Wednesday, April 9, 2008

Buku oh buku

Assalamualaikum

Pesta Buku datang lagi! :P
Yang mana bergelar si 'ulat-ulat buku' tu mesti tersengih sampai ke telinga kan.Atau tak tidur malam dek terbayang buku-buku yang bakal diangkut nanti.(termasuklah saya :P!)

En.H sampai listkan dalam excel buku-buku idaman hati.Sekali dengan perbandingan harga.Memang kegilaan terhadap buku tahun ni macam naik sedikitlah peratusnya dari tahun lepas buat En.H.Mungkin agaknya akibat penangan kursus2x yang En.H ikuti akhir-akhir ni.Apa pun,saya gembira aje.Maklumlah boleh tumpang 'setangan' membacanya :P

Saya pula macam biasalah.Kalau tak pesta buku pun,semangat nak menambah koleksi,nak mengadap ceritera-ceritera si penulis2x berbakat memang sentiasa membara.Cuma bila dah semua koleksi idaman hati dikumpulkan sekali kat PWTC tu,bertambah-tambah menyalalah semangat tu.Sampai tak tersenarai dibuatnya!

Bajet pulak....itu dah memang dibincangkan awal-awal lagi.Satu kelebihan memborong buku ni,jumlahnya nanti boleh mengurangkan tax.Andai buku 'dipelihara' dengan baik,agak-agak dah tak mahu melihatnya lagi,bolehlah dimasukkan dalam senarai 'garage sale'.Memang takkan rugilah.Ilmu dapat,faedah tax dapat dan bila dijual balik nanti 'kaching!kaching!' pun dapat :P.

Saya nak tunjuk senarai buku idaman hati dan yang bakal dibeli.InsyaALLAH.
Mengikut urutan - yang mana sangat2x hendak dimiliki! (aduhai seronoknye rasa :P !!!)


PS, I Love You (Movie Tie-in) (UK Edition)
Author : Ahern, Cecelia
(tak sabarnya nak baca!)

Ketika Cinta Bertasbih
Author : Habiburrahman El Shirazy
(yang ni memang dah lama aim :P)


Eat, Pray, Love
Author : Elizabeth Gilbert
(terasa nak baca sangat lepas tengok rancangan oprah kat tv!)

Shopaholic & Baby
Author : Sophie Kinsella
(nak cuba koleksi si sophie ni pulak- tutup sekejap koleksi judith Mc :P)

Surat Ungu Buat Nuha
Author: Noor Suraya
(yang ni pasal ramai kawan2x blog kata best...teringin juga nak baca)


Kekasih Sam Po Bo
Author : Faisal Tehrani
(dah lama jugak aim karya faisal tehrani ni,bacaan yg berat kata orang)

A New Earth: Awakening to Your Life's Purpose (Oprah's Book Club)
Author : Tolle, Eckhart
(yang ni pon pasal tengok rancangan oprah kat tv)

Bila senarai dah keluar (ayat macam zaman2x uni dulu pulak - senarai exam,senarai nama kelas )En.H tegur saya asyik nak beli and baca novel saje.Of course,En.H memang tak pernah beli novel lah.Buku2x non-fiction takde ke? soalnya.

Ada juga.Tapi saya sangat2x memilih nak beli buku2x non-fiction ni.Bukan apa,kalau tak kene gaya tulisannya,intipatinya yang betul2x berguna,satu mukasurat je sudah membuatkan saya melelapkan mata.Sebab tu payah betul saya nak pilih buku2x non-fiction.

Antara buku non-fiction yang pernah saya beli dan sangat memuaskan hati adalah buku tulisan Dr.Wayne W.Dyer bertajuk 'How to raise happy kids' dan juga karya-karya Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni macam 'Janganlah Bersedih - Jadilah wanita yang paling bahagia'.Lain2x non-fiction yang saya pernah beli kurang memberangsangkan jiwa dan naluri hati saya untuk terus membacanya.Mungkin saya yang tak pandai memilih sebenarnya.

Apa-apa pun,dalam senarai kat atas tu ada 2 buku non-fiction yang bakal dimiliki.Harap-harap berbaloilah.InsyaALLAH.

p/s: masa tengah menaip ni dapat SMS dari En.H yang berbunyi - "dah email buku2x yang nak dibeli?".
Aduhai berbunga-bunganya hati.Rasa gembiranya mengalahkan dapat sejambak bunga! :P)

2 comments:

Farra Da Smiley said...

Semua buku yg Hanis list down sy tak pandai baca :D..Jgn bersedih aja yg sama! kita pon ada
nak gi hari apa?
kite gi esok, amik cuti

kite plan nk beli Cheesecake Cookbook, kids educ, investing & personal finance ;)

blogadmin said...

wahhh...bestnye dapat pegi time working days...bolehlah tgk2x buku dgn tenang(tak ramai sgt org kan?).Kite kalau bleh pegi pun wekeendlah.Nak pegi sendiri, penakut yg amatla nk bwk kete gi pwtc tuh :P.

Buku yang dlm list tu En.Huzaimy akan beli dulu pasal dia tgh kursus dekat ngan pwtc...hehehe...wekeend nanti kira cuci2x mata jek laa..asalkan dapat pegi...amik feeelll!!! hehehehhe

Farra pun ada buku 'jgn bersedih' ek....hehehe...best kan cite dia ;)

En.Huzaimy mmg byk beli buku investing & personal finance ni.Dia kan budak accounting...hhehehhe :P