kakak tifa : ibu,mintak maaf ye,tifa buat tumpah air masak atas carpet.(dengan nada nak nangis yang dibuat-buat)
ibu : ye ke.(buat-buat tak tau sbb tengah sibuk depan pc).
kakak tifa : ibuuuu,tifa mintak maaf ni.Tifa buat tumpah air.Tifa tak sengaja.Ibu jangan marah tifa ye.Nanti tifa sedih.
ibu : (nak tergelak pun ada).Yelah ibu maafkan tifa.Lain kali tifa minum elok-elok duduk kat meja makan tau.
Dia memang mudah minta maaf.Alhamdulillah itu yang kami ajar sejak dari kecil sebab bukan senangkan nak minta maaf gitu-gitu je.Ramai yang ada egonya.Tapi bab yang 'tifa tak sengaja' tu,habis semua kesalahan dia dok cakap tak sengaja.Tu yang pening tu.
p/s: owh saya tukar angin sikit.Dari ungu ke biru pulak yek.Tak sakit mata sgt menengoknya.Tgh dok edit gambar 2 beradik tu utk ganti org ber5 yg kat atas tu.Pelikla plak ada pic diorg tu kan...
No comments:
Post a Comment