Wednesday, February 20, 2008

ayam

Assalamuaikum

Hari ahad lepas ada kelas usrah untuk muslimah-muslimah di taman tempat saya tinggal.(ada entry yang saya cerita usrah 2 kali sebulan tu).Tak ramai sangat kali ni.Sebab berselisih dengan event bowling taman agaknya di central plaza shah alam.En.H pun ada banyak kerja.Saya pun malas nak ke tempat bowling tu.(lagipun rasa rugi kalau terlepas usrah.Seronok dengar lawak ustazah :) ).So,dapatlah saya pergi usrah pagi ahad tu.



Ustazah sambung pelajaran yg lepas.Tentang bagaimana memilih calon menantu/bakal suami/bakal isteri mengikut ajaran Islam sebenar-benarnya.(oh...usrah ni bukan macam tazkirah yg campur2x tajuk tu,kami menelaah sebuah kitab sebenarnya.)Tapi saya bukan nak cerita pasal menantu ni.Saya tertarik dgn apa yang ustazah kupaskan tentang ayam.

Ayam kampung dgn ayam daging(yang selalu kita belilah).

Kata ustazah,ayam daging kalau disembelih memang mati teruslah.Tapi kalau ayam kampung,ia akan bangun balik dan silap2x boleh keliling rumah lagi sebelum ia rebah.


Nak masak ayam daging sekejap je kan.Kadang2x dengan tulang2x dia sekali boleh hancur.Tapi kalau ayam kampung,mau berjam-jam rebus untuk lembutkan daging dia je.Belum lagi tulangnya.

Ayam daging kalau dilepaskan dari reban,tak mana pun perginya.Silap2x dia masuk balik dalam reban tu.Tapi kalau ayam kampung terlepas,haaaaa 10 orang nak tangkap pun susah!Nak-nak masa nak sembelih tu.Ye tak?

Itulah lebih kurang perbandingannya.Yang nak disampaikan ustazah adalah tentang memanjakan anak.(disetiap akhir usrah,ustazah akan sentuh tentang menjadikan anak-anak juara mengikut ajaran Islam).Ayam daging tu macam anak yang dimanjakanlah.Kalau ayam daging tu makan diberi,tempat berteduh diberi,ubat disuntik etc,kalau anak pulak semua yang dia nak kita bagi.Akhirnya jadilah lemah,lembik,manja,tak berdikari,tak ada panduan hidup.


Lain dengan ayam kampung.Makan kais sendiri.Tempat berteduh pun cari sendiri.Tak payah berubat-ubat.Bukanlah maksudnya nak suruh anak tu kerja untuk cari makan,tempat tinggal.Tapi kata ustazah janganlah kita terlalu memudahkan banyak perkara untuk anak kita.Biarlah dia bersusah-susah sikit.Supaya esok-esok dia dah besar,dia boleh berdikari.Ada matlamat hidup.

Saya pun tidaklah faham sangat bagaimana nak susah-susahkan anak ni.Tapi rasanya jangan terlalu memanjakan anak tu memang perkara yang patut kita as parent sedar tentangnya.So far alhamdulillah,kerana ketegasan En.H tentang membeli-belah untuk anak-anak ni,rasanya ia berjaya mendisplinkan anak kami untuk tidak meminta itu dan ini bila ke shopping complex.Beli permainan pun ala kadar.Beli baju untuk dia pun ala kadar.(ala-kadar means memang betul2x sederhanalah).Sampaikan grand2x mother,father si kecil tu membebel sebab tengok cucunya takde itu,takde ini.

En.H
pun baru cerita semalam tentang bagaimana seseorang yang tabah itu telah disisihkan kawan-kawan kerana tak mahu membuat perkara2x yang biasa kawan2xnya lakukan.Memang agak susah nak menjadi lain daripada yang biasa walaupun yang biasa tu kadang-kadang dah terang mempunyai banyak kelemahannya.Tapi sebab dah biasa,orang akan pandang lain bila ada yang buat lain drpd biasa.

Itulah serba-sedikit kupasan yang saya petik daripada usrah ahad lepas.Moga-moga dapatlah kita jdkan panduan serba-sedikit untuk mendidik anak-anak kita supaya esok2x mereka menjadi 'orang' ,bukannya 'beruang' ;).Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

salam.. akk nak tanya macam mana nak join usrah ye? gurl_zack01@yahoo.com