Tuesday, February 2, 2010

Al-Baqarah

Assalamualaikum wbt


Sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Muslim didalam sahihnya seperti berikut :

عن أبي هريرة ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، قال : " لا تجعلوا بيوتكم مقابر ، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة "

Bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra : Bahawa Rasulullah saw telah bersabda : “Janganlah kalian jadikan rumah-rumahmu bagaikan kuburan-kuburan, sesungguhnya Syaithan meninggalkan rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah”. (H.R. Muslim)





Ada sahabat tanya saya,"korang(saya dan En.H) selalu gaduh tak?teruk2x ke sikit2x je?".

Tipulah kalau saya cakap tak ada.Yang teruk pun pernah.Yang sikit pun pernah.Hampir 6 tahun bersama melayari rumahtangga,alhamdulillah rasa-rasa saya, kami sudah semakin memahami.Awal perkahwinan...memang selalu bermasam muka.Apa yang selalu orang tua nasihat "tolak-ansur" memanglah betul.

Easier said than done kan?

Yang diawal perkahwinan tu,bergaduh is normal.Tapi janganlah diikut rasa hati.Banyakkanlah guna akal.

Yang sudah bertahun-tahun bersama pulak janganlah take advantange di atas persefahaman yang semakin baik itu.

Hanya rumahtangga yang berlandaskan Quran dan hadis sahaja bagi saya yang mampu bertahan bahagia dalam ertikata yang sebenar-benar bahagia.

Saya bukanlah orang yang layak untuk memberi nasihat maupun tips pasal rumahtangga ni.Cuma apa yang saya dengar,belajar bolehlah saya kongsikan bersama dengan kawan2x.Untuk keharmonian rumahtangga, cuba ini :

Perdengarkanlah surah Al-Baqarah di dalam rumah setiap hari.Berlipatkali ganda lebih baik jika kita sendiri yang membacanya.Sesungguhnya syaitan tu memang selalu berusaha untuk menjauhkan suami daripada isterinya.

Cuba download dari sini http://freequranmp3.com

No comments: