Friday, August 1, 2008

Assalamualaikum

Belom nak start love story lagilah :P - Bak kata puan limau kene tunggu 'mood' datang dulu.

On the other part,saya ni tengah mencari babycot 2ndhand tapi biarlah berkeadaan macam baru.Kalau bolehla kan.Anyone yang berkenan nak jual/kalau free syukur alhamdulillah ;) sila-sila email saya di aniece79@gmail.com (ada gambar lagi bagus kan).

Satu part lagi,kami nak let go banyak barang keperluan rumah secara murah-murahlah.Semuanya bukan baru.Cuba-cuba pergi kat mudah.com and taip "huzaimy" dalam box kategori tu.InsyaALLAH keluarlah semua list barang yang kami nak jual.

Semalam En.H balik kerja bawak satu cerita.Ceritanya ada sahabat yang mengadu hidup sudah tidak bermakna lagi.Hampir muflis dek hutang dan segala bagai masalah.Kalau nak dikira keadaan sekarang memang begitulah gayanya.Umat Islam yang pandai mengucap pun boleh membunuh diri kerana tekanan jiwa dek masalah dunia.Nauzubillah.

Kata En.H bila dah dekat nak muflis tu bukannya tak bermakna lagi hidup,tapi sebenarnya hidup baru nak bermula.Bukan bermula yang dunia tu,tapi yang akhirat tu.Itulah tanda Allah masih sayangkan kita.Allah masih nak hambaNya kembali melebihkan akhirat daripada dunia.Kan firman ALLAH dalam Quran pun ada kata setiap manusia yang beriman tu pasti akan diuji.Kalau tak dekat muflis mungkin kuranglah insafnya terhadap dunia akhirat.Kurang ke masjid berjemaah.Kurang ke majlis2x ilmu akhirat.(kena bezakan sekarang sebab yang majlis ilmu dunianya dah berlambak-lambak).

Bila dah terasa hidup diuji,pada siapa lagi kita nak mengadu kan kalau bukan pada yang berkuasa menguji kita,Allah swt.Dengan sendirinya kita akan mendekatkan diri pada yang mencipta kita,Allah swt.Sebab memang kita sedar yang berkuasa memberi uji,Yang itu jugalah yang berkuasa memberi kesenangan kembali,Allah swt.

Itu cerita orang lain.Cerita kita macam mana pula.Sudahkah kita diuji sehingga kita jatuh terduduk dan menangis,memohon pertolongan/petunjuk Allah disepertiga malam atau pun hidup kita sentiasa diselubungi kesenangan,kemewahan dan kebahagian sehingga semakin lama kita semakin jauh daripada Allah swt.Nauzubillah.

Bertanyalah kepada hati kita sendiri.Moga2x kita semua diberi petunjukNya.Amin.

1 comment:

Farra Da Smiley said...

anak 1st sy tak guna babycoat, and 2nd atoknya belikan but kami guna 1 bulan jek..lepas tu letak kain2..kesimpulannya tak guna sgt..tapi kalau omputih guna rasanya :D