Thursday, April 10, 2008

Semalam

Assalamualaikum

Cerita semalam.

Saya berborak sakan dengan Puan A dalam yahoo messenger.Cerita pasal buku.Puan A takde rancangan nak ke pwtc pasal katanya wekeend akan pulang ke kampung.Sebab Puan A dah terpikat dengan cerita saya tentang kehebatan penulis Kang Habib,(promote baik punye! :P),dia mahu pertolongan saya untuk belikan buku tersebut.Solutionnya,saya tolong belikan buku KCB dan akan poskan kepadanya 2 buku.KCB dan AAC(since saya dah ada buku ni,elok pinjam saje).

Al-kisah sedang kami excited berbual,Puan A curi sedikit masa memberitahu kepada suaminya tentang pembelian buku tadi.

Bila dia kembali menaip,saya memang tergelak besar membaca apa yang diberitahunya.

Rupa-rupanya suaminya takde masalah untuk membawanya ke pwtc pada hari tu juga(semalam).Cuma Puan A yang tidak menimbulkan isu 'nak beli buku' kepada big bosnya.Puan A menaip lagi,katanya mereka akan ke pwtc pukul 3 petang nanti.(kami berborak lebih kurang pukul 12 tengahari).

Berialah kami berdua merancang bagaimana buku akan diposkan.Bagaimana dgn pembayaran nanti.Saya pun dah hampir nak pergi menimbang buku AAC saya dgn penimbang utk masakan saya.Kelakar betul rasanya. :P

Kesimpulan kami berdua semalam - Walau apa pun yang dirancang nanti(walau pun sekecil-kecil perkara),sebelum satu keputusan akhir dikeluarkan,menjadi satu peringatan untuk kami si isteri2x berbincang dengan suami masing2x dulu.Bukannya sudah diputuskan baru nak beritahu.(itulah manusia,perlu diingatkan selalu).

p/s: Agaknya Puan A sudah pun mula mengulit KCB.Bestnya :)

No comments: