Thursday, January 6, 2011

Memberi












السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya petik sedikit hasil tulisan ABU SAIF @ www.saifulislam.com untuk dikongsi.

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.


“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]


Semalam masa ambil nathifa from taski,ada sorang mak budak bertanyakan kepada saya andai saya boleh tolong menghantar anaknya sekali ke rumah pengasuhnya.Saya ditingkat 8,pengasuhnya ditingkat 7.Waktu balik saja kerana pengasuhnya menjaga sorang baby kat rumah.Tak boleh tinggal.


Saya sanggup.Dah alang-alang nak balik rumah.Satu tingkat saje pun.Tak ada masalah.Kemudian terdengar 2-3 suara mak-mak yang lain(mostly pengasuh2x or surirumah) yang menyarankan saya mengambil upah dalam gaya bergurau.

Saya senyum.Tak reti nak menjawab.Saya memang nak membantu saja.Sungguh tak terlintas nak berupah-upah.Tapi bila mendengar bisikkan begitu,saya jadi lemah.Kata hati 'betul juga,dapat juga buat belanja anak-anak.'

Malam tadi saya ceritakan pada En.H.Dan saya dah dapat jawapan yang saya mahu melalui kata-katanya "ikhlaslah tolong,esok-esok orang lain begitu juga kepada anak-anak kita".Kemudian pagi ini terasa nak menjengok blog Abu Saif.Nah! sekali lagi saya mendapat jawapan yang saya mahu.

Ya, erti hidup pada yang memberi.


4 comments:

aida said...

Saya ada kawan rajin memberi. Mmg nak sgt jadi mcm dia, tak berkira sbb saya tgk rezeki dia jadi murah sangat. Masa kerja dulu suka belanja kawan. Lepas berhenti kerja, bisnes sampingan dia jadi kencang

hanis said...

yelah dik......

bukan mudah nak jadi pemberi ni...nak-nak kita yang harta benda ni ala kadar jek....(akak le tu :P)

tapi bila dok pikir nabi kita yang sanggup tak makan sebab bagi tetamu makan...aduh...menitik airmata dikkk...

akak ni taklah sampai tahap takde makanan...tu pun kalo masak sedap2x hati tuh sokmo berbelah bagi nak bagi jiran ke tak...tamak nak makan banyakkkk....huhuhuhu

sedih2x...susah nak latih jiwa jadi pemurah ni...lepas tu ikhlas demi ALLAH...

tapi kita usahalah ke arah itu yek dik..insyaALLAH

Ummu Mishkah said...

inshaAllah dengan memberi kita dapat berkasih sayang.. :)

Anonymous said...

:)
saya pun nak jadi insan yang suka memberi..
moga allah perlembutkan hati saya utk memberi..amin..

thanks for great entry!