Saya petik sebahagian tulisan dari artikel ustaz hasrizal dalam sesawangnya http://saifulislam.com yang bertajuk 'Sinergi Memanfaatkan Perbezaan'.Fikir-fikirkan.
PERBEZAAN DALAM DUNIA RUMAHTANGGA
Sulit sekali sebuah rumahtangga mahu dikendali dengan bahagia, jika suami tidak dapat mengecam perbezaan cara berfikir dan bekerja sang isteri yang merupakan seorang perempuan. Apa yang mahu dinikmatinya, hanyalah pada perbezaan fisiologi, perbezaan tubuh badan antara lelaki dan perempuan. Tetapi perbezaan akal, emosi, dan pertimbangan, suami sering sahaja mahu isterinya berfikir seperti dia, faham seperti fahamnya dia dan membuat keputusan seperti keputusan dia.
Itu mustahil.
Lelaki dan perempuan berbeza pertimbangan.
Wanita itu kekuatannya adalah pada emosi dan perasaan. Kerana itu biar pun tubuhnya tidak segagah seorang lelaki, Allah menjadikan wanita sebagai pihak yang hamil mengandungkan anak ditumpang 9 bulan di dalam perutnya. Itu memerlukan kekuatan perasaan lebih daripada sekadar kekuatan fizikal menanggung berat 10 atau 20 kilogram selama 9 bulan. Lelaki tidak layak untuk hamil kerana perasaan lelaki tidak sekuat perempuan.
Justeru jangan dimusuhi perasaan wanita. Kerana perasaan itulah ibumu lulus melahirkan kamu dan adik beradikmu.
Namun wanita juga harus belajar untuk faham. Ketika perasaan menjadi kelebihan dirinya, perasaan juga sering menimbulkan kesulitan kepada suami, yang diciptakan Allah pertimbangannya lebih kepada akal. Jangan sering membebankan suami dengan kehendak perasaan. Sebaliknya hargai suami yang biar pun kurang menunjukkan emosi, tetapi sering panjang akal fikirannya.
Allah melantik suami sebagai pemegang amanah menguruskan TALAQ kerana suami sebagai lelaki harus panjang akal. Hitungannya mendalam. Fikirnya tidak mengikut keadaan dan perasaan. TALAQ musnah jika dikendalikan dengan emosi. Justeru suami harus menyedari akan hal ini, demikian juga sang isteri.
Kedua-duanya mesti belajar menguasai ilmu untuk kenal perbezaan di antara lelaki dan wanita.
Di dalam al-Quran ilmu itu ada. Di dalam Sunnah ilmu itu luas. Di dalam ilmu-ilmu moden juga panduan sudah banyak dirumus dan dibukukan. Hanya tinggal kemahuan untuk belajar. Supaya jangan suami dan isteri terus bermusuhan dengan perbezaan yang dia tidak tahu, dan tidak bisa mengendalikannya.
Saya antara pembaca yang suka tulisan ustaz hasrizal ni.Selalu hasil nukilannya meresap kedalam hati dan membuatkan akal fikiran bekerja untuk memahami dan disusuli dengan tindakan.Tulisan santai.Bahasa bagus.Tak terlalu keras menegur.Tak juga terlalu lembut sampai halal dan haram boleh ditukar-tukar.
Buat kawan-kawan...sesibuk mana pun kita dengan hal dunia ni,cuba-cubalah bagi santapan untuk rohani kita ni juga.
Saya masih teringat kata-kata seorang cikgu yang bernama 'Maria' tentang agama.
"kamu semua percayalah cakap saya,bila kamu dah lepas SPM nanti sangat susah untuk walau seorang pun manusia yang akan menyuruh/nasihat kamu baca quran,pergi usrah,pergi solat jemaat,belajar tajwid,belajar hukum agama melainkan semasa kamu berada disini (merujuk kepada sekolah menengah saya ketika itu)"
Bagi saya,kata-kata itu sangat banyak benarnya.
Rajin-rajin pergilah melawat saifulislam.com.
2 comments:
hmm..terharu aku baca..mmg banyak benarnya..
terharu.
Post a Comment