Assalamualaikum
Pesta Buku datang lagi! :P
Yang mana bergelar si '
ulat-ulat buku' tu mesti tersengih sampai ke telinga kan.Atau tak tidur malam dek terbayang buku-buku yang bakal diangkut nanti.(termasuklah saya :P!)
En.H sampai listkan dalam
excel buku-buku idaman hati.Sekali dengan perbandingan harga.Memang kegilaan terhadap buku tahun ni macam naik sedikitlah peratusnya dari tahun lepas buat
En.H.Mungkin agaknya akibat penangan kursus2x yang
En.H ikuti akhir-akhir ni.Apa pun,saya gembira aje.Maklumlah boleh tumpang '
setangan' membacanya :P
Saya pula macam biasalah.Kalau tak
pesta buku pun,semangat nak menambah koleksi,nak mengadap
ceritera-ceritera si penulis2x berbakat memang sentiasa membara.Cuma bila dah semua koleksi idaman hati dikumpulkan sekali kat
PWTC tu,bertambah-tambah menyalalah semangat tu.Sampai tak tersenarai dibuatnya!
Bajet pulak....itu dah memang dibincangkan awal-awal lagi.Satu kelebihan memborong buku ni,jumlahnya nanti boleh mengurangkan
tax.Andai buku '
dipelihara' dengan baik,agak-agak dah tak mahu melihatnya lagi,bolehlah dimasukkan dalam senarai '
garage sale'.Memang takkan rugilah.Ilmu dapat,faedah tax dapat dan bila dijual balik nanti '
kaching!kaching!' pun dapat :P.
Saya nak tunjuk senarai buku idaman hati dan yang bakal dibeli.
InsyaALLAH.
Mengikut urutan - yang mana sangat2x hendak dimiliki! (aduhai seronoknye rasa :P !!!)
PS, I Love You (Movie Tie-in) (UK Edition)
Author : Ahern, Cecelia
(tak sabarnya nak baca!)Ketika Cinta Bertasbih
Author : Habiburrahman El Shirazy
(yang ni memang dah lama aim :P)
Eat, Pray, Love
Author : Elizabeth Gilbert
(terasa nak baca sangat lepas tengok rancangan oprah kat tv!)
Shopaholic & Baby
Author : Sophie Kinsella
(nak cuba koleksi si sophie ni pulak- tutup sekejap koleksi judith Mc :P)Surat Ungu Buat Nuha
Author: Noor Suraya
(yang ni pasal ramai kawan2x blog kata best...teringin juga nak baca)
Kekasih Sam Po Bo
Author : Faisal Tehrani
(dah lama jugak aim karya faisal tehrani ni,bacaan yg berat kata orang)
A New Earth: Awakening to Your Life's Purpose (Oprah's Book Club)
Author : Tolle, Eckhart
(yang ni pon pasal tengok rancangan oprah kat tv)
Bila senarai dah keluar (ayat macam zaman2x uni dulu pulak - senarai exam,senarai nama kelas )
En.H tegur saya asyik nak beli and baca novel saje.Of course,
En.H memang tak pernah beli novel lah.Buku2x
non-fiction takde ke? soalnya.
Ada juga.Tapi saya sangat2x memilih nak beli buku2x
non-fiction ni.Bukan apa,kalau tak kene gaya tulisannya,intipatinya yang betul2x berguna,satu mukasurat je sudah membuatkan saya melelapkan mata.Sebab tu payah betul saya nak pilih buku2x
non-fiction.
Antara buku
non-fiction yang pernah saya beli dan sangat memuaskan hati adalah buku tulisan
Dr.Wayne W.Dyer bertajuk 'How to raise happy kids' dan juga karya-karya
Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni macam 'Janganlah Bersedih - Jadilah wanita yang paling bahagia'.Lain2x
non-fiction yang saya pernah beli kurang memberangsangkan jiwa dan naluri hati saya untuk terus membacanya.Mungkin saya yang tak pandai memilih sebenarnya.
Apa-apa pun,dalam senarai kat atas tu ada 2 buku
non-fiction yang bakal dimiliki.Harap-harap berbaloilah.
InsyaALLAH.
p/s: masa tengah menaip ni dapat SMS dari En.H yang berbunyi - "dah email buku2x yang nak dibeli?".
Aduhai berbunga-bunganya hati.Rasa gembiranya mengalahkan dapat sejambak bunga! :P)