Assalamualaikum
(Perbualan isu 1 juta sebab saya tengah teringatkan sebuah keluarga yang menang pertandingan TM dengan hadiah 1 juta tu)
Me : seronokkan kalau dapat 1 juta.Abang nak buat apa kalau dapat 1 juta.
En.H : abang beli 10 buah rumah.Bagi sewa.
Me :kalau ayg dapat 1 juta ayang beli 5 buah rumah je.Yang harga 2 ratus ribu setiap satu.
En.H : why?
Me : sebab yang harga murah tu mesti tempat tak strategik nak bagi sewa.Nanti tak ada orang nak sewa susah.
En.H :Tak semestinya.Ayg nak beli rumah guna loan ke cash?
Me : Laa,dah ada 1 juta cash belilah terus.Tak payah berhutang lagi.
En.H : Abg guna loan.Lepas tu rumah 10 biji tu semua yang bank lelong.Kalau bank lelong tak semestinya tempat terceruk kan.
Me : Kenapa abang tak nak bayar terus je?Kenapa buat loan lagi?Kata jangan buat hutang.
En.H : (dengan senyum sinis) .Kan ada good debt & bad debt.Bukan abg yang bayar loan nanti,orang lain yang akan bayarkan untuk abg.
Me : Susahlah nak terima.
En.H : Itulah gunanya financial education.Haaa pergi baca balik semua buku-buku financial yang abg beli.
Me : (dengan muka merajuk sebab kalah + tak reti)yelaaa...yelaaaa.
Tamat perbualan.Betapa pentingnya ilmu financial dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment