Tuesday, November 30, 2010

small celebration

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


We had a small celebration untuk si teruna saya yang telahpun menjejak usia 2 tahun.Disamping dendangan2x "happy birthday to u....happy birthday to u" yang berkumandang hampir sepanjang hari by kakaknya,we decide untuk makan spesel jugak pada malam harinya.


spesel pose by birthday boy!



Dan ibu telah mengorder makanan tanpa segan silu kepada nilai harga yang diletak disebelah menu itu sebagai meng'award' diri sendiri diatas keberjayaan diri sendiri menyusukan anak teruna itu sampai la ni. :)

Syukur.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang mengeluarkan cash perbelanjaan pada malam itu.(si baju hitamku :P)

pemakan no 1 ,bukan yang dicelebrate :P




yang dicelebratekan



kenyang suda....

Friday, November 26, 2010

Today is the day


Today,

I am officially TWO!



Memori melahirkan Irfan Fahri.

Yang no 2 ni lahirnya hampir 2 minggu awal.Kecil sekali fizikalnya semasa dilahirkan.Last check-up before bersalin,doktor menyaran agar baby dikeluarkan segera memandangkan hasil scan menunjukkan tiada pembesaran "stagnant" lagi kepada fizikal baby sejak 2 minggu selepas check terakhir.Kami risau,doktor pun risau.

Kami tawakkal.Berdoa yang terbaik.

Pagi 25/11,saya dimasukkan ke wad.Diinduce.Dan dicheck bukaan selang beberapa jam sekali.But kesannya tak ada apa2x.Saya rilek aja.Last2x doktor cakap esok try lagi.So bermalamlah kami di wad dgn gumbiranya.

Pagi 26/11,sekali lagi ubat dimasukkan.Nothing jugak.Sampailah sebelah petang around 4-5pm,sekali lagi diinduce.And this time impactnya...hehehe...memang buat saya mengalirkan air mata.

Dipicit salah.Tak picit pun salah.En.H pun dimarahi saya ketika itu.Hehehe.

But alhamdulillah saya mampu bertahan tanpa apa2x suntikan penahan sakit.(rasa macho sungguh time tuh...hehehe)

Saya masih ingat dalam kesakitan yang amat sangat,doktor ada datang melihat saya.Then dia cakap "lambat lagi ni hanis,kejap lagi saya datang tgk lagi ye".

Lepas tu saya boleh naik suara dekat doktor tuh(ampun ya doktor Z :P) "doktor nak pergi mana tu, saya rasa baby nak keluar dah ni".(nada marah okeh!)

Dan..dan tuh jugak memang saya teran.Berlari doktor z tuh nak sambut baby tau.Sampai tak sempat pakai kot ke..mask ke...nasib baik sarung tangan mmg dah pakai siap2x tadi.Hehehe.

Irfan Fahri selamat melihat dunia tepat jam 6.30 petang dengan sekali push aje.(dah memang saya kata nak push kan...hehehehe).

And I still remember ayat doktor Z masa sambut baby tuh "astagfirullah...subhanallah...Hanis..baby awak terbelit tali pusat."

Selang beberapa second,Doktor cakap "Alhamdulillah...dah ok dah..baby ok dah".

Ya..doktor cakap itulah sebab fizikal baby dah stagnant hampir 2 minggu dalam kandungan.Syukur baby dikeluarkan awal.Masa dalam kandungan,baby boleh breath sikit2x je sebab tali pusat tu panjang.So lilitan kat leher tuh tak ketat sangat and he still can breath and eat..cuma payah sikit.

Well,thats the story sedikit sebanyak ttg kelahiran putera kami Irfan Fahri.

Today...dah besar pun dia.Syukur Alhamdulillah.Selamat Hari Lahir puteraku Irfan Fahri.Moga menjadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat ye sayang.Doa ibu sentiasa mengiringimu selalu.

Amin.

Wednesday, November 24, 2010

4 hari 3 malam :)

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


Aduhhh badan sakit sana-sakit sini.Hidung pun berair.Kepala sakit.Yang bestnya kain bertimbun tak dibasuh.Yang dah basuh tu pulak bertimbun belum dilipat.

Ya..itulah penangan berholiday sampai 4 hari 3 malam yang hebat! :)

Memang hebatlah pasal ai tak masak lansung selama berholiday.Lagi hebat pasal duit tak mencurah-curah masa holiday.Tempat tinggal ditanggung beres! :P .Cuma bab makan takleh elak.Tapi bila dishare-share,hasilnya sangat mengkagumkanlah hihihihi.Jimat...jimat.

Jom kita layan gambar sikit sambil bercerita.




baru sampai...huh boleh tahan jauhnya.



the crowd consists of 4 family = 17 orang semuanya!
pic atas tuh half jek tuh...yg lain merewang ntah kemana.



dari hari 1st sampai ke 4,mandi jekla kerjanya budak2x nih....
tak kolam...pantai..tak kolam..pantai..tp byk kolam lah pasal pantai ombak trsgt kuat.



introducing rafi'...pangkat 2 pupulah dgn kakak...same age..same height..hehehe...
tak boleh berenggang 2 org nih...kalau kakak hilang yg boyfren will ask "where's my girfren?".Kalau yg boy hilang,kakak will ask "mana rafi'?".Hehehe


1st night dinner kat somewhere near resort jek.
Meriah + kecoh!



On the 2nd night kami merantau sampai ke pantai penyabung kat mersing(45 minit drive!)
for ikan bakar treat! Memang best tp syg tak snap pic berikutan semua dh kebulur hehehe

Many-many thanks to "paksu & maksu" yang telah 'mensponsor' sebuah villa yang besar lengkap dgn semua keperluan sementara :P.

Seronok betul bercuti!


Thursday, November 11, 2010

Kami ke Kelantan

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tapi tak soping pun.Sob..sob..sob.

Bak kata ibu saya,"Korang ni balik kampung berkejar,nak balik KL pun tak dan-dan."

Nak buat mcm mana bu,dah En.H cutinya tidak lepas.Cadangnya memang nak jalan-jalan cuci mata.Masa jalan kat KB tuh,aduhhh kedai emas bersusun-susun.Jeling sajelah.

Anyway,perjalanan lancar pergi dan balik.Selamat.Tak ada banjir.Itu yang paling penting kan.Syukur Alhamdulillah.

Soping?Lain kalilah kata En.H.(saje nak pujuk ai lah tuh :P)

Oh lupa nak bagitau tujuan kami ke sana adalah sempena menghantar adikku yg no 3 itu ke rumah mentuanya.Orang biasa panggil "kenduri sambut menantu".Simbolik ajelah kan.Kalo dulu2x memang bila yg pihak pompuan dihantar ke keluarga lelaki,kira kamu tinggal disitu je la selama-lamanya :).Tapi orang sekarang kerja sana sini.Duduk 1-2 hari,lepas tu dah boleh cabut.Hehehe.Alasan 'kerja'. :P

Ok..jom kita tgk gambar sikit.



Pengantin doh sape weiii :)
Ai yg tengah cuba menyorok belakang pengapit bawak bunga telur tuh hihihi :)
sebenarnya ai yg bwk bunga telur tuh,tapi berat yg amats la..sib baik abg baju belang tuh ada :P



Makan beradab
Angkat tangan semua!Cikgu Habsah nak baca doa makan! :P
Nampak budak berdua tuh?Yang kecik tuh bukan main lagik nak makan sendirik2x.




Ha! Kakak curik makan coklat yek?



Buruh kasar ibu!
Ni bekalan utk kami drpd keluarga pihak lelaki.Thanks!
Lauk2x kelantan memang bestlah :)



Ini pemandangan diperjalanan balik,Cantik kan?(masa datang malas nak snap).
Rasanya dekat area kubang kerian lagik.
Mendamaikan sungguh!

Monday, November 8, 2010

Kakak punye Law of attraction kuat!

