Monday, August 11, 2008

Demam vs ceramah

Assalamualaikum

"Demam"

Anak kesayangan kami kurang sihat hari ni.Demam.Lain-lain takde alhamdulillah.Fikir2x agaknya sebab hari sabtu lepas dia dok berlari tengah panas masa ibunya sibuk menginvolvekan diri dalam acara rewang-merewang untuk sambutan sempena kedatangan Ramadhan.Rasa bersalah pulak.Patut ditinggalkan aje dengan En.H kat rumah.Tapi tulah..macam tak biasa.Mengikut aje ke mana ibunya pergi.

Moga-moga cepat sembuhnya.Tak larat nak berkepit aje bila sakit2x ni.Merengek-rengek...bila ditanya nak apa.....dia jawab 'nak ibulaaa'.Aduhai...lemah kaki.Tak boleh nak buat apa.Menu hari ni pun roti canai segera dengan sambal sardin je.Dia tak sihat,dengan saya-saya sekali tak sedap mulut,tak sedap badan.En.H pun agaknya mengantuk kat opis tu.Semalam berjaga banyak kali.Si kecik tu nak susulah.En.H tepek cool fever kat kepala si kecik tu untuk redakan panasnya sikit.Terjaga mencari 'bantal wangi' nyalah.Jenuh.Doakan moga cepat sembuh demamnya.


"Halaqah"

Semalam rugi sangatlah kalau ada yang tak tengok 'Halaqah'.Saya pun bukanlah tiap-tiap minggu menontonnya.Entah kenapa tajuk semalam 'neon' tu menarik sungguh.Tak berganjak lansung dari awal sampai habis.En.H pun sama.Terpegun betul dengan hujah2x Prof Dr.Yusuf dan Dr.Danial tu.Rasa ceteknya ilmu yang saya ada.

Subhanallah.Rasa terharu/insaf bila mendengar kupasan-kupasan 2-2 dr tu semalam tentang ayat 35 surah An-nurr tu.Betapa ilmu ALLAH tu tiada tandingannya.Sampaikan perumpamaan yang diberi untuk hambaNya dalam Quran pun semuanya sempurna.Tak ada cacat celanya.Tentang kaca,tentang minyak zaitun yang menjadi sumber cahayanya.Macam mana minyak zaitun tu bila dijadikan bahan bakar takkan mengeluarkan apa2x bahan yang merosakkan udara.Kalau dimakan pun takkan memudaratkan sebab tak ada lemak pun.Sampaikan jelaganya pun cerita dr.Yusuf, orang2x arab sana proses untuk dijadikan dakwat.Subhanallah.

Tajuk minggu depan 'cinta'.Siapa2x yang berminat nak tengok tunggulah depan tv jam 9 mlm,tv9, hari ahad.Moga2x kita semua diberi nur ALLAH untuk mendengar perkara-perkara ilmu agama dengan niat mendekatkan diri kepada ALLAH daripada melihat dan mendengar benda2x yang sia-sia.InsyaALLAH.

p/s: Ceramah 'menyambut kedatangan Ramadhan' malam minggu yg lepas pun tak kurang hebatnya.Ustaz yang memberi ceramah tersangatlah uptodate orangnya.Muda lagi orangnya.Walau ceramah hanya lebih kurang 1 jam je,banyak tips2x dan cerita2x menarik yang ustaz tu bagi.Tak puas mendengarnya.Syukur...syukur.

1 comment:

Ummu Auni said...

alamak ruginya terlepas