Thursday, June 24, 2010

Syarat-syaratnya

Syarat Kemasukan Ke Tahun 1

1 Berlatarbelakangkan Tadika Islam
2 Telah mempelajari asas-asas Bahasa Arab, Tulisan Jawi dan Fardhu Ain
3 Telah menguasai Iqra' (sekurang-kurangnya Iqra' 3) atau sepenuhnya
4 Berumur 7 tahun pada Tahun Persekolahan berkenaan



Syarat 1...InsyaALLAH lepas.Yang no 2 okay-okay kot.Yang no 3 ni pening nih.Huhuhu.Kakak sekarang tengah mengulang Iqra' 2 lagi.Tak lepas2x.Tambah pulak dengan ketidakIstiqamahan ibu dia mengajar ngaji.(terasa sungguh bersalah - kak knv mmg terer siap ada schedule yang perlu di tick2x malam2x bila nak tido.....hebatlah kak...saya yang nak mengajar sorang je tuh baru pun tak menten lansung...ikut rajin).

Well...next year kakak baru 6 thn.So ada setahun stengah lebih kurang lah untuk ibu asah arab,jawi,fardhu ain dan tak lupa kene majukan Iqra' dia sampai habis kalo bleh.Pastu bleh start muqaddam.Baru lega hati ibu.

Semoga ALLAH permudahkan.


Teringat n3 dari Ustaz Hasrizal.Sedikit daripadanya berbunyi :

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

7 comments:

Farra Da Smiley said...

salam, mmg kalau saya nak istiqamah mengajar harap maaf ler..sbb tu kene hanto gak ke kelas iqra yg formal

alhamdulillah dedua beradik iqra lancar, yg tak lancar english! aduhhh pening...dah le tade kelas formal niii..bebudak lain tgk dh teror english

bahasa arab pon masih kantoi..
eh btol ke syarat ni?

knv said...

ish takde la hebat mana punggg.. hihihihi.. macam payah bebenor nak tick semua abis hahahha...

oh awal lagi. baru 5 tahun... :D

Ummu Auni said...

Saya displinkan budak2 ni baca iqra' hampir setiap hari. kekadang rasa penat gak, tapi target, satu mukasurat satu hari. bila dah berdikit2 insya Allah.

english ni, aduhai. lemahnya

wEna said...

tu nak masuk sek apa kak? btw.. knv tue menda?

blogadmin said...

Fara : saya ni SAHM.....hehehe..segan ler pulok kalo nak nganto anak yg baru sorang tuh gi kelas ngaji.(lebih kepada rsa bersalah sbenarnya).Cubalah juga tak hari2x pun...selang sehari lepas magrib tuh ngaji.Tu belom lagi bab2x hafal doa2x harian...surah2x pendek.Huhuhuhu banyaknya list nak kene ajar....

English tu more pada cakap harian je farra.Kalo ajar formal payah diorang nak dapat.Cuba ajar dalam perkara harian dulu.

Syarat ni untuk masuk SRA atau SRAI sebenarnya.Sekolah biasa takde kot



Kak knv : saya mmg nak tiru akak lah buat list nih.Menarik dan jadi reminder buat kita.Tapi tick ke tak tuh...hehehehehe....


Aini : nak displin tu ler...masalahnya maknya yg tak displin...huhuhuhu...nak kene rotan maknya ni tau...hehehe



wena : Syarat ni untuk masuk SRA atau SRAI sebenarnya.

Kak knv ni nickname member blog akak dik oiiii...hehehe
(lupa nak letak link)

Ummu Mishkah said...

ni macam nak masuk sekolah al-amin kat UIA ni jer, mishkah test 10/7 ni.. nak masuk situ ker?

hanis said...

Ha ah ummu..syarat ni amik kat web al-amin.Rasa2xnya syarat2x utk masuk SRA or SRAI lebey kuranglah kot...kene lebihkan yg bab2x agama ni.


ooo mishkah pun apply ke situ ek...semoga berjaya ummu yek.

Nathifa kami tak ke situ kottt..jauh benor ngan rumah kami.But InsyaALLAH will try SRA or SRAI yg dekat2x ngan rumah kami ni.