Saturday, February 27, 2010

Maulud Nabi

Assalamualaikum


Saya : Kakak,today kan kita sambut birthday nabi kita tau.

Kakak : birthday nabi?Apa?Mana?kenapa?Birthday tifa ke? (hampir nak hilang keterujaanku untuk bagitau dia pasal maulud nabi - baca : soklan takde kaitan :P)

Saya : Hemm... (waktu ni En.H menyampuk)

En.H : Cuba tifa nyanyi lagu 'satu-satu saya sayang ALLAH,dua-dua saya sayang nabi,tiga-tiga sayang ibu bapa...1-2-3 sayang semuanya'.

Saya : (muka kagum giler sebab En.H nyanyi lagu tuh - bukanler sbb suara ala-ala jamal abdillah tu kan,tapi idea yang sangat bernas dikala saya buntu nak terangkan pasal nabi dekat budak umur 5 tahun nih.

Kakak : (kagum jugaklah dengar ayahnya nyanyi lagu tadika dia kan) but dia menjawab :
Oooooo...nabi yang tu.

Saya : (dengan harapan kakak faham siapa Nabi Muhammad SAW)Hari ni kita sambut maulud nabi sempena sambutan kelahiran nabi kita Muhammad SAW.Blaaa...blaaa..blaaa (sikit-sikitlah ku terangkan pasal Nabi Muhammad).So kita kene selawat banyak2x....menandakan kita sayang sangat nabi Muhammad nabi kita.


Kakak : (Diam-Blur-Tgh fikir siapalah nabi Muhammad agaknya)


.....................................


Zaman saya di kampung dekat Balok Kuantan,sambutan maulidur rasul meriah.Budak-budak plus orang2x dewasa penghuni taman ramai-ramai keluar berselawat,bawak sepanduk,siap dgn pembesar suara berjalan,berselawat keliling taman perumahan kami.(jgnlah pelik,namanya kampung,tapi rumah di kawasan perumahan dah...hihihi...tapi suasana kampung jugaklah).

Disini,dengar selawat kat tv je lah.Tu yang lagi payah nak terangkan pasal maulud nabi kat anak-anak.Bila tanya kakak,cikgu bagitau tak kenapa cuti hari ni?Jawabnya tidak.Aduh...lagilah peningnya.Ku harapkan disekolah cikgu dapatlah terangkan serba sedikit.(lupa agaknya kan)


Anyway, pada saya pendedahan awal tentang apa itu Islam? to our children sangat-sangatlah digalakkan supaya asasnya nanti kuat,tidaklah serapuh kaca.Ye dok?


p/s: Owh...kakak dah mula tanya saya "ibu,mana ALLAH?"."ibu,tifa tak nampak ALLAH pun"."ibu,Allah tu besar tak?.
Well....saya perlu menyediakan mental dan fizikal ku dengan lebih hebat lagi untuk soalan-soalan yang bakal mendatang.

Owh..satu lagi kan pagi jumaat tu ada ustaz cakap pasal maulud nabi ni kat tv.Ceritanya..bapa saudara nabi,abu lahab sambut kelahiran nabi dgn sembelih 100 ekor unta tau.Sayangnya dia kat nabi kan.Ni sebelum nabi diangkat jadi nabi dan rasul.

So,kita ni bagi hadiah apa kat nabi muhammad kesayangan kita?
Think..think..think.
Selawat..selawat..selawat.
Jom kita hidupkan sunnah Rasullullah dalam hidup kita sehari-hari.
Jom kita ajar anak-anak sunnah rasulullah.
Jom kita bagitau anak-anak supaya menjadikan Muhammad SAW idola mereka.
Jom..jom..jom. (bukan jom heboh daaaaaaaaa :p)



Ibu : Irfan..besar nanti hafaz quran ye sayang.
Irfan : (tengoklah muka dia) Baikkkkkkkkkkk ibu.

Thursday, February 11, 2010

The truth......




By Helen Fisher

The Oprah Magazine
November 18, 2009



About what keeps marriages together


I have a friend who met her husband at a red light. She was 15, in a car with a pile of girls. He was in another car with a crowd of boys. As the light turned green, they all decided to pull into a nearby park and party. My friend spent the evening sitting on a picnic table talking to one of the guys. Thirty-seven years later, they are still together.

We are born to love. That feeling of elation that we call romantic love is deeply embedded in our brains. But can it last? This was what my colleagues and I set out to discover in 2007. Led by Bianca Acevedo, PhD, our team asked this question of nearly everyone we met, searching for people who said they were still wild about their longtime spouse. Eventually we scanned the brains of 17 such people as they looked at a photograph of their sweetheart. Most were in their 50s and married an average of 21 years.

The results were astonishing. Psychologists maintain that the dizzying feeling of intense romantic love lasts only about 18 months to at best three years. Yet the brains of these middle-aged men and women showed much the same activity as those of young lovers, individuals who had been intensely in love an average of only seven months. Indeed, there was just one important difference between the two groups: Among the older lovers, brain regions associated with anxiety were no longer active; instead, there was activity in the areas associated with calmness.

