu-dulu tak suka punnnnn ;)

[7] finally

I moved to 'Without a trace' and 'The Criminal Mind' and 'Bones' from the CSI series nowadays.
Can't help falling in love with that serious looking guy Mr.Hotchner - nanti jeles pulak En.H :P

Tuesday, November 20, 2007

tips panas ni


Assalamualaikum

Janganlah fikir yang bukan-bukan bila ada perkataan "panas" tuuu. :P
Anyway,maybe dah ramai yang pernah baca tentang ayat2x cinta kat bawah ni.Tak kisahlah.
Apa salahnya kita saling ingat-mengingati kan......

MACAM MANA NAK MENZAHIRKAN CINTA mengikut perspektif seorang ustazah.
(Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood)


Panggilan suami isteri
Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan ‘abang, honey, darling, sayang,’ Suami pula memanggil isteri dengan panggilan ‘honey, darling, sayang,’ atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A’ishah dengan ‘Humairaa’ yang boleh diertikan ‘si merah jambu’. Elakkan panggilan ‘ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy’ dan seumpamanya. Elakkan ‘maknya, mama’ dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan ‘darling’ dan ‘sayang’ di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan ’pinggan dibaling senduk melayang’.
(Saya & suami memang ada panggilan jiwang masing2x,tapi kadang bila silap disebut depan anak,dengan anak sekali panggil saya atau suami dengan panggilan jiwang tuh....susah juga dibuatnya... :P )

Bantu-membantu

Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A’ishah berkata: “Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar”. (Riwayat Bukhari)
(Saya ni surirumah sepenuh masa....tapi kadang-kadang tu teringin juga suami membantu apa adanya. Alhamdulillah En.H tidaklah berada dalam kategori kaki dan tangan bangku.

Saling berkomunikasi dan berhubung
Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
(yang ni memanglah saya setuju sangat2x.Nak-nak time tengah dilanda moody tu.Time tu mulut berat nak bercakap,tapi hati macam2x rasa...dah tu menyimpan perasaan je.....bila tak diluah mulalah macam nak meletup.Nasib baik En.H tetap setia memujuk.... :) )

Hadiah
Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
(Saya tak kisah sangatlah tentang hadiah ni.Tapi jujurnya memang mengharaplah jugak.Siapa tak nak hadiah kan.... :P )

Membuat kejutan
Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
(Hemmm part ni tak tau nak komen ape laaa.Tapi so far kejutan2x ni belum pernah lagiklaaa.....tak de skill laaa hehehe )

Menjaga lidah
agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut ‘laser’ dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
(yang ni lebih kurang mcm komunikasi jugaklah kan.Memang kata2x tu sgt2x perlu diatur elok2x.Tapi kalau dah rasa bila cakap jek boleh gaduh...elok diam je laaaa....betul tak....heheheh )

Memberi galakan
terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A’ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A’ishah dan menemaninya hingga A’ishah berasa jemu. A’ishah berkata yang bermaksud: “Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu...” (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
(mmg betul laaa....sebab kita faham siapa suami/isteri kita,then kita boleh support dgn lebih lagi berbanding orang lain)

Ucapan tanda penghargaan
Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
(ooo yang ni saya terus teringat En.H suka cakap "sedap ayg masak....terima kasih".Sejuk hati isteri mendengarnya! )

Menghargai pemberian pasangan
Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......
(jangan lupa cakap terima kasihlaaaa.....lepas tu hadiahkanlah sebuah ciuman.Apa nak kisah..kan suami isteri yang sah. :P)


Thursday, November 15, 2007

hak pengguna

Assalamualaikum

[1] Kedai ***** rambut untuk perempuan sahaja. (check)
[2] Harga untuk servis ******* rambut sahaja murah,bawah rm20.(check)
[3] Yang tukang **** rambut tu perempuan. (check)

