Friday, July 29, 2011

Kaching!



tu diaa duit bersepah-sepah..kaya bebenor yek kamu.....
jom menabung!

haa...macam ni laaa bagus.Anak sapalahhh ni :P

Cakkkkkkk...anak En.H rupanya :P
Jom tengok kakak dia tengah buat apa pulak...

Tu diaaa...khusyuk main game cooking dia...
Kesian ibu tak dpt berfesbuking...ngeh...ngeh..ngeh...
Sebab anak-anak masing2x buat hal sendiri...ibu pun buat hal sendiri jugalah..
tapi yg org lain boleh merasa laaa

Lauk hari ni : sambal belacan mempelam + ikan goreng  selepas dikukus dgn asam
sayur bayam masih dalam proses(tak menyempat nak upload gambo kann...hehehhe)

haikk..haikk...sekian terima kasih :)

Tuesday, July 26, 2011

Budak ini

Mata bulatnya yang selalu mencairkan hati ibu :)

  • Budak ini dah macam-macam hal sekarang.
  • Kalau bergusti dengan kakaknya,kakaknya yang kalah sekarang.
  • Nampak aje kecik.Suaranya besar.Aduhhh...bergema satu rumah kalau dia menjerit.
  • Hobi sekarang menyanyi lagu 'tanya sama pokok...anginn yg goncangggggggg'.
  • Selalu buat ibu tersenyum sambil tengah goreng ikan atau bilas kain.
  • Lepas tu obses betul dengan pistol.
  • Tapi takut sangat dengan lipas.
  • Tahun ni nak beli baju melayu kaler aper pulak kat dia.Yang dulu2x dah senteng seluarnya.Kalau muat lagi mmg pakai aje.
  • Sekian dulu ngomelan ibu pasal anak teruna ini.
  • Waktu entry ini ditaip,dia sibuk ajak ibunya pergi amik kakak dekat taski.Kakaknya habis skul jam 11.30.Sekarang baru 10 pagi.Aduhhh...inilah gayanya hari-hari.Merengek saja.
  • Sabar sajalah ibu :)

Thursday, July 21, 2011

Kaler tema

Raya tawun lepas tema oren
Tengokla si kakak...anak tudom suda keluar daa...peseennnn
Penin nak pikir kaler tema raya tawun ni.Oren suda.Ungu suda.Kunin suda.Ehh jap kira berapa tawun kawen dah ek.Nak masuk 8 tawun.Jadiknya 7 kali raya.Kaler pink suda.Lepas tu ulang oren.Ulang ungu.dan ulang kunin balik.Hahhaha.Wohh..nak kira kaler tiap kali raya lagi penin nih.

Rasa2x tahun ni macam nak pakai BIRU.Belom pernah ada baju biru lagi.Hari tu tengok member anak-beranak pakai hitam.Lawo jugak.Keless gitu.

Sebenarnya i tak adalah mengada-ngada sangat nak bertema bagai utk raya ni.Anak-anak yg seronok sebenarnya nak beli baju baru.Mak paknya apa yg ada pun sudah cukup.(ye ke...ngeh..ngeh..ngeh)

Bila teringat orang SOMALIA,AFRIKA yg tengah menderita kebuluran,ishh rasa tak sampai hati pulak nak beli baju lawa untuk raya.Dengan anak2x pelarian tu kembung perut,mata je besar,lalat hurung sana sini.Ya ALLAH...Kesian sgt2x.

Kalau ikut nafsu mmglah kan.Sebab tu nabi kita suruh sentiasa pandang ke bawah.Means tgk org yg lagi menderita or susah dari kita.Harap kita semua sentiasa bersyukur byk2x.

Bila pikir2x balik mcm tak berapalah pulak nak beli baju raya ni.Hemmm...

