Friday, April 25, 2008

kedai kek hanis

Assalamualaikum

Betullah kata orang bila dah mula,seronoknya tidak terkira.Penat pun naik sama juga.

Ya,saya dah mengorak langkah memulakan perniagaan yang sangat-sangat disarankan oleh rasul junjungan kita Muhammad saw.Semua pun tahu 9/10 rezeki didunia adalah daripada perniagaan.Bila kaki dah mula melangkah masuk ke alam perniagaan,saya baru tersedar akan kebenarannya.

Namun memulakannya bukanlah semudah yang disangka.Macam-macam perasaan ada.Alhamdulillah saya bertuah mengahwini En.H yang memang sepenuhnya menyokong saya untuk berniaga.Mana yang kenal En.H bukan tak tau otaknya macam mana kan? :P

Terlanjur bercerita saya umumkanlah disini bahawasanya saya tuan punya blog si pipi merah(theredcheek) ini ada membuat,menjual,menerima tempahan kek lapis tradisional yang setakat ini mempunyai perisa prune,cheese atau coklat.

Kawan-kawan yang nak tengok gambar-gambar kek ada di www.kedaikekhanis.com
Kawan-kawan yang nak order,ada email kat website tu skali.

Alhamdulillah,sesungguhnya rezeki ALLAH memang ada dimana-mana saja kalau kita berusaha mendapatkannya.

p/s: farra,sudah pun diumumkan bisnesnya.Sudi-sudikanlah melawat ;)

2 comments:

Farra Da Smiley said...

hanis, tahniah!! kita dah tgk..FYI, I've purchased my own web hosting too..a week ago..but really don't have time to setup the site..will launch very soon

salam tahniah, Farra

blogadmin said...

waa....slamat mereka cipta laman web sendiri....dah ada nanti bgtau add tau....

thanks for ur support!