We are told that happy marriages are based on good communication, shared values, a sturdy support system of friends and relatives, happy, stable childhoods, fair quarreling, and dogged determination. But in a survey of 470 studies on compatibility, psychologist Marcel Zentner, PhD, of the University of Geneva, found no particular combination of personality traits that leads to sustained romance with one exception: the ability to sustain your "positive illusions." Men and women who continue to maintain that their partner is attractive, funny, kind, and ideal for them in just about every way remain content with each other.


I've seen this phenomenon, known as "love blindness," in a friend of mine. I knew him and his wife-to-be while we were all i n college, when they both were slim, fit, energetic, and curious: a vibrant couple. Today both are overweight couch potatoes. Yet he still tells me she hasn't changed a bit. Perhaps this form of self-deception is a gift from nature, enabling us to triumph over the rough spots and the changes in our relationships. I'm not suggesting you should overlook an abusive husband or put up with a deadbeat bore. But with the holidays upon us, it's worth celebrating one of nature's best-kept secrets: our human capacity to love…and love…and love.

Tuesday, February 9, 2010

Perkahwinan

Assalamualaikum


Saya petik sebahagian tulisan dari artikel ustaz hasrizal dalam sesawangnya http://saifulislam.com yang bertajuk 'Sinergi Memanfaatkan Perbezaan'.Fikir-fikirkan.

PERBEZAAN DALAM DUNIA RUMAHTANGGA

Sulit sekali sebuah rumahtangga mahu dikendali dengan bahagia, jika suami tidak dapat mengecam perbezaan cara berfikir dan bekerja sang isteri yang merupakan seorang perempuan. Apa yang mahu dinikmatinya, hanyalah pada perbezaan fisiologi, perbezaan tubuh badan antara lelaki dan perempuan. Tetapi perbezaan akal, emosi, dan pertimbangan, suami sering sahaja mahu isterinya berfikir seperti dia, faham seperti fahamnya dia dan membuat keputusan seperti keputusan dia.

Itu mustahil.

Lelaki dan perempuan berbeza pertimbangan.

Wanita itu kekuatannya adalah pada emosi dan perasaan. Kerana itu biar pun tubuhnya tidak segagah seorang lelaki, Allah menjadikan wanita sebagai pihak yang hamil mengandungkan anak ditumpang 9 bulan di dalam perutnya. Itu memerlukan kekuatan perasaan lebih daripada sekadar kekuatan fizikal menanggung berat 10 atau 20 kilogram selama 9 bulan. Lelaki tidak layak untuk hamil kerana perasaan lelaki tidak sekuat perempuan.

Justeru jangan dimusuhi perasaan wanita. Kerana perasaan itulah ibumu lulus melahirkan kamu dan adik beradikmu.

Namun wanita juga harus belajar untuk faham. Ketika perasaan menjadi kelebihan dirinya, perasaan juga sering menimbulkan kesulitan kepada suami, yang diciptakan Allah pertimbangannya lebih kepada akal. Jangan sering membebankan suami dengan kehendak perasaan. Sebaliknya hargai suami yang biar pun kurang menunjukkan emosi, tetapi sering panjang akal fikirannya.

Allah melantik suami sebagai pemegang amanah menguruskan TALAQ kerana suami sebagai lelaki harus panjang akal. Hitungannya mendalam. Fikirnya tidak mengikut keadaan dan perasaan. TALAQ musnah jika dikendalikan dengan emosi. Justeru suami harus menyedari akan hal ini, demikian juga sang isteri.

Kedua-duanya mesti belajar menguasai ilmu untuk kenal perbezaan di antara lelaki dan wanita.

Di dalam al-Quran ilmu itu ada. Di dalam Sunnah ilmu itu luas. Di dalam ilmu-ilmu moden juga panduan sudah banyak dirumus dan dibukukan. Hanya tinggal kemahuan untuk belajar. Supaya jangan suami dan isteri terus bermusuhan dengan perbezaan yang dia tidak tahu, dan tidak bisa mengendalikannya.




Saya antara pembaca yang suka tulisan ustaz hasrizal ni.Selalu hasil nukilannya meresap kedalam hati dan membuatkan akal fikiran bekerja untuk memahami dan disusuli dengan tindakan.Tulisan santai.Bahasa bagus.Tak terlalu keras menegur.Tak juga terlalu lembut sampai halal dan haram boleh ditukar-tukar.

Buat kawan-kawan...sesibuk mana pun kita dengan hal dunia ni,cuba-cubalah bagi santapan untuk rohani kita ni juga.

Saya masih teringat kata-kata seorang cikgu yang bernama 'Maria' tentang agama.

"kamu semua percayalah cakap saya,bila kamu dah lepas SPM nanti sangat susah untuk walau seorang pun manusia yang akan menyuruh/nasihat kamu baca quran,pergi usrah,pergi solat jemaat,belajar tajwid,belajar hukum agama melainkan semasa kamu berada disini (merujuk kepada sekolah menengah saya ketika itu)"

Bagi saya,kata-kata itu sangat banyak benarnya.

