Monday, July 11, 2011

Yang sudah-sudah

Mee bandung Hanis
(semua nak guna nama dia jekkkkk)

Of course yang sudah-sudah sebab gambar mee bandung ni rasanya tahun bile tah.Saja2x sebab berangan nak buat tapi bahan mentah dan tak mentahnya ( limau tuh bleh makan terus apeee :P) tak ada.

Hari ni sebenarnya ai declare hari TAK MASAK NASI DAN LAUK-PAUK.Takleh declare TAK MASAK SAHAJA pasai pagi tadi masak jugak roti bakar.Masak jugak air.Hehehehe.Well....dah mmg itu kojenya isteri mis-tali kansss. :P

Eh berbalik kepada kes gambar panas atas tu kan (mmg tgh panas mee tulaaa),mmg agak menggiurkan sungguh lagak gaya telur dgn udang atas kuah tu yek.Kaler pun lawa oren2x limau gitu.Hehehe.Tapi nak dijadikan cerita ai ni masak resepi main hentam namanya.Tak penah nak menyalinnya.Sudahnya bila buat lepas2x tuh awatlah dah tak jadi gitu hebat gaya macam dalam gambar nih.Nyesal tak tulis resepinya.

Cerita pasal mee bandung nih...teringat zaman masa uni dulu.Punyalah minat mee bandung gerai makcik yg dekat dgn rumah sewa ai dulu...tiap mlm makan mee bandung wehhh.Makcik tuh pun bila nampak ai datang, siap dah capai mee kuning dah nak celur.Hahaha.Kalo tak caya cerr tanya member sebilik ai merangkap teman karib,akrab,sejiwa,selamanya yg berkahwin dengan encik F dan yang namanya AZZURAH tu.(saja nak glamerkan dia :P)

Sekianlah dulu ai bersiaran dari meja masak kek lapis sambil melapis kek cadbury untuk diposkan esok hari untuk memenuhi order Madam Choc dari Singapura.(Madam Choc....esok saya pos tau...pagi2x lagi saya akan terpacak dekat pos kelana jaya tuh utk buat pos laju.....InsyaALLAH)

Sekian terima kasih.

2 comments:

Farra Da Smiley said...

owh i like the trademark!

hanis said...

farra,

TQVM!