Friday, April 8, 2011

Sesuap nasi

Assalamualaikum wbt

Aduh tajuk tak boleh tahan :P


pic googled

Just want to share pandangan peribadi seseorang yang diajukan kepada saya.Dan membuatkan saya termenung sejenak.

Tentang pemakanan anak-anak.Ramai yang tahu pasal penting sungguh makanan yang halal dan baik yang kita berikan pada anak-anak kita.Sebab makanan akan membentuk akhlak.Kalau parents bawak balik food hasil dari duit yang haram,cubalah tengok apa jadi kat anak-anak.

Bila anak-anak buat perangai,specially yang remaja,selain dari pembentukan sahsiah secara fizikal,cubalah cek kembali duit yang diperolehi utk membeli makanan anak-anak.

Katakanlah kita pasti duit yang kita perolehi tu *bersih,kene pastikan pulak makanan yang kita beli tu *bersih dari semua segi.Bahan makanan,tukang buat makanan hatta sampai ke tahap siapa yang menyuapkan makanan ke mulut anak-anak kita.

Bab siapa yang menyuapkan anak ni yang jarang orang perkatakan.Iya saya tahu kelebihan surirumah sepenuh masa yang memang berpeluang menjaga dgn lebih baik bab2x pemakanan anak-anak.Cuma yang saya nak kongsi,perihal emosi orang yang menyuapkan makanan kepada anak-anak kita.

Pernah terfikirkah kita apakah emosi yang disalurkan kepada anak-anak kita ketika mereka memberikan makan kepada anak2x kita?Lupakan soal bahan yang dimasak,cara ianya dimasak.

Penuh kasih sayang?penuh kelembutan?Dengan marah?Suap sambil berleter?Suap sambil tengking?

Apakah emosi yang disalur dan diserap oleh anak-anak kita?

Bayangkan jika setiap hari anak kita disuap atau diberikan makanan dengan perasaan marah atau berleter atau ditengking.Tidakkah ianya akan membentuk akhlak anak-anak kita secara perlahan-lahan.

Dan alangkah baiknya andai anak-anak disuap atau diberikan makanan dengan penuh kasih sayang,lembut,selawat,penuh dgn nasihat dan doa.Subhanallah.Alangkah bagusnya.

Saya tahu mmg payah nak memastikan bab makanan ni dijaga dgn baik bagi para ibu yang bekerja.Tapi kita boleh pastikannya bila kita dirumah.Kalau sekalipun kita tak masak,sediakanlah makanan atau suapkan makanan kepada anak-anak kita dgn doa,bismillah,selawat dan yang penting dengan emosi yang baik,kasih sayang dan mengharapkan anak-anak membesar dengan akhlak yang terpelihara.

Saya sendiri masih belajar untuk menjaga emosi ketika menyediakan makanan utk keluarga.Memang payah bila masuk bab2x emosi ni kan.Bila penat,saya marah.Bila marah saya berleter.Sungguh tipikal.Hehehe.
Oleh itu ibu-ibu,jom kita kawal emosi ketika menyediakan makanan.

Sesungguhnya anak-anak ni saham akhirat kita.

5 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ye ;)

Farra said...

oooo bagus entry ni

saya ms masak insyallah emosi selama ni tgh tip top gitu..sbb kalu dh penat bonar + emosi x stabil, langsung tak masak dah, boli ajoo hihi

mariaariffbaby.com said...

thanks for great entry..
terdiam kita jap..

harap kita dapat kawal emosi :)

mamawana said...

Masaklah dgn gembira dan kasih sayang pasti rasanya lebih hebat. Berdoa semoga Allah swt permudahkan rezeki yg halal utk kita, Allah permudahkan urusan harian kita, berdoa semoga Allah swt memberi kesihatan yg baik utk kita bagi kita utk mencari rezeki dan beribadah. AsSalam. permisi.

aida said...

entry yang sgt best