Monday, July 18, 2011

Bubur for me

Bubur kosong dan tawar.
Tapi disedapkan dengan sup sayur ayam tanpa ayam :))

  • Cukuplah untuk tekak yang sakit dan susah nak menelan ni.
  • Lagipun bukan ada selera sangat.
  • Tapi yg syoknya budak2x yg sihat tu makan bertambah-tambah.
  • Siap nak tolong habiskan bubur dalam mangkuk ibu nih.
  • Ingat nak puasa sebab dah bangun sahur pun tadi.
  • Tapi jam 11 tadi kepala pening,badan panas balik.
  • Maka terjadilah bubur dan tertelanlah 2 ketul activefast.
  • Sekarang selepas terlelap 3 jam (on-off) jugalah pasal siapa nak tengok anak-anak kan, rasa ok sikit.
  • Cuma kepala masih berat lagi.
  • Dugaan sungguh time order melimpah-limpah datangnya.
  • Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.
  • Baik masa sakit mahupun masa sihat.

1 comment:

Pija Madzlan said...

Semoga cepat sihat :) Saya sepetang ni terlena juga sbb keletihan...ntah apa yang diletihkan pun saya tak tau