Wednesday, September 30, 2009

Kakak dan adik

Assalamualaikum


Hemmpphh...hujan hari ni yek kat kl.Hujan rahmat.Alhamdulillah.Nathifa selalu tanya ibu 'why ALLAH make hujan bu?'.Secara logiknya saya jawab sebab nak cuci benda yang kotor2x kat tempat kita ni.And saya akan tambah dengan ayat memuji 'ALLAH sangat kuat,sangat pandai,sangat banyak power kan..sebab boleh buat hujan.Bukan mudah juga nak menjawab persoalan yang begitu kan,bagi sayalah.Kawan2x mcm mana yek?

Anyway here picture anak-anak yang semakin membesar dan semakin 'cenekel'(ni org melaka ckpla) :P


Kakak tifa main game je bila kat kg


Hi kawan-kawan :)


Ini baju melayu yang 'Cik wena' dia beli,yg ayah dia beli kaler pink gitu..auuuu


Suka sungguh dia bolatkan mata dia gitu



Ni tengah dok lumbalah...ginilah selalu kat rumah.Yang kecik tu bukan main seronok lagik.



Btw,Irfan Fahri masih lagi minum susu cap gantung.Pastu dah pandai bangun berdiri sendiri.Sikit lagi melangkah la tu.Bila dah start jalan...huhuhu abislah ibu.Makin kurus dibuatnya nanti.Raya tahun ni ada juga yang tegur 'uishhh nmpak kuruslah sekarang'.Tu ayat yang sedap sungguh didengar bagi ibu-ibu yang badannya meningkat dengan sekata.Tak gitu ummu auni?

Ngeh...ngeh...ngeh.

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya semua!
Maaf zahir dan batin!

Kami dah balik semula ke kl sejak hari rabu lagi.Khamis tu En.H dah ke ofis.Lama sebelum raya saya tak dapat nak online.Komputer tiba2x buat hal.Dalam hati, Allah dah bagi hints tu tak payah online lama2x.Buat ibadat lagi berkat.Ngeh..ngeh..ngeh.

Tu reasonnya tak dapat nak buat kad lawa2x untuk ditepek kat blog sebagai penyeri ucapan hari raya.Ahaks.Apa-apa pun masih bulan syawal lagikan.

Raya tahun ni turn kampung saya di kuantan.Alhamdulillah dapat balik awal sikit,bersahur dan berbuka dgn family.Syok banget!Kecoh dan meriah.

Kalau balik kuantan ni,raya pertama tu kami semua akan ke rumah nenek(belah ibu saya).Lepas tu pergi melawat satu-persatu rumah adik-beradik nenek.Means semuanya tok-tok sedara saya merangkap moyang-moyang si nathifa dan irfan fahri.Ada 7 beradik semuanya.Nenek saya yg sulung.Seronok dapat jumpa diorang ni.Tapi semua dah tak berapa sihat sgt.Dah dimamah usia.

Malam raya ke 2 kami dah turun kl balik.Singgah rumah and tukar mana patut and kami ke melaka pulak.Raya kat melaka kita sambung lenkali yek.Meriah jugak!


Family tercinta
(5 thn dulu dlm gambar gini abah sorang je 'man' in the house,now dah ada 3 'man' in the house...hihihi
)




kakak dah pandai posing,adik sibuk baca buku sampai berkerut kening!

Tuesday, September 8, 2009

Kawan

Assalamualaikum

Saya copy ni dari seorang teman untuk teman yang lain.
Renung-renungkan.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

Sunday, September 6, 2009

Nak masak?

Assalamualaikum


farra - abaikan je lah mode tengah bengang tuh! ;) Ni dah ok dah.Sabar kan separuh dari iman Hehehe.


Tengah cari resepi nak buat nasi dagang.Tak penah tengok orang buat.Try jauh sekali.Tapi nak jugak try nih.Huhuhu.Nerbes la pulak. :P

Kita tengok hasilnya nanti yek InsyaALLAH.If ada gambar jadik ler.Otherwise faham2x je la yek. :)

Friday, September 4, 2009

Ignorance

Assalamualaikum


Saya tak suka orang yang ignorance.

Lantaklah saya guna perkataan tu betul ke tidak.

Tapi saya tetap tak suka orang yang ignorance.

Eeeee....tensennyeeeeeeee!!!

Thursday, September 3, 2009

Tengah malam

Assalamualaikum


Jam sekarang tunjuk nombor 12.Maknanya dah tengah2x malam le.Hehehe.Aku blom rasa ngantuk.Bukan pasal siang tadi tak tido.Tapi pasal tengok cerita enemy of a state.Alaa yang will smith berlakon jadi lawyer yang kene kejor ngan NSA tuh.Fuh! memang best aa cite tu.Takdelah baru first time tengok..byk kali dah.Tapi 'feel' tetap thrill okeh.(aku memang jatuh chenta sama itu will smith lame dah).Hehehe.Paling best MIB laaaa.Aku suka dia sebab dia kalau berlakon tuh,aku faham apa dia cakap even dalam slang ape ponnn.Bukanlah maknanya aku terer giler english...hehehe..tp si will smith tu bercakap terang.Tak yah ler nak tunggu si 'sari kata' tu keluar.Kene time ada lag sikit,aduhai tak faham plak cite tu nanti.

Hemmm...awal malam tadi ibu aku call dari kampung.Bawak berita sedih.Suami kepada sepupu ibu aku meninggal.Sepupu ibu aku ni muda.Sama baya ngan aku.Aku panggil dia 'mek soh'.So kami agak rapat jugaklah pasal dah sebaya.Cuma dia dok raub,aku dok kl.Kalo jumpa pun bila ada kenduri besar2x kat kuantan tu and raya.Anak dia 3 org.Semua boy.Kecik2x sgt lagi.Yang paling tua pun 5 tahun kot.Sedih plak aku dengar.Last aku jumpa ngan dia and arwah suami dia masa kenduri kakak pada mek soh ni.Aku ingat lagi raut wajah arwah suami dia psal aku dok kene hidangkan lunch untuk laki2x yg buat kerja2x berat masa kenduri tuh.So aku tegur arwah ni and pelawa dia makan.Plus aku pelawa yg lain2x jugaklah kan.Arwah meninggal sebab sakit 'gaot'.Tahap teruk kot.Yang aku tau gaot ni sakit lutut jek.Tapi tak taulah.Ajal dan maut ditentukan ALLAH.Arwah meninggal dalam bulan ramadhan.Moga dia ditempatkan dikalangan orang2x yg soleh.


Hemmm....overall kita dah masuk ke 10 malam kedua ramadhan dah.Malam2x yang penuh dengan keampunan dari ALLAH.Jom kita sama2x mohon agar diampunkan segala dosa kita,diberi petunjuk dan hidayah setiap masa.Moga hidup kita lebih diberkati.InsyaALLAH.