Friday, February 22, 2008

email drpd penduduk

(Email dari salah seorg penghuni di taman saya.Risau betul nak tggl rumah skarang)



Kepada penghuni-penghuni ***** *****


Untuk makluman saudara dan saudari, selain dari rumah Mr. Liew yang dipecah pada 18hb Feb, rumah saya juga dipecah pada 17hb Feb jam lebih kurang 11.30pm, menurut jiran saya, saudara Safriman dan Rahman yang memaklumkan berita tersebut pada saya pada 18hb Feb pagi jam 8 pagi apabila sampai di KLIA dari JB.


Pemeriksaan saya mendapati pencuri ini agak professional kerana 4 mangga SOLEX dapat dibuka tanpa gergaji. Ia juga dapat mematikan sistem alarm. Menurut jiran saya lagi, tiada bunyi didengari kerana mereka tidur pada pukul 2 pagi. Mereka hanya sedar rumah saya dipecah pada hari tersebut semasa mereka hendak pergi bekerja di MAS kerana semua pintu dan lampu masih berbuka dan sarong ang pow berselerak di depan gate.


Walaupun rumah saya tiada barang yang berharga setelah banyak barang peribadi sudah dipindahkan ke JB, kerugian adalah minima. Polis sedang siasat cap jari.


Tetapi nasihat saya kepada semua penghuni Puteri Subang supaya berjaga-jaga. Kalau boleh pasang web cam atau pun CCTV. Cuba sembunyikannya kerana saya punya alarm kena tanggalkan dan entah kemana pulak. Celaka betul, kena beli lagi. Lepas CNY sudah pokai.


Mari kita bertindak bersama sehingga pencuri ini diberkas.


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua jiran saya, En Safriman dan En Rahman (MAS) dan En. Gopal (Lam Soon) atas semangat perjiranan.

Yang benar,

********

(untuk kita yang Islam,setelah kita berusaha,kita mintalah pertolongan dan perlindungan ALLAH.InsyaALLAH,Allah itu maha pengasih,penyayang.)

ps: hari ni saya tercedera sikit.Jari telunjuk belah kiri merah melecur terkena percikan minyak panas.Entah macam mana tengah goreng jemput2x,ada jemput2x yg pecah dn memercikkan minyak panas.Pedih betul.Tips : letak ubat gigi cepat2x mmg berkesan.

1 comment:

mardhiah12 said...

akak, isk isk...nasib baik akak takde kat rumah masa tu. saya ada baca kat mana, ada perompak masuk siap tikam org dlm rumah...