Monday, July 18, 2011

Bubur for me

Bubur kosong dan tawar.
Tapi disedapkan dengan sup sayur ayam tanpa ayam :))

  • Cukuplah untuk tekak yang sakit dan susah nak menelan ni.
  • Lagipun bukan ada selera sangat.
  • Tapi yg syoknya budak2x yg sihat tu makan bertambah-tambah.
  • Siap nak tolong habiskan bubur dalam mangkuk ibu nih.
  • Ingat nak puasa sebab dah bangun sahur pun tadi.
  • Tapi jam 11 tadi kepala pening,badan panas balik.
  • Maka terjadilah bubur dan tertelanlah 2 ketul activefast.
  • Sekarang selepas terlelap 3 jam (on-off) jugalah pasal siapa nak tengok anak-anak kan, rasa ok sikit.
  • Cuma kepala masih berat lagi.
  • Dugaan sungguh time order melimpah-limpah datangnya.
  • Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.
  • Baik masa sakit mahupun masa sihat.

Sick

pic googled
Tiada sebarang kaitan dengan penulis ye :)


  • I'm sick.
  • Headache + vomit + stomachache + fever + sakit segala sendi tulang.
  • Dah 2 hari terbaring aje.
  • Kek pun tak terlapis dah 2 hari juga.
  • Minggu ni banyak juga order nak dipos.
  • Doakan saya cepat sembuh ye.

Friday, July 15, 2011

Buku kira-kira

Hutang tuh... :)

Duit keluar...duit masuk...fixed cost..tak fixed punya cost(ada ke?)...revenue...sale...uuwaaa....ai mana reti buat akaun balance nihhhhhhhhhh....Dulu belajar coding c++ jekkkk.Saya tau check online dalam akaun bank saya.....tu jekkkk :).

Rungutan di atas adalah berkenaan nasihat encik Huzaimy Abas berkenaan ai mesti buat buku kira-kira utk bisnes keklapisku.Kalau tak duit tak tau kemana.(bukan tak tau kemana bang....dah tu sekali beli bahan kek...nampak baju lawa...2 kali beli bahan kek...5 kali nampak jubah lawa.....keh..keh..keh).Tu belom lagik pegi browse yg kedai onlinenya.

Anyway...kene cuba nih buat akaun balance.Kalo banyakkkkkkkkk untung bleh beli GELANG RAYA. :P

Sekian terima kasih.

p/s: jgnlah ingat ai jual kek pakai matawang GBP pulakkkkkkkkkk.Eh kalau iye..harus kayo makcik.Gambar sekadar hiasan. :)

Thursday, July 14, 2011

Merak dan Nasi berlauk

Lunch semalam dan sampai ke malam :)
Tak kose nak masak 2 kali tau!

Inilah merak kayangan yg diperkatakan tuh :P

Tak ada kaitan okay ;)

Saja-saja memeriahkan n3 hari ini.Yang nasi berlaukkan DAGING MASAK TAK BERAPA MERAH dan SAYUR BAYAM YG MEMANG MERAH tuh adalah lunheon kami 3 beranak semalam yek.

Lauk daging tuh fuhh sgtlah sodapnya (anak den yg kata) sampai nasi dia dari putih tukar kaler merah2x sikit sbb gaul dgn kuah lauk daging yg secoit itu.Tapi bila nak makan daging,ibu kene pecahkan kecik2x lah sgt baru dia boleh makan.Bukan sebab liat...no..no..no.Ai dah rebus daging tuh 4 jam okay!.Ni sebab gigi dia yg ngongak kat depan tuh.Hehehe.

Tu untuk kes kakak.Untuk kes adiknya pulak mmg ibu kene kisar lagik halus.(mujurlah gigi ibu powerrrrr).Hehehe.

Cerita si merak tuh hanya sisipan sahaja yek.Kakak punya kraf tangan paper yang tahun bila tah.Nenek dia kasi kat dia dulu.Best woo menda alah tuh.Mula2x bukan rupa merak camtuh.Asalnya cuma kertas keras yg dah berbentuk sikit2x mcm bulat,badan merak dan sbgainya.So cara mainnya,budak2x cabut kertas2x yg dah berbentuk tuh,then diorang pasang,lipat,gam belah2x yg kene lipat tuh.Sambung...sambung..sambung..jadiklah merak tuh.Ada banyak lagi benda lain.Nantilah ai cerita dgn siap amik gambar yek.

Okaylah,nak kene bako kek lapis.Hari ni 2 biji kene buat.Customer nak esok.Alhamdulillah.Rezki.

