Thursday, August 27, 2009

Check

Assalamualaikum


Alhamdulillah.......yang ditunggu-tunggu sudah tiba!




Saya terima ini......







sebab ini........








Bolehlah buat belanja raya tahun ni.Syoknya!

Tuesday, August 25, 2009

Aku

Assalamualaikum


Cepat sgt ke aku menghakimi manusia-manusia itu?


satu :

aku beli brokoli sepotong kecik,kacang buncis 10 helai jek dan bunga kobis sepotong kecik.Timbang punyelah laju.Tup..tup keluar dari mulut dia "8 ringgit kak!".

Hish,tak penah aku beli barang byk tu sampai 8 ringgit.Kurang2x 4-5 ringgit je.(aku kan surirumah sepenuh masa,selalu beli barang dapur)

Aku geram jugak.Aku cakap 'eh takkan 8 ringgit kot.Timbang balik.Brokoli ni berapa sekilo?Bunga kobis berapa sekilo?.Kacang buncis berapa sekilo?.Sebenarnya masa dia timbang balik aku bukan kira pun dan sah2x aku tak ingat berapa brg2x tu berharga utk sekilo.

Usai timbang balik,dia kata 4 ringgit sudahla kak.

Ha...itu baru aku rasa berpatutan.Aku bayar dan ingatkan aku nak warning je cakap jgnlah amik riba' berdosa.Tapi aku diamkan aje.Aku balik.

Dulu aku tak pandai nak mempertahankan 'hak pengguna' ni.Aku takut dengan penjual.Tapi suami aku byk ajar aku supaya berani bertanya,berani persoalkan sesuatu yg kita rasa tak munasabah.Lagipun kita yang pegang duit tu!

Hari tu memang aku rasa puas sebab aku tak berjaya ditipu orang walau pun untuk 4 ringgit nilainya!Pada aku bukan nilai yang penting,tapi sejauh mana prinsip hak pengguna tu telah aku praktikkan.


Dua :

Orang ada facebook,aku pun bukak juga satu.Aku suka tengok gambar2x kawan2x aku yang melancong luar negeri.Aku lepaskan rindu pada sorang kawan aku yang duduk jauh kat london sana dengan tgk gambar2x dia dengan suami dia.

Tapi aku tak berapa gemar letak gambar aku kat situ.Lagi aku tak gemar bila orang lain letak gambar aku tak pakai tudung kat situ! Memang aku marahlah!

Aku tau aku bukannya tahap perempuan bertutup litup berpurdah bagai.Aku biasa2x je.Tapi bila gambar aku yang nampak rambut,leher,lengan dipamerkan untuk tatapan orang,itu aku rasa dah macam mencabuli hak aku dah tu.

Aku naik pelik bila ada orang boleh buat macam tu dan buat2x tak tau tentang aurat ni.Aku yang tak faham ke atau manusia tu yang tak mahu memahami.

Suami aku selalu pesan,dalam Islam tak boleh amik situ sikit sana sikit.Yang suka engkau amalkan,yang rasa2x tak suka engkau tinggalkan.Bila Islam,Islamlah semuanya.

Memang aku tak fahamlah manusia ni.

Dahlah..aku nak masak nasi berani hari ni.Harap2x menjadi.

Sunday, August 23, 2009

Sekolah

Assalamualaikum


Kakak tifa asyik bertanyakan tentang sekolah.


Bu...bila kita nak balik kuantan ni?Tifa dah tak sekolah lama ni.

Bu...tifa sekolah kat sini je la.Cepatlah cari sekolah tifa.


Bu...tifa dah takde kawan2x dah.Tifa kene pergi sekolah.Kawan2x tifa ada kat sekolah.



