Tuesday, September 23, 2008

Puasa..puasa then baru raya

Assalamualaikum

Huh! memang lama yang amat saya tak menjengok,membelek,mengupdet apa yang patut di sini.Sibuk tu adalah sikit.Yelah belah siangnya sibuk projek biskut & kek raya plus jahit sikit2x.Malam pulak saya tak suka sibuk dengan hal2x raya tu,lebih suka fokus pada mendapatkan sebanyak mungkin pahala bulan ramadhan ni.Jadinya nak menyelit untuk online pulak dah takde slot dah.

Tadi baru lepas hantar tart nenas 150 biji yang jiran tempah.Ish saya taklah ambik order gila-gila untuk biskut raya.Yang jiran tu pun kira tolong buatkan je.Dia sorang je pun yang saya terima ordernya.Order lain semua saya tolak.Kek lapis pun bertalu-talu yang bertanya.Yang saya terima order 5 biji jek.Itu pun dah jenuh nak menyiapkannya.Maklumlah dengan perut dah makin ke depan,berat yang bertambah,penat pun makin cepat datang.Tapi alhamdulillah saya bersyukur sangat2x sebab dapat berpuasa macam biasa,and walaupun sarat masih boleh masak untuk berbuka,bersahur tiap2x hari.Alhamdulillah.

Rasa sedih ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya.Rahmat bulan puasa ni memang takde tandinganlah.Dengan amannya,tenangnya, yelah yang bertanduk-tanduk tu semua takde.Zaman nabi dulu,diorang menangis bila bulan puasa dah nak abis.Dulu2x saya tak terasa sangat.Tapi rasanya sekarang memang sedih sebenarnya bila ramadhan dah nak abis.Perasaan nak raya pun takdelah teruja sangat macam masa kecik-kecik tu.Biasa-biasa je.Mengenangkan keadaan bila bukan bulan ramadhan yang havoc,kecoh dengan macam2x cerita, memang sayulah.

Apa-apa pun manfaatkanlah 10 malam terakhir ni dengan sepenuhnya.InsyaALLAH.Rugi kalau tak berdoa sedangkan kita dah memang tau berkatnya ramadhan lebih2x lagi malam lailatulQadar.

3 comments:

Farra said...

lamanya tak update citer?raya kat mana??

hanis said...

raye kat kl je dulu.....then lepas solat raya baru ke melaka insyaALLAH.Maklumlah dh 7 mos lebih,risau nk jalan jauh.Suppose blk pahang tapi parent balik kg diorg (nenek masih ada) kat penang.So tak jdlah nk ikut.

Anyway Selamat Hari Raya buat fara sekeluarga.Semoga raya tahun ni penuh dgn berkat dah rahmat.Amin.

Mynie said...

salam perkenalan,
saya menjengah dari blog limau nipis. kagun dgn akak (kot?) sebab work from home..