Friday, September 23, 2011

Sabar ke...syukur ke..mana satu?

Semalam adalah pertama kali saya mendengar kata-kata seorang ustaz yang agak pelik bagi saya.Bukanlah pelik apa,cuma pelik sbb tak pernah dengar orang cakap mcm tu.

Apa yg dia cakap?

Gini...isunya soal sabar atau bersyukur.

Selalu orang suruh kita bersabar kan.Dalam islam pun sabar tu tahap iman yang tinggi kan.But ustaz ni cakap jangan kita jadi orang yang bersabar,tapi mari kita jadi orang yang bersyukur.Saya ni cetek ilmunya.Jadiknya saya sangat2x terkejut dengan ajakan itu.

Tapi.......

Bila saya renung-renungkan...fikir-fikirkan.Yup...itu adalah suatu perkara yang sangat-sangat berbeza tapi betul.What's the catch kata omputih.Tangkapannya adalah ALLAH dah berfirman dalam kitabnya yang mulia bahawa sesiapa hambaNYA yang bersyukur,ALLAH akan tambahkan nikmatnya.And lagi satu kita ni manusia biasa yang memang biasa bersabar dengan ada batasan2x tertentu kan.Alaaa memang selalu pun orang cakap "saboo aku ni ada batasnya tau tak"???.Huhuhuhu.Tu time tengah marah ler tu kan.Bukan sape2x pun.Saya ler tuh. :P

Tapi.......

Cuba tengok kalau kita bersyukur.Ada penah korang dengar "syukur aku ni ada batasnya tau tak??".Huhuhuhu.Idokler penah dengor lagi dalam hidup saya ni ungkapan gitu.

Okay kita tengok pulak contoh kejadian dalam hidup seharian kita.Katalah kita punya kereta kecik aje.Kita sabo sebab nak tunggu duit lebih sikit mau tukar kete besor.Tapi dalam duk tunggu duit tuh,jiran2x,member2x,sepupu-sepapat duk tukar kete canggih2x.Agak2x dalam hati kita(saya ler tu lagi) bengkek tak?Bukanlah dengki.Cuma geram sebab kita tak dapat.Huhuhu.(macam sama je :P).

Tapi.......

Cuba kita bersyukur dengan kete kecik kita tu yg ntah sampai mana2x dah kita pi jalan.Round 1 Mesia pun dah agaknya.(saya belom lagi tau :P).Lepas tu time balik kg kete canggih dok berasap tepi jalan sbb panas tapi kete kecik tu la jugak yang berdesup ke sana sini tanpa masalah2x besar yang membebankan.

Jadinya.....

Bila saya pikir juta2x kali,betul juga kata ustaz tu ya.Bukan betul juga...memang betul kata ustaz tu.Lagi satu kata ustaz, bila bersabar hati jadi sakit lama-lama bernanah,bengkak.Tak sihat.Tapi bila bersyukur...masyaALLAH....muka senyum memanjang.Awet muda gitu.

Tapi......

ini bukanlah bermaksud sabar tu kene buang jauh-jauh.Ishh kang salah ajaran pulak.Syukur dan bersabar tu saling bergantung kot.(ni ayat saya sendiri yek).Cuma syukur mesti lebih banyak dari sabar.

Lagi satu.....

Masa solat kita.Ustaz tu tanya kita ni solat bersyukur atau solat meminta-minta.Cuba pikir.Kalau sayalah,saya ngaku saya punya solat meminta-minta.Berdoa bukan main minta itu ini.Astagfirullah......Saya tak sedar semua nikmat yang saya dapat hari2x.Lepas ni jomlah kita bersolat dengan penuh kesyukuran.Menyatakan terima kasih ALLAH atas segala kurnianNya pada kita.Sabar tetap sabar.Tapi syukur mesti selalu.

Sekian kongsi-kongsi ilmu dari saya yang cetek ilmu ni.

Lawonya dapur ni....sesekali teringin kan....
walaubagaimanapun syukur dengan dapur comelku sekarang :)

Thursday, September 22, 2011

Anak cepat membaca

Saya memang dah ketandusan idea nak tulis apa.Dulu sibuk dengan Ramadhan.Lepas tu sibuk dengan Raya.Sekarang sibuk yang buat-buat sibuk walau tak sesibuk mana dah.Yang penting masih lagi buntu nak tulis apa.

Agaknya jemu dah member2x yang datang jengok belog ini tapi tak ada apa yang terbaru.(see...dok belajar +ve thinking bukan main...tapi masih duk tebar ion2x -ve lagi).Sigh.

Okay..okay.

Sebab pagi tadi saya terdengar ustaz dalam Tanyalah Ustaz tu bagitau "selain media massa memainkan peranan,blogger-blogger pun mesti menulis perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada pembaca".Ini bukan fakta sebenar tapi lebih kurang gituler katanya.Saya tak record.Kalau record buleh bagi fakta sebenar.

Jadinya dengan kembang kempis hidung saya yang perasan mengaku blogger nih,berusaha keras ambik gambar apa yg sepatutnya dan tulis apa yang saya rasa membawa kebaikan pada kawan-kawan blogger juga.

Sebenarnya saya dah buat semua benda ni sejak anak yang pertama.Mana dapat idea?Hehehe.Ibu saya cikgu tabika kemas.Dah nak bersara pun bulan depan.Dulu2x zaman sekolah menengah saya selalu dok tolong dia buat kad2x macam ni untuk ditampal kat dinding tabika tu.Ehh dulu2x mmg cikgu dia rajin2x tau.Even masa darjah 1 pun masih ada kad-kad or manilakad yg ditulis benda2x basic ABC or 123.Sekarang ni saya rasa dah kurang sikit.Maybe sebab kilang2x dah keluarkan bahan alatmengajar yg lebih canggih dan lebih warna.Jadinya cikgu-cikgi beli aje.

Flashcard ni sememangnya berkesan kalau dibuat betul2x dan hari-hari.Anak2x kecik yang tengah main lari sana-sini pun kita boleh celah flashkan dia 1-2 kad.But untuk cepat membaca (bukan memaksa tau),flashkad suku-kata sangat bagus.saya suka tanamkan basic yang kuat dalam otak diorang.So bila sampai time dia patut membaca, otak dia akan gabungkan apa yang dah ada dalam tu maka terhasillah bacaan.

Apa yang saya buat untuk kad layang suku kata dan huruf,saya ajar secara phonic.Bunyi huruf yang penting.Kalau tak pasti boleh gugle aje.Banyak youtube yg ajar phonic style.Memang