Sayu hati mendengarnya.Rentetan dia pernah pergi sekolah tabika kemas agak lama masa kat kampung dulu.Sudahnya dia tak betah duduk diam bila dah balik ke sini semula.Nak sekolahkan dia rasanya awal lagi.Lagipun saya ada kat rumah.Ibu kan cikgu paling bagus di dunia ni. :)

Saya cakap padanya kita sekolah kat rumah je lah.Adik boleh jadi kawan tifa jugak kan.Nanti ibu bagi kerja sekolah yek.

Hasil googelan saya byk juga worksheet2x untuk todlers 4 yrs and above.Lagipun sekarang sibuk pasal homeschooling kan.Besides boleh tahan juga worksheet yg ada ni.Yang penting menarik untuk diorang kerjakan.

Saya tanya ibu saya tentang worksheet yg mcm mana yg bagus untuk budak 4 tahun ni.Ibu cakap lebihkan pada motor skills diorang such as potong-memotong,lipat-melipat,gunting-menggunting.Bab mewarna,menulis biasa2x aje.Tak perlu ditekankan sangat.Cukup sekadar diorang mengenal huruf.Kalau boleh listening skills tu yang perlu difokuskan.


So setelah diteliti,antara bahan2x yang saya dah print......



huruf2x utk diwarnakan (tifa dah buat selai,dpt 3 stars tuh hihihi).
cuba tgk nama dia kt atas tuh...pjg sungguh huhuhu.Masa saya tgh ajar dia tulis nama tuh dia berleter kenapa nama tifa pjg sgt nih.Heheheh


gunting ikut line



gunting pic tepek kat tpt yg betul



ni pun sama,gunting pic tepek kat tpt yg betul


Ada byk lagi yang saya print.Ada worksheet nombor2x jugak.Lain kali saya tunjuk.Yang best kakak tifa suka dan khusyuk buat kerja dia.Sibuk pulak suruh ayah belikan file untuk letak kerja sekolah dia yg dah siap.Jenuh!

Oklah kene off dah.Itu incik yg kecik sudah mengamuk.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn ramadhan kali ni.

En.H ada bercakap semalam "happynya sabtu ni dah puasa ek".

Saya jawab "ha..ah best!".

Dalam kepala saya ada terlintas tahun ni puasa nak berusaha untuk solat terawih hari2x walaupun di rumah.Nak cuba mengaji hari-hari.Nak cuba elakkan bermasam muka dgn En.H.Merajuk-rajuk pun kalau boleh tak nak.Nak berbaik je hari2x.

Kakak Tifa sibuk tanya "ibu,tifa puasa boleh?"

Hehehe.

Harapnya dapat juga didik kakak Tifa berpuasa dan membuatkan dia rasa bulan ramadhan ni bulan yg paling umat Islam tunggu2x.

En.H cakap malam ni kita pergi beli barang dapur.Memang dah kering kontang pun baik bahan basah or kering.

Mula2x saya fikir macam2x nak beli.Ayam sekor,daging lembu sekilo,sayur bla..bla..bla.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.......

Ishh bukan ke puasa tu nak mengajar kita keperitan orang lain yg sengsara tak ada makanan,pakaian or even tpt tinggal?

So saya decide barang dapur akan dilistkan mcm biasa dan bukan 'luarbiasa'.Part makanan,berbuka,bersahur akan dilalui seperti hari2x biasa.Part ibadat yang kene buat 'luarbiasa'.

So......Selamat berpuasa dan beribadat ye kawan-kawan. :)

p/s: malam tadi call parent ucapkan selamat berpuasa.Abah bgtau diorg(ibu n abah berdua aje kat rumah) nak keluar sbb abah nak beli kopiah baru.Yang ada dah lusuh sgt.Saya sayu mendengarnya.Balik kg nanti igt nk belikan kopiah,songkok and kain pelikat baru utk abah.

Wednesday, August 19, 2009

Penyakit

Assalamualaikum

Haiyooo.....
penyakit selsema babi ni mmg menakutkan jugak sekarang ni ek.Rasanya mcm hari2x je ada yang meninggal sbb selsema ni.

Nak keluar beli barang pun seram.En.H pesan janganlah difikirkan sgt pasal tu.Well mcm manalah tak nak pk.Dah ramai yang 'pergi' sbb virus tu.

Yang ada baby mcm saya ni rasanya eloklah jgn dibawa anak tu pergi tpt2x yg ramai sgt orang.Ramai sampai bersentuh-sentuhan.Kesian budak2x.Ishh mintak jauhlah.Nauzubillah.

Hemm..tak boleh nk duduk lama2x depan pc ni.Ada orang jeles.Yang besar tu sibuk cakap 'ibu,cepatlah buat kerja...tifa nak buat kerja tifa pulak ni'.Merujuk kepada pc yg kami kongsi ni la.En.H terpaksa buat 2 user pastu letak psword sebab budak yang besar tu dah pandai godek sana godek sini.

Yang kecik pulak sibuk bergayut dekat kaki ni ha.Dia dah sibuk nak bangun berdiri.Rasa2xnya anak yang ni berjalan dulu baru tumbuh gigi kot.Kakaknya keluar gigi dulu,berjalan lambat.Tak kisahlah asalkan sihat walafiat.

oklah turn kakak tifa pulak guna pc.Bye.



bubur nasi + kurma kesukaan En.irfan Fahri

Masa kat rumah tok dia ni kat kuantan


suka makan time!



Wednesday, August 12, 2009

Penangan Elektrik

Assalamualaikum




http://www.cartoonstock.com



Haru biru semalam takde 'karen'.En.H tak sampai hati nak pergi kerja tinggalkan kami dgn tak ber'karen' nih.Sayang dia!

So duduklah kami anak-beranak kepeluhan,kepanasan,tapi tak kelaparan sebab En.H pergi beli air oren jus yg sedap sampai 2 bungkus plus nasi goreng ayam yang syok sampai 3 bungkus.Lepas makan ngantuk tapi tak boleh lelap daaaa....panas.Tulah selalu berkipas je.

Kakak Tifa dah blur tak tau nak buat apa.Selalu dok mengadap pc main game.En.H lagiklah blurnya tak boleh online.Pastu tambah lagi bateri hp abis terus padam.Actually 'karen' tak ada daripada malam semalam lagi.Tapi tidur malam macam ada airc0nd je,udara luar sejuk lepas hujan.Sampai pagi ok lagi.Masuk lunch hour huhuhu...yang kecik tu pun tau nak merengek kepanasan.Semua pakai dah macam duk tepi pantai.Bikini beb! (ibu tak termasuk ok! ngeh3x)

Pukul 7 malam baru 'karen' ada kembali.Fuh! lega.Tapi mmg ngerilah takde lektrik ni yek.Nak masak terbantut(boleh je masak pasal dapur guna gas bukan lektrik kan..saje malas :P),nak blend nasi si irfan pun terbantut (Encik tu makan nestum je semalam,kesian),berpeluh yg menyebabkan Encik kecik tu naik ruam,kakaknya pun naik merah2x juga.Ha..peti ais lagik kacau bilaunya.Sib baik ada seketul daging ayam jek dalam tu.

Tv no problem.Saya takdelah engaged sgt dgn cerita2x kat situ.Kecuali hari jumaat jam 9 mlm jgn diganggu okeh."Nur Kasih" ku ke udara lagi.Sape lagi tgk cite nih angkat tangan!.
Best kan..kan.Hehehe.
Kakak Tifa pun begitu.Dia lebih suka mewarna,menulis,membaca and most of the time main game dia lah kat pc ni.

Overall bak kata En.H semuanya ujian ALLAH.Adalah hikmah disebaliknya kan.Yang penting kita redha and tetap bersyukur sebab selain drpd takde elektrik tu kita ada semua yang mmg patut kita syukuri.

Gambar takleh da...byk sensored! :P

Monday, August 10, 2009

kita serupa?

Assalamualaikum


Serupa tapi tak sama?


Sis Tifa & En.Irfan Fahri


p/s: seronoknya En.H campak semua gambar2x digital yg kami ada masuk dalam pc saya.Dok mengodek gambar2x lama je la dari tadi.Tang gambar kawin yang tak tahan tu.Bukan apa, tak tahan part yang slim2x ler.

Saturday, August 8, 2009

Congrats!

Assalamualaikum

Humor from : http://www.mchumor.com


Nak ucap tahniah buat puan farra dan suami dengan bertambahnya ahli keluarga mereka pada lewat malam 6/8/09 yg lalu.

Welcome to this world baby muhammad ye!

p/s: gambar sekadar gurauan saje :)

Thursday, August 6, 2009

Dah ada pc dah :)

Assalamualaikum

Bukan tak mahu menulis,tp baru ni ha dapat pc.Credit to En.H yg bersungguh-sungguh menyediakan 'media tools' utk ibu berblog setelah berminggu-minggu dok tenung je monitor skrin yg blank ni-rosak.Thanks ye yang!.


Orait.Nak kene update ke?Pasal apa ek?Hemmmmmm.....let see.

Ari tu sorang lagi Encik dalam rumah ni kene inject.Kelakar sbb doc yg nak inject tu perli En.Irfan sblm inject tu.Dia tegur pasal En.Irfan sengih2x mcm selalu masa tgh nak bukak pampers dia tu.Doc cakap gini "oooo gelak ye...tunggulah kene cucuk nanti".Alih2x bila masa inject and lepas inject En.Irfan masih sengih juga mcm tadi.Hehehe.Doc tu pun cakap gini "aikkkk...kuatnya dia".Malulah tu sbb En.Irfan tak nangis pun sebagaimana yg dia expect.Hehehe.Powerlah anak lelaki ibu.Good job sayang! Actually 2 kali kene inject sblm ni mmg dia tak nangis pun.Daging byk ler tu sampai tak rasa jarum.Huhuhu.

Yg female sorang lagi dalam rumah ni pulak (bukan sayalah) sibuk belajar membaca sekarang.Seronok dgr dia slow2x merangkak-rangkak menyebut satu2x perkataan tu.Tapi yg jenuhnya nak kene jawab soalan dia lah.Contohnya gini dia tgh baca ayat "Di dalam sebuah rumah yg besar tggl seekor kucing dan seekor tikus."Dah baca oklah..pastu boleh dia tanya kita "ibu,kenapa rumah dia besar?".Aduhai.....apalah yg ibu nak jawab pasal mmg dah cerita dia gitu.Kalo tgh sibuk masak sambil ajar dia membaca saya jwb ringkas "sbb rumah dia tak kecik".Hehehe.Boleh?

Btw,syukur Alhamdulillah sbb sis tifa dah boleh membaca sikit-sikit.At 4 yrs old rasanya boleh tahanlah awal juga dia boleh membaca kan.Sebab sekolah dgn nenek dia kot.Tapi saya takdelah paksa.Dia boleh mengeja,menyebut suku kata,mengenal huruf2x pun dh cukup bagus.Yang kelakarnya dia tak reti bila nak stop.Puas ajar 1 ayat tu berhenti bila ada "titik".Dia main sambung jek.Mulalah tunggang-langgang jadi ceritanya.English plak saya ajar dia dgn series "peter n jane".Memang baguslah series tu.Not badlah.Sis tifa dah boleh kenal n baca ayat2x paling ringkas yg ada words mcm "my,this,here,it,is,a,his,her,him,on,in,the" plus ada lah lagi yg simple2x.Tapi bila nak add koleksi buku tu kene tggu mph sale lerrrrr.Budget..budget.

Well,enough said about that 2 kids.Pasal saya and En.H pulak,Alhamdulillah syukur ALLAH beri nikmat kesihatan,kebahagiaan dan ketenangan hati which is rasanya sangat2x penting dalam kita menjalani kehidupan seharian ni kan.

Always bersyukur with what you have and always memberi hanya kerana ALLAH.