Wednesday, February 21, 2007

tunggu sekejap

assalamualaikum

Sebenarnya memang sudah dirancang hendak menulis hari ini.Ada gambar terbaru si kecil.Itu pun setelah dicuri daripada adik yang bertandang semalam ke rumah.Tetapi si suami menghadiahkan satu sessi mencuci muka,baru saja sebentar tadi,terpaksalah ditangguhkan sebentar hajat untuk menulis ini.Hendak pergi mencuci muka sebentarlah pula.Jika terlebih masa disebelah petangnya saya akan menyambung hajat untuk menulis ye.
Terima kasih kepada si suami.

Sambungannya....

Baru semalam adik yang kedua singgah disini.Membawa rakan bersama.Alhamdulillah tetamu itu rezekikan.

Baru sebentar tadi saya mencuba udang celup tepung resepi dari internet.Sungguh.. sebelum ini saya tidak tahu tepung yang diguna adalah tepung naik sendiri untuk buat kek.

Baru semalam saya mendapat call dari United Kingdom.Huhuhu...excited tidak terkira.Maklumlah jauh walaupun talian dibuat menggunakan internet.Yang menelefonnya adalah sahabat karib saya.Suami isteri....semoga mereka sihat sejahtera hendaknya.

Baru semalam saya menonton berita yang amat membingungkan saya.Seorang ibu yang membunuh 2 orang anak lelakinya.Saya sangsi melayukah...islamkah....benarkah dia yang melahirkan anak2x itu.Air mata saya menitis tanpa disedari melihat disaat ayah dan ibu anak2x itu dibawa melihat jenazah.Sungguh saya bingung....

Baru semalam selepas menghantar adik ke asramanya,ayah membawa kami berjalan-jalan ke air terjun ulu Yam yang agak terkenal itu.Tidak berminat untuk singgah disana,cuma melihat-lihat bagaimana keadaan di situ.Ramai dan sesak.Itu kesimpulan saya.

Baru sebentar tadi si kecil itu memanggil ibu! ibu! ibu!...yak...yak.Terpaksalah saya berhenti di sini.

No comments: