Assalamualaikum
Sungguh berbangga mempunyai sahabat2x begitu.Menghadiri walimatulurus yang juga seorang sahabat memanglah wajib jika tiada halangan tetapi keinginan bertemu sahabat sewaktu di semsas dahulu mengatasinya.Bersyukurlah yang berkahwin itu juga salah seorang sahabat di semsas,bersyukur juga dapatlah kami semua bertemu mengeratkan ukhuwah yang sedia ada.
Alhamdulillah,syukur pada ALLAH atas nikmat mempunyai sahabat2x begitu.Saya memang sungguh gembira melihat semuanya di dalam keadaan yang amat baik dan bahagia.Setidak-tidaknya walau tidaklah begitu bahagia seperti sahabat yang menjadi pengantin semalam,tetapi sihat sempurna.Tiada yang bertongkat,tiada yang berjahit sana dan sini.Saya gembira.
14 sahabat yang hadir.5 permaisuri termasuklah saya(kerana semua permaisuri yang hadir telah bergelar isteri,kebetulan yang menggembirakan) ,7 jejaka yang tampan yang belum bergelar suami dan 2 raja yang gentleman.4 daripada permaisuri tersebut telahpun menambah gelaran sebagai ibu.
Bertanya khabar,bercerita kisah terkini,bergambar untuk kenangan,bergurau senda,bergelak ketawa memanglah menjadi rutin apabila bertemu semula.Ditambah dengan putera dan puteri yang dibawa permaisuri berempat itu.
Si cilik2x yang turut memeriahkan suasana itu : adik beradik tampan aiman dan aizril,si tembam hurin,si nakal adam kimi dan tak lupa puteri saya sendiri si pipi merah nur nathifa humairah.Comel sungguh masing2x dengan gelagat sendiri.
Lama juga berada disana.Sehinggalah saat untuk berpisah menjelma,diabadikan pula kenangan bersama raja sehari.Terima kasih buat sahabat2x yang memeriahkan hidup ini.Saya bersyukur.
Terima kasih juga buat seorang sahabat yang sungguh pemurah.Semoga bertambahlah rezeki kamu wahai sahabat.(you know who you are).
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka