Friday, October 31, 2008

ABC


Assalamualaikum




Thanks sayang! aka En.H for the ABC yang best.

Petang semalam borak-borak dengan kak maria jiran selang 3 rumah,dia bagitau pasal ABC dekat restoran Shazz.Malam tadi terus je En.H ajak pergi.Walau dah dekat pukul 11 malam(kes tengok episod akhir kekasihku seru - tapi tak puashati pasal si waris tu bagun balik!),tukar jugaklah baju pakai tudung seme then off we go to that restoran.Dekat je dengan rumah.

Sampai2x terus order ABC and roti kosong En.H.

Heavennye dapat makan apa yang diidamkan. :)

Anak perempuanku itu sibuklah jugak berkongsi ABC dengan ibunya.Excited lebih daripada yang mengandung.Biasalahkan.

Roti kosong En.H sejuk + liat.En.H kan sangat berpegang pada prinsip hak pengguna.Lepas makan and time nak bayar kat kaunter tu En.H sound pasal roti sejuk and saya pun tambah lagi liat.Dan..dan mamat di kaunter tu panggil mamat yang amik dan hantar order kami tadi.Pas tu bla..bla...bla....bla depan kitaorg.Huhuhu...kesian pulak dengan mamat yang amik order tu...tunduk jek dia kat depan kaunter tu.Then kitaorg pun malas nak dengar lagi teruslah kami berjalan keluar dari restoran tu.Kot..kotlah dapat free jek roti canai tu.Takde punnn.Anyway hak pengguna tetap hak pengguna.Lepas ni rasanya kalo rasa jek roti tu sejuk, time tu jugak suruh diorg tukar.Lagi advanced.Kita bayar ape!

Itulah kisah ABC dan roti kosong sejuk.Malam ni kisah apa pulak ye.

p/s: Semalam En.H bertazkirah pasal mengadu pada ALLAH pasal makan-makan ni.Kadang2x kita tak perasan pun bila perut terasa lapar,hati terdetik "nak makan apa ye hari ni?".Kita patut tukar ayat tu "ya ALLAH,apa rezeki aku hari ni ye?" or "ya ALLAH,aku teringin nak makan ABC /ayam/rusa/arnab etc..etc...".Sebab semuanya ALLAH yang beri kan.So kita patut mengadu padaNYA.Bukan pada nafsu.So lepas ni InsyaALLAH cuba2xlah kita ubah ye.Tak banyak pun sikit.

4 comments:

Farra said...

nyum sedapnya!!

hanis said...

memang sedap betul....kaler2x gitu :)

aida said...

kak hanis..
sorry, boleh lupa pasal soalan kak hanis pasal susu badan keluar hari ke 4 tu... aida pun sama kak, 3-3 anak, hari ke 4 baru keluar.. tapi tu susu matang..

hari 1 ke 3, macam tak ada susu, tapi confident yer kak hanis. susu ada, kolostrum yang pekat itu, kita jer tak sedar :) so just feed as usual ok

Ummu Auni said...

mana gambar fahri ni?