Wednesday, April 20, 2011

Piza malas

Assalamualaikum


Ada piza rajin ke?Hehehe

Saje je kasik nama kelaut sikit.Tapi kira 'in' jugaklah dgn rupanya.Takyah nak peluh2x uli tepung buat doh.Doh sudah siap dalam pek plastik gardenia.Hehehe.

Cuma siapkan inti jek.Itupun tomato pes yg dalam tin aje.Kene panggil tomato pes malas pulak nih :P.Yang rajin cuma kene potong dadu bawang merah dan bwg putih.Chop..chop..chop.Lepas tu daging ayam tu potong dadu lawa sikitla.Tak perlu besar2x sgt.Nanti kesian tak muat masuk mulut si kecik.

Nak buat inti sonang bebenar kak.Tumis bawangan semua tuh,ai tambah sket origano,lepas tu campak tomato pes,lepas tu campak ayam.Jangan lupa garam sikit.

Lepas tu susun atur kepingan 'doh malas' atas besi leper tuh.Letak inti atasnya dannnnnnnnnnnnn step paling best (specially kalau panggil anak-anak tolong - habis cheese dikerjakannya) sila tabur cheese atas inti itu yek puan-puan.

Masuk dalam oven.Bako kejap je.Kira-kira cheese dah menjejeh mengalir tuh (terliur tak? :P) Keluarkan,sejukkan dan makan!

piza malas :P


Ni ada gambo piza malas saya yg tinggal 3 keping dari 6 keping.Cepat aje menyusut kuantitinya.Sodapppppp.

Friday, April 8, 2011

Sesuap nasi

Assalamualaikum wbt

Aduh tajuk tak boleh tahan :P


pic googled

Just want to share pandangan peribadi seseorang yang diajukan kepada saya.Dan membuatkan saya termenung sejenak.

Tentang pemakanan anak-anak.Ramai yang tahu pasal penting sungguh makanan yang halal dan baik yang kita berikan pada anak-anak kita.Sebab makanan akan membentuk akhlak.Kalau parents bawak balik food hasil dari duit yang haram,cubalah tengok apa jadi kat anak-anak.

Bila anak-anak buat perangai,specially yang remaja,selain dari pembentukan sahsiah secara fizikal,cubalah cek kembali duit yang diperolehi utk membeli makanan anak-anak.

Katakanlah kita pasti duit yang kita perolehi tu *bersih,kene pastikan pulak makanan yang kita beli tu *bersih dari semua segi.Bahan makanan,tukang buat makanan hatta sampai ke tahap siapa yang menyuapkan makanan ke mulut anak-anak kita.

Bab siapa yang menyuapkan anak ni yang jarang orang perkatakan.Iya saya tahu kelebihan surirumah sepenuh masa yang memang berpeluang menjaga dgn lebih baik bab2x pemakanan anak-anak.Cuma yang saya nak kongsi,perihal emosi orang yang menyuapkan makanan kepada anak-anak kita.

Pernah terfikirkah kita apakah emosi yang disalurkan kepada anak-anak kita ketika mereka memberikan makan kepada anak2x kita?Lupakan soal bahan yang dimasak,cara ianya dimasak.

Penuh kasih sayang?penuh kelembutan?Dengan marah?Suap sambil berleter?Suap sambil tengking?

Apakah emosi yang disalur dan diserap oleh anak-anak kita?

Bayangkan jika setiap hari anak kita disuap atau diberikan makanan dengan perasaan marah atau berleter atau ditengking.Tidakkah ianya akan membentuk akhlak anak-anak kita secara perlahan-lahan.

Dan alangkah baiknya andai anak-anak disuap atau diberikan makanan dengan penuh kasih sayang,lembut,selawat,penuh dgn nasihat dan doa.Subhanallah.Alangkah bagusnya.

Saya tahu mmg payah nak memastikan bab makanan ni dijaga dgn baik bagi para ibu yang bekerja.Tapi kita boleh pastikannya bila kita dirumah.Kalau sekalipun kita tak masak,sediakanlah makanan atau suapkan makanan kepada anak-anak kita dgn doa,bismillah,selawat dan yang penting dengan emosi yang baik,kasih sayang dan mengharapkan anak-anak membesar dengan akhlak yang terpelihara.

Saya sendiri masih belajar untuk menjaga emosi ketika menyediakan makanan utk keluarga.Memang payah bila masuk bab2x emosi ni kan.Bila penat,saya marah.Bila marah saya berleter.Sungguh tipikal.Hehehe.
Oleh itu ibu-ibu,jom kita kawal emosi ketika menyediakan makanan.

Sesungguhnya anak-anak ni saham akhirat kita.

Wednesday, April 6, 2011

Nom Nom Media’s Social Media Minds



Try this survey from Nuffnang and get RM1 credit to your account.Hurryyyyyyyyyyyy :)

""we are offering RM1 credit to your Nuffnang OR Churp Churp account if you are among the first 1,000 respondents to complete the survey. Better get started on it now Nuffnangers!""

Puan tini buat giveway lagik!

Assalamualaikum wbt


Puan tini buat giveway lagik!
Jom join sama-sama.
Kita semarakkan lagi Hari Buku Sedunia :)

Cara-caranya adalah :

1. Letak banner giveaway di blog anda. Di mana-manalah, tepi kanan, kiri, atas, bawah. Asal mudah orang nak nampak.


Copy this code to your website to display this banner!

2. Tulis satu entri berkenaan giveaway ini. Pendek ciput kontot pun boleh. Asal ada.
3. Maklumkan saya penyertaan anda melalui ruang komen di entri ini.

Giveaway berakhir 30 April 2011, jam 11.59 malam. Pemenang ditentukan menggunakan kaedah algorithma melalui www.random.org. Selamat mencuba!