Wednesday, July 25, 2007

Al-fatihah

Al-fatihah.

Seorang sahabat saya ketika di SEMSAS telah pergi selama-lamanya menemui penciptaNYA semalam.Tidak seakrab seperti teman perempuan tetapi saya kenal arwah,pernah berbual dengannya,bergurau senda.Kami dikelas yang sama.Arwah seorang lelaki yang sangat baik,berbudi bahasa tinggi,lembut percakapannya dan sangat murah dengan senyuman.Arwah pergi meninggalkan seorang isteri dengan seorang zuriat yang bakal dilahirkan.
Ya ALLAH!Engkau tabahkanlah isteri arwah mengharungi dugaan ini dan tempatkanlah roh arwah Fairushisham dikalangan orang-orang yang soleh.Amin.

(saya cuba untuk tidak mengeluarkan air mata,sungguh saya tidak termampu.Masih terbayang wajah arwah yang bersih dan lembut di mata saya.Jika tidak keberatan,saya mohon sahabat2x yang singgah di sini menyedekahkan al-fatihah buat arwah)

2 comments:

~aNNa~ said...

innalillah...dariNYA kita datang, kepadaNYA kita datang. dia sakit apa hanis?

Anonymous said...

aku sampai hari ni.. kalau sebut pasal arwah..mata aku mesti berkaca... sedih sangat.. lagi pulak anak arwah lelaki.. mmg berganti nyawa ngan arwah..

kak anna.. arwah kemalangan kereta di LPT semasa pulang menghantar isteri untuk bersalin...

---aida---