Wednesday, April 20, 2011

Piza malas

Assalamualaikum


Ada piza rajin ke?Hehehe

Saje je kasik nama kelaut sikit.Tapi kira 'in' jugaklah dgn rupanya.Takyah nak peluh2x uli tepung buat doh.Doh sudah siap dalam pek plastik gardenia.Hehehe.

Cuma siapkan inti jek.Itupun tomato pes yg dalam tin aje.Kene panggil tomato pes malas pulak nih :P.Yang rajin cuma kene potong dadu bawang merah dan bwg putih.Chop..chop..chop.Lepas tu daging ayam tu potong dadu lawa sikitla.Tak perlu besar2x sgt.Nanti kesian tak muat masuk mulut si kecik.

Nak buat inti sonang bebenar kak.Tumis bawangan semua tuh,ai tambah sket origano,lepas tu campak tomato pes,lepas tu campak ayam.Jangan lupa garam sikit.

Lepas tu susun atur kepingan 'doh malas' atas besi leper tuh.Letak inti atasnya dannnnnnnnnnnnn step paling best (specially kalau panggil anak-anak tolong - habis cheese dikerjakannya) sila tabur cheese atas inti itu yek puan-puan.

Masuk dalam oven.Bako kejap je.Kira-kira cheese dah menjejeh mengalir tuh (terliur tak? :P) Keluarkan,sejukkan dan makan!

piza malas :P


Ni ada gambo piza malas saya yg tinggal 3 keping dari 6 keping.Cepat aje menyusut kuantitinya.Sodapppppp.

2 comments:

intanmaria said...

sedap nya...macam senang and ringkas jek

nak try gak la..thanks

Sejarah Baju Kurung said...

Salam.
Waaaah..... Senangnya nak buat pizza rupanya. baru tahu hari ni.

daripada:
Ain Syuhada@zezebel
zezebel.blogspot.com