Sekian terima kasih,
Pembako keklapis Tegar 
(kahkahkah)

Wednesday, July 13, 2011

Ada yang demam


Gambar tiada kaitan dengan entry yek.Saja kasi meriah.
  • Budak baju merah kotak-kotak tu tgh demam sekarang...merengek-rengek.
  • Doakan dia cepat sembuh tau.
  • Demam nak pandai kata neneknya :)
  • Budak yang baju pink tu belum bangun lagi pada masa n3 ini ditulis.
  • Susahnya dia nak bangun pagi sekarang.
  • Lagi 10 minit taski nak start tuh.
  • Bangunnnnnnnnnnnnnn nak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. (apehal pulak jerit kat sini...takde kesan derrr :P)
  • Okaylah.Maknya nak siapkan anak pergi skul.
  • Lepas tuh singgah gerai makcik kat blok sebelah beli nasi lemak singgit.
Sekian terima kasih.

Tuesday, July 12, 2011

Entry tambahan kepada n3 yg memanggil suami pulang :)

BAHAN BUKTI PERGI BIRTHDAY PARTY
hanya belon yg ni yg tinggal dari 3 biji yg dibawa pulang :)

Nak tau mana datang belon nih sila baca kat SINI
Sekian Terima Kasih.Saya yang bersiaran sebelum keluar pegi pejabat pos.(eh....kata nak pegi pagi-pagi....rancangan tuh dah KELAUT dahh :P)

Monday, July 11, 2011

Yang sudah-sudah

Mee bandung Hanis
(semua nak guna nama dia jekkkkk)

Of course yang sudah-sudah sebab gambar mee bandung ni rasanya tahun bile tah.Saja2x sebab berangan nak buat tapi bahan mentah dan tak mentahnya ( limau tuh bleh makan terus apeee :P) tak ada.

Hari ni sebenarnya ai declare hari TAK MASAK NASI DAN LAUK-PAUK.Takleh declare TAK MASAK SAHAJA pasai pagi tadi masak jugak roti bakar.Masak jugak air.Hehehehe.Well....dah mmg itu kojenya isteri mis-tali kansss. :P

Eh berbalik kepada kes gambar panas atas tu kan (mmg tgh panas mee tulaaa),mmg agak menggiurkan sungguh lagak gaya telur dgn udang atas kuah tu yek.Kaler pun lawa oren2x limau gitu.Hehehe.Tapi nak dijadikan cerita ai ni masak resepi main hentam namanya.Tak penah nak menyalinnya.Sudahnya bila buat lepas2x tuh awatlah dah tak jadi gitu hebat gaya macam dalam gambar nih.Nyesal tak tulis resepinya.

Cerita pasal mee bandung nih...teringat zaman masa uni dulu.Punyalah minat mee bandung gerai makcik yg dekat dgn rumah sewa ai dulu...tiap mlm makan mee bandung wehhh.Makcik tuh pun bila nampak ai datang, siap dah capai mee kuning dah nak celur.Hahaha.Kalo tak caya cerr tanya member sebilik ai merangkap teman karib,akrab,sejiwa,selamanya yg berkahwin dengan encik F dan yang namanya AZZURAH tu.(saja nak glamerkan dia :P)

Sekianlah dulu ai bersiaran dari meja masak kek lapis sambil melapis kek cadbury untuk diposkan esok hari untuk memenuhi order Madam Choc dari Singapura.(Madam Choc....esok saya pos tau...pagi2x lagi saya akan terpacak dekat pos kelana jaya tuh utk buat pos laju.....InsyaALLAH)

Sekian terima kasih.

Potty Train for Irfan



  • Ini bukan iklan berbayar.
  • Kanak-kanak yg terlibat tidak dipaksa mahupun dianiaya.(karang ada pulak tipun teledera :P)
  • Keseksian kanak-kanak ini memakai spen* dibolehkan atas sebab-sebab yang munasabah seperti stok seluar biasa sudah habis.



p/s: Ayahnya BERKURSUS.......emaknya BERKURUS melatih anak kenc* dalam toilet.

Sunday, July 10, 2011

Cepatla balik bang!

Macamlah En.H baca.Dia tengah khuyuk berseminar.(make sure khusyuk ye bang...balik karang nak kene bentang dekat ai).