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tak mahu cakap banyak.Masih penat dek perjalanan jauh ke negeri cik siti wan kembang.Nanti2x saya ceritakan.InsyaALLAH.

But for this entry,peristiwa bergambar ajelah yek.

Lagipun mmg tak perlu bercerita panjang.Yang mana dah baca n3 pasal ni,taulah gambar tu pasal apa.

Alhamdulillah.

Law of attraction kakak memang SUPER POWERRRRR!

To atok2x,nenek2x,makcik2x,pakcik2x sekalian....ehem..ehem...faham-fahamlah yek :P



Kakak with present from her Taski



You go, girl!!!
We are so proud of you kakak!

Monday, November 1, 2010

Mushi-mushi

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tajuk je gitu.Saje-saje.Ntah maksudnya apa pun i tak tau ok.Cumanya sebab hari ni i nak cerita pasal mushroom soup yang i hasilkan sendiri,jadinya tajuknya lebey kurang la tu bunyinya.Lagipun mushroom soup ni pjg sgt nak taip.

Owh sebelum tuh,jangan muntah pulak pasal "i" ni.Hehehe.Sejak-sejak tukar "langsir" baru nih,rasa nak cakap omputeh pulak.Hahaha.Sila abaikan ajelah emosi ku yang terumbang-ambing ini okeh.Yang penting kita cerita pasal mushi2x ku ini dulu.

Actually ini baru kali ke-2 i masak mushi ni tau.Kali ke 2 yang menjadi la.Yang tak jadi zaman i dara2x dulu hampeh.Kita toksah ingat lagi.Ni yang ada umphh nih.Aduhla bila masak sendiri ni kalau cik abg puji,anak dok cakap "sedap bu".Memang kembang segala bagai apa yang boleh kembang.(sebut kembang ni,i rasa dah gemuk tau sekarang huuwaaaaaaa kene diet dah nih).

Ye, i taulah orang lain dah berjuta kali buat mushi nih.Tak heran pun.Tapinya i rasa nak share jugak bagi sesiapa yang baru heran atau heran sekali lagi(apa punya ayat da) resepi mushi i ni.Tadak apa yang spesel pun.

Eh....ada..ada.......
Air tangan + doa + selawat.Hehehe.Spesel ape.

Okeh.Khas utk yang baru nak mencuba.Yang dah terer toksah hang sibuk nak cuba.Kang jadik tak sedap hang kutuk i plak.Hehehe.

Mula-mula pergi cari 6 barang nih :

  1. Cendawan butang dalam tin
  2. tepung gandum
  3. Marjerin
  4. Stok ayam (suke atilah nak kiub ke,rebus ayam sendiri ke kalau rajin ler :P)
  5. Susu segar( i bantai susu tepung aje,sedap jugak)
  6. Garam

Nak masaknya gini :

1.Panaskan periuk.Masukkan marjerin dalam 2-3 sudu.
2.Bila dah cair,masukkan tepung lebih kurang marjerin jugak.Agak-agakla jgn terlebih plak.
3.Kacau sampai dah sebati.Lepas tu masukkan susu(rasa2x dlm 3-4 cawan kot,tak reti nak bgtau pasal i guna susu tepung dalam 2-3 sudu.Kalau guna susu tepung jgn lupa air pulak.
4.Masukkan stok ayam.
5.Garam sikit.
6.Masukkan mushroom yang kenyal itu. :P
7..Kacau dulu sampai dah nak pekat tuh kalau rasa over sgt likatnya tambah ler air sikit.
8.Dah siap dah.Boleh makan.


Orang lain buat mushi ni camne ek?Ada bahan lain lagi ke?Pasal i buat ni ikut resepi sendiri jek.Malas nk google.If ada penambahan sudi-sudikan.

Kat bawah ni i dah tepek gambar.Sekali dengan tukang-tukang puji i tuh.Hehehe :P





Kalau terlebih rajin buat ler garlic bread.




Tukang makan merangkap tukang puji No 1




Aaauuuuummmmmm :P





Tukang makan merangkap tukang puji dan juga tukang buat sepah No 2