Tiba-tiba kat dalam kedai ada sorang budak lelaki yang sudah baligh umurnya duduk belek-belek majalah dekat tempat menunggu.Tunggu emaknya sedang buat facial.Dalam hati macam mana ni yek???Bila dah masuk dalam kedai,baru perasan cermin bahagian depan kedai see thru lah(sebelum renovate tak macam tu).Maknanya orang lalu lalang boleh nampak.Bahaya juga ni.

kak su(owner kedai) : lama tak datang?
saya : ada,tak kemana-mana pun.
kak su : nak ***** rambut ke nak facial?
saya : ****** rambut je lah.Anak tinggal dengan jiran ni.Tak bleh lama2x sangat.
kak su : haa.....kak su free ni,duduklah.Biar kak su buat.
saya : tuuuu (sambil mengerling ke arah budak lelaki tu)
kak su : hemmmm.....(serba salah mukanya)
saya : kak su tolong letak pengadang yek.Cermin tu pun orang luar boleh nampak jelas ni.

Lama kak su masuk ke bilik pejabatnya.Tak ada pengadang yang sesuai gamaknya.Last2x
kak su bawak keluar tempat gantung baju beroda yang tinggi tu.Digantung kain yang besar sebagai penutup.Alhamdulillah.Syukur betul rasanya.(walaupun keadaannya sedikit peliklah)

Bila saya dah selesai dan hendak pulang,kak su ada meminta maaf tentang budak lelaki tu.Dan dia ada juga sebut nak buat pengadang untuk tempat ***** rambut tu.
Alhamdulillah
.Moga-moga dapat juga menyelamatkan maruah dan aurat wanita Islam yang lain juga tak kiralah golongan yang kisah atau tak berapa nak kisah atau tak kisah lansung.

Tak salah untuk kita meminta sesuatu yang "patut" kita minta sebagai pengguna.
Nak-nak dalam soal kita menjaga maruah dan aurat diri.

Wednesday, November 14, 2007

manis dah takde

Assalamualaikum

It was nearly maghrib and drizzling continuously when a proton waja accidentally crashed manis.I was shocked and couldn't say a word.Right in front of my eyes.I heard a voice too at the same time "ya ALLAH hanis.....kucing tu kene langgar".It was aisyah,a friend of mine cum a neighbor.And when I walked slowly towards the so called crime scene,there was blood on the road,and yes it was manis.Oh ya ALLAH."manis dah tak ada dah".I cried.When nathifa saw tears streaming down my cheek,she knows and said,"ibuuuu angannnn nanisssss.......cat dahhh matiiiiii daaaa".

manis wasn't mine.But ever since her owner kak syikin had moved away,manis frequently coming to our house.Sometimes for a sleep(she loves our welcome floor mat).And sometimes for a cup of milk and leftovers.Earlier,like about 4.00 pm, I gave manis a cup of a warm milk plus some ikan bilis.And I've told manis like this "aku dah buat susu ni,special lagi ,suam2x,ko minum sampai habis tau,kalau tak penat jek aku bancuh".And manis look straight to my face for a couple of second before she start licking her milk.And I still remember the look of her cute eyes.It was so sad.Manis dah takde............

Tuesday, November 13, 2007

yang dijanjikan

Assalamualaikum

Kan saya pernah berkata-kata nak letak gambar puding yang saya try buat tu.Ha...nilah rupa fizikalnya.Rasanya manis tak sangat,ada rasa koko sikit.Lembut tu oklah,macam pudinglah, baby yg 6 mos' above bolehlah kot makan. :P (sebab saya pernah nampak sorang mama ni suap this puding kat anak dia...hehe).Resepinya next entry lah pulak.Ni sikecik dok mengacau saya ni,tak sempatlah nak taip.Nak tau sedap tak sedap,first harus cuba sendirilah kan....second scroll lagi kat bawah...ha tengok sorang budak tu macam mana gayanya makan puding ni. :P

Dah kurang separuh

bukan main lagi susun sebab nak masuk blog...hehehe

ini dia budaknya..sampai atas meja!

ermmm shhheeedapppnyeeeee......................