Huhhh...penat jugak 3H2M bercanda dengan anak-anak SAHAJA.Pasai apa?Kak MR tau jawabnya.Kan..kan...hehehhe.

Semalam pergi birthday party jiran lama.Pasai apa jiran lama?Cecite...cecite :P.

Of course namanya jiran lama sbb diorang dekat area subang jln sg.buloh sana nun (arrghhh nyesalnya pindahhhhhh bang oiii...dioarg dah ada surau tau...comel jekkk).Ai sekarang kan dah jadi warga marhain (bantai je laaa perkataan nih) sunway.Femes gitu dengan foreignersssssssssss yg ala-ala dari seberang,dari negara yg ada Taj Mahal tuh dan sebagainyalah.Kalau ai senaraikan tak pasal2x belajar tpt bersejarah negara orang kang.Hehhehe.

Lupakan pasal foreignersss2x itu.Kita cite pasal party tuh nak.Baru gempak sikit entry nih. :P

Jadiknya ai datang ni sempena jemputan hari lahir anak tuan umah lah yg ai panggil noni.(mmg nama sebenar tp versi nickname).Sekali sambut 2 orang tau.Jimat.Eh tapikan ai rasa tak jimat sgtlah pasai kak noni hire tukang badut buat belon dgn buat magisss tuh..Tapi seronok tau.Berbaloi-baloi - bagi yg tak keluar duit datang makan free macam ni lah kannsssss.Hahahhaha

Overall superb laa makanannya.Nasi minyak + karipap + roti jala + sate + tembikai + mee hoon + agar2x coklat.Buuurrrrrrpppppp.Kenyang la yg amatssss.Semua sedap.

Berejam duduk sana.Dah mcm rumah sendiri pulak.hahaha.Yelah takkan ai nak balik tengah2x budak berdua tu ternganga tengok si abg badut buat magis.Kalo diajak balik mau satu taman dgr jeritan depa berdua tuh.Upahnya utk 3 jam menghiburkan hati kanak2x berserta mak bapaknya.(ai pun sonok tgk tau!!!)
Adalah alasan nak duduk 3 jam di rumah orang kansss.Lepas tuh ada alasan nak makan berpinggan-pinggan. :P

Bila badut dah abis buat persembahan.Pulanglah kami bertiga dengan mata dah layu.Perut ada sikit kedepan (kah..kah..kah) dan dengan goodies2xnya beserta 3 biji belon yg terapung-apung kat bumbung dalam kereta ai.Hahahah.Seriesss.Risau jugak kene tahan teruna berbaju biru atau putih pasai belon tuh kaler nya KUNING.Kang tak pasal2x.....malasla nak sambung.

Eh ada lagik tau.Sebelum balik tu ai kasik up sikit market keklapis ai tuh.Kunun2x buat keluarlah 1 jek kek tuh.Rupanya ramai yg nakkkkkkkk.Rezki2x.Perut kenyang.Duit dapat.Alhamdulillahhhhhhhhhhh.

Sekianlah al kesahnya pergi party dengan anak-anak tanpa encik suami.(kalo ada driver nih idokla ai melepet balik rumah pasai penat drivinggggggg).Lepaaih ni dgrnya ada sorang lagik jiran lama ai nak buat kenduri doa selamat pulakkk....uiihhhhh...lagik sekalik anak-anak sekalian kita makan BESARRRRRRRR.Hehehhehe.

Apaaaaa??Mana buktinya??Usahlah ditanya cerita sedih tuh.Ai lupa bawak camera :( Nantilah ai amik gambar belon yg dah pecah tuhhhh.Hehhehe.

Ok.Sekian terima kasih.

Saturday, July 9, 2011

Busy with biz

Aduhh...tak daya dan takdan nak update blog.Sungguh!

Rezki mencurah-curah Alhamdulliah.

Anyone teringin nak makan kek lapis?Boleh cuci mata kat sini.

Nak order email je ke kedaikekhanis@gmail.com

http://kedaikekhanis.blogspot.com/

p/s: dalam tak sempat tuh...ada juga masa mencelah buat header blog nih....lawa tak???Buat sendiri tuh....(terperasaannngggggg)