Rajin-rajin pergilah melawat saifulislam.com.

Monday, February 8, 2010

Fikir-fikir

(pic googled)


Assalamualaikum


Saja nak mencetus minda kasi bekerja lebih lagi.
Semoga dari akal,penghayatannya akan turun ke hati.


Perbandingan orang biasa dan orang luarbiasa.
Perbandingan dari pandangan manusia dan dari pandangan ALLAH.


Here we go......


Orang biasa pada pandangan manusia?
Siapakah mereka?
Orang biasa pada pandangan ALLAH?
Siapa pula?
Orang luarbiasa pada pandangan manusia?
Orang luarbiasa pada pandangan ALLAH?
Orang biasa pada pandangan manusia dan pada pandangan ALLAH?
Orang luarbiasa pada pandangan manusia dan pada pandangan ALLAH?


Golongan yang mana rugi?
Golongan yang mana untung?
Golongan yang mana satu anda berada?


p/s:Tak glamour dikalangan manusia pun takpe,saya lebih suka glamour pada pandangan ALLAH.

Friday, February 5, 2010

Pillow Bullies

Assalamualaikum


Kene buli ke?Ishhh takdelah.
Mana si kakak tu sedar kaki dia atas adik.
Kelakar pulak budak-budak ni tido semalam.
Dah macam 'action kame' si sincan pun ye gayanya....heheheh.

Lepas snap gambar,saya alihkan kaki kakak.(yelaa takkan nak bior je..kesian si irfan tu)

Dan....dan dua-dua tu bergerak serentak lepas tu mengiring.Sama pulak tuh.
Tersenyum sendiri saya tengok anak-anak nih.


'action kame'!!! (sila ikut nada sincan yek) :P




Ini namanya tido berirama :P

Thursday, February 4, 2010

Buat Encik Suami Sekalian

(pic googled)

Tawanlah hati isterimu dengan..........


1.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

2.Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

3.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

4.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

5.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.


6.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

7.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

8.Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

9.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

10.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.


11.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

12.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

13.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

14.Solat bersama dan berdoa bersama.

15.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

16.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

17.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

18.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

19.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

20.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

21.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letakkan barangan yang hendak dibawa di kereta.

22.Bila dia memasak, pujilah masakannya.

23.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

24.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

25.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

26.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

27.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

28.Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

29.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

30.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

31.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

32.Belikan untuknya makanan yang dia gemari. (wah! yang ini memang En.H sgt2x sukses tau)

33.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

34.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

35.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

36.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.


p/s: kadang-kadang semua pun dah tahu..tapi lupa atau buat-buat lupa.Jadinya sama-samalah kita saling ingat-mengingati ye dok.Peace!

Tuesday, February 2, 2010

Fuh! I'm sweating

Jangan ingat saya dok rumah rilek-rilek tau!!!

Jom senam!





p/s: yelah nak pergi kelas aerobik tu agak-agaklaa jugak kan...ikut mamat ni pun okeh ape...berpeluhhhh mak cik tau!!!

Al-Baqarah

Assalamualaikum wbt


Sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Muslim didalam sahihnya seperti berikut :

عن أبي هريرة ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، قال : " لا تجعلوا بيوتكم مقابر ، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة "

Bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra : Bahawa Rasulullah saw telah bersabda : “Janganlah kalian jadikan rumah-rumahmu bagaikan kuburan-kuburan, sesungguhnya Syaithan meninggalkan rumah yang dibacakan padanya surah al-Baqarah”. (H.R. Muslim)





Ada sahabat tanya saya,"korang(saya dan En.H) selalu gaduh tak?teruk2x ke sikit2x je?".

Tipulah kalau saya cakap tak ada.Yang teruk pun pernah.Yang sikit pun pernah.Hampir 6 tahun bersama melayari rumahtangga,alhamdulillah rasa-rasa saya, kami sudah semakin memahami.Awal perkahwinan...memang selalu bermasam muka.Apa yang selalu orang tua nasihat "tolak-ansur" memanglah betul.

Easier said than done kan?

Yang diawal perkahwinan tu,bergaduh is normal.Tapi janganlah diikut rasa hati.Banyakkanlah guna akal.

Yang sudah bertahun-tahun bersama pulak janganlah take advantange di atas persefahaman yang semakin baik itu.

Hanya rumahtangga yang berlandaskan Quran dan hadis sahaja bagi saya yang mampu bertahan bahagia dalam ertikata yang sebenar-benar bahagia.

Saya bukanlah orang yang layak untuk memberi nasihat maupun tips pasal rumahtangga ni.Cuma apa yang saya dengar,belajar bolehlah saya kongsikan bersama dengan kawan2x.Untuk keharmonian rumahtangga, cuba ini :

Perdengarkanlah surah Al-Baqarah di dalam rumah setiap hari.Berlipatkali ganda lebih baik jika kita sendiri yang membacanya.Sesungguhnya syaitan tu memang selalu berusaha untuk menjauhkan suami daripada isterinya.

Cuba download dari sini http://freequranmp3.com