Friday, July 3, 2009

Banyak Idea

Assalamualaikum

Mula-mula saya nak tulis pasal 'jentik saja masalah itu'.

Lepas tu datang pulak idea nak tulis pasal 'gosip vs mengata'.

Semalam lepas menyusukan irfan fahri,tengok jam pukul 3.50am.Solat.Lepas tu nak tidur balik sempat berangan hari ni nak tulis pasal 'hidup berumahtangga'.

Ish kalau dah mood nak menulis tu datang....tak tahu nak pilih yg mana.

Last2x bila dah baca blog2x motivasiku itu,terjumpa tulisan tentang 'hutang'.En.Irfan Fahri pun dah bangun dan merengek-rengek dikaki ibunya ini,sudahnya saya tepek ajelah yek tulisan pasal hutang ni.Pendek je,tapi bolehlah untuk difikir-fikirkan.Tajuk2x lain tu kita simpan untuk esok2x pula InsyaALLAH.

Hasil tulisan http://www.shamsuddinkadir.com/

Kebebasan kewangan boleh di bahagikan kepada dua iaitu :

Tidak ada hutang, tetapi ada duit bagi menangung keperluan hidup seharian sehinggalah kita mati.

Ada hutang, tetapi hutang itu membantu menghasilkan lebih banyak duit bagi menangung keperluan hidup.

Ianya terpulang di atas landasan mana yang kita ingin bina kebebasan. Jika diberikan pilihan sudah pasti ramai memilih pilihan yang pertama kerana, tidak perlu risau tentang hutang apabila malaikat datang untuk mencabut nyawa.

Walau bagaimanapun, cara yang paling cepat membuat duit adalah leveraj. Sama ada mengunakan tenaga orang lain iaitu pekerja ataupun guna duit orang lain iaitu bank bagi menghasilkan lebih banyak duit.

Matlamat dan ilmu yang ada pada kita itu yang mendorong kita membuat langkah pertama ke arah kebebasan kewangan yang kita inginkan.



En.H dan saya gunapakai konsep no 2.Alhamdulillah,semuanya berjalan dgn lancar.Korang plak?

3 comments:

Ummu Mishkah said...

kami pun no 2!

tinidewi said...

alhamdulillah, pakai konsep no. 2 jugak. & tambah satu lagi konsep --> tiada credit card dalam hidup saya :-)

hanis said...

ummu : kalau pandai manage yg no 2 tu mmg berbaloi kan :)

tinidewi : fuyyooo...takde cc tu mmg hebat tuh...cayalah :)