Tuesday, February 5, 2008

orang pencen

Assalamualaikum

Tajuk hari ni pasal orang pencen sebab saya nak cerita tentang tersangatlah seronok bila berjiran dengan orang yang dah berpencen.

orang pencen = sudah tidak bekerja/24 ada di rumah/umur sebaya ibu&bapa sendiri/panggil ibu & pakcik

Saya mulakan dengan jiran sebelah dulu yek.Lepas ni baru sambung jiran pencen pula.

Saya suka begini.Kejiranan yang harmoni.Sebelah kanan saya fulltime housewife macam saya juga.Umur pun sebaya.Memang kawan baiklah.Tambah2x dia pandai memasak.Suka betul kalau dia hantar mee rebusnya.Saya kadang-kadang membalas juga.Tapi memang tak serajin dia.

Sebelah kiri pula sekumpulan budak-budak lelaki muda yang menyewa.Pun saya suka juga.Ish bukanlah 'suka' yang itu tapi suka sebab budak2x ni sangat menghormati orangnya.Tidak pernah menegur saya tatkala suami ada atau pun tiada.Tidak pernah mengusik dan tidak juga memandang orang bagai lagaknya buaya nak menelan mangsa.Setiap subuh selalu mereka keluar berjemaah disurau.(saya tahu sebab bunyi motor mereka mengejutkan saya selalunya).Kadang-kadang kami menghantar juga serba sedikit makanan untuk mereka.Maklumlah mereka kan adik-adik bujang.

Dan jiran yang seterusnya yang berselang 4 buah rumah dengan saya.Pakcik dan makcik inilah yang saya maksudkan 'orang pencen'.

Saya panggil makcik 'ibu' dan dia memang mengambil berat hal-hal 'anak-anak' dikejiranannya.Ibu saya disini suka berkebun bunga.Tak cukup depan rumah,seberang jalan pun dia sambung tamannya.Nanti saya cuba snap gambar taman bunga kecil kepunyaan ibu.Cantik.Memang semua yang melaluinya pasti akan memuji betapa rajinnya ibu.

Dan ibu suka menganjurkan majlis2x ilmu.Khas untuk kaum2x ibu.Terbaru kami muslimah2x di taman ini disajikan dengan tazkirah daripada uztazah2x bertauliah 2 kali sebulan.Seronok memang seronok betul.Daripada berjumpa bergosip tak tentu hala,lebih baik berjumpa untuk mendalami ilmu ALLAH.Ibu juga yang memulakan majlis bacaan Yaasin berkumpulan(untuk muslimah) dari rumah ke rumah mengikut permintaan individu.Memang saya memuji kerajinan ibu mengusahakan aktiviti2x seperti ini.Hanya ALLAH sahaja yang dapat menilai segala usaha ibu yang membawa kami, para muslimah di sini dekat kepada ALLAH lagi.

Ada satu lagi pasangan yang sudah berpencen di sini.Merangkap penghulu taman ini.Saya panggil pakcik dan makcik saja.Dia rajin meng'round' taman untuk meninjau2x setiap hari dengan skuter birunya dan kopiah putih dikepala.Kalau pakcik si suami ibu ada di taman kecil mereka,penghulu pasti akan singgah.Seronok lihat mereka bercerita.

Jiran-jiran yang lain pun baik-baik belaka.Hampir 3 tahun mendiami taman ini,saya rasa sangat seronok disini.Sayang betul kalau terpaksa berpindah.Banyak aktivitinya yang berfaedah.Banyak orangnya yang ramah-tamah.Ditambah dengan kehadiran 'orang pencen',terasa seperti ada ibu dan bapa disini yang boleh tengok2xkan kita dan boleh juga menjadi tempat rujukan kita.

Saya suka begini.

Kawan-kawan pulak macam mana jirannya?

No comments: