Thursday, February 12, 2009

Berat dia?

Assalamualaikum

Isu breastfeed dah suam2x kuku pasal everything goes smoothly, Alhamdulillah.Oh ya,teringat petua from my MIL,rebus air kacang tanah and minum airnya.Satu lagi pucuk sayur kacang panjang tu,rebus n minum airnya.Cubalah,mana tau kene dengan badan.Sebenarnya anything yg berkaitan dgn kekacang InsyaALLAH boleh menambahkan susu badan.Setahu sayalah.

Ok cerita pasal En.Irfan pula.He is now 2 mos ++ (26/2 ni masuk 3 bulan).Dia dah pandai sengih2x,gelak2x sikit,nampak muka ibu je dia senyum....best betul!.Baru-baru ni kami pergi dptkan injection 3 serangkai utk En.Irfan.As usual,first perlu ditimbang dulu beratnya and sangat terkejutlah saya bila his weight dah almost 5.3 kilos(berkat susu ibu nih).Masa last inject which is bulan lepas baru 3++ kg.Hehehe.Padanlah kalau saya susukan dia secara duduk(meriba irfan),even beralaskan bantal tapi lengan tetap lenguh juga.And bila masa mandikan dia,berpeluh saya dibuatnya.Semangat sungguh.

Pasal berat dia satu,pasal masa kene inject pun ada kisahnya juga.Surprisingly,En.Irfan Fahri saya tidak menangis lansung kali ni.Sikit bunyi pun takde.Sampai saya tanya doc tu,ye ke dah inject ni? :P (kene tanyalah pasal saya tak pegang irfan pun,ngeri sikit nak tengok irfan kene cucuk.Same goes to nathifa masa dia kecik2x dulu).

Kakak tifa siap kata "hebatlah adik iffann ni!" :P (suke betul dia guna word 'hebat' tu).Tapi rasanya credit to that doc lah kan.Memang hebatlah pasal cucuk jarum kat peha si irfan tu but irfan tak menangis lansung.Nama doc tu pun dah dekat2x sama ngan irfan fahri.En.Fazri namanya.Muda remaja gitu :P (jeles pulok En.H kang!)

Sebut tentang kakak tifa,ada satu perbualan kami yang bagi saya lucu sangat2x.Kisah bermula bila dia minta izin untuk ikut mak ngahnya balik rumah sewa dan bermalam disitu.As ibu yang mmg tak pernah berpisah tidur dgn anaknya ni,mcm2xlah saya pesan.Paling penting must go to toilet dulu before sleep.

Saya : nanti kat rumah mak ngah,tifa pergi toilet dulu ye sebelum tidur.
Tifa : (dengan muka selamba dia) Rumah mak ngah ada toilet ke?
Mak ngah : hellooooo...ingat rumah mak ngah cikai sangat ke?
(masa ni kami dah gelak dah sakan dah)

Teringat ada seorang teman yang membangkitkan isu 'from the child point of view'.Tak dapat saya agak apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dia.Tapi menarik dan bahaya juga soalan dia tu...hehehe.Silap2x tanya ada yang terasa hati kan......

p/s: En.H dijangkiti selsema.Dia juga menjangkiti selsema kepada kakak tifa.Sekarang saya pula dah macam dijangkiti juga.Harap2x En.Irfan imun daripada wabak ini.Harap2x juga susu ibu yg penuh khasiat ni dapat memberi benteng yang kuat untuknya.InsyaALLAH.

1 comment:

Mama-Danish & Sarah said...

SALAM KENAL....

KALAU NANTI NAMPAK CAM BABY PUN NAK KENA SELESEMA GAK, CEPAT2 CUBA PETUA NI.... ASAH IBU KUNYIT DAN SAPU KAT HIDUNG BABY... INSYAALLAH SELESEMA CEPAT BAIK...

P/S: TAK SAMPAI HATI BILE TGK BABY SAYA DULU WAKTU UMUR 2 BLN KENA SELSEMA YG TERUK. TEKSEKSA BATIN DENGAR BUNYI KAHAK DALAM TEKAK DIA.