Wednesday, November 7, 2007

aurat

Assalamualaikum

Seorang kawan lama mengadu kepada saya semalam.Perihal tudung dan stokin kaki.

"aku tensenlah member2x ofis ni.Sibuk jek pasal tudung aku pakai.Suka hati akulah nak pakai tudung ape.Diorang sibuk tanye apesal aku tak pakai tudung bawal macam majoriti budak2x perempuan lain pakai.Banyak kaler.Banyak manik2x,kerawang2x.Lagipun senang nak matching ngan baju kurung.Aku tak nak la pakai bawal tu.Banyak yang nipis.Nampak leher.Buat apa.Kadang2x tu yang tak pakai anak tudung tu,siap nampak rambut lagi.

Pastu ada pulak yang tanya aku dalam pantang ke pakai stokin tu?Giler.Tak pernah tengok perempuan pakai stokin ape?"

Jawapan saya?Sabar...sabar...sabar.Biarlah hina,buruk dan rendah dimata manusia tapi mulia,cantik dan tinggi disisi ALLAH swt.Lalu saya hantarkan tulisan Ust. Hj. Zaharuddin Hj Abd Rahman kepadanya.

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)


Teringat saya pada ceramah seorang ustaz tentang yang pelik dan yang biasa.Zaman Rasul dulu,orang yang hendak meninggal dunia dan tak boleh mengucap kalimah syahadah adalah suatu perkara yang sangat pelik ketika itu.Tapi,di zaman kita sekarang orang yang boleh mengucap kalimah syahadah ketika di saat sakaratul mautnya adalah perkara yang sangat pelik pula.

Macam tu lah jugak dengan aurat.Bila berjubah,bertudung tebal&gelap,berstokin tangan dan kaki,janggallah jadinya bila dikalangan ramai,sebab bert-shirt,berseluar jeans,bertudung selimpang,berantai labuh sudah biasa di mata kita.

Sama-samalah kita renung-renungkan................................

Friday, November 2, 2007

bola rugby

Assalamualaikum


Kisah bola rugby.Memanglah saya peminat sukan rugby.Tapi tidaklah sampai nak main sama anak pun main rugby. :P

Kebetulan hadiah hari lahir nathifa daripada mak cik weena nya berupa sebiji bola rugby mainan.Bola untuk toddler main-main,lembut je.Bukan yang kulit tu.Nathifa pun suka main bola ni.Baling2x dekat kipas shilling tu,lepas tu bila bola tu melantun sana sini dia gelak sakanlah.Ada masa dengan En.H skali pun suka main bola tu dengan anak daranya.Riuh satu rumah.

Tapi semalam ada kejadian yang menggelikan hati.Yang membuatkan saya tersenyum-senyum kalau teringat.

Lebih kurang jam 11 malam,saya dah mengajak nathifa ke atas.Sleeping time.Masa naik tangga tu saya depan nathifa.Saya perasan ada bola rugby dia atas tangga.Dalam masa naik tangga tu,saya dengar nathifa cakap macam ni........

"heyyy...buat apeee kat shinniiii ni......pegiiii tuyyyuunnnnn....nathifa nak aiiikkk atassssss...nathifaaaa nak idooooooo.....pegi tuyyyuuunnnn...tak moooo dokkkk shinnniiii..."

Saya malas nak toleh belakang.Dari atas saya tanya En.H yang tgh buat air kat bawah tu.

"nathifa cakap dengan siapa tu bang????Dengan bola rugby tu ke????"

En.H jawab,

"iyelaaaa.....dengan apa lagi.....tu haa tengah marah kat bola tu sebab dok kat atas tangga.Dia dah baling dah bola tu ke bawah."

Nak gelak pun ye jugak.Risau pun ada jugak.Boleh dia cakap macam tu dengan bola tu.Macam kawan pulak.Anak ibu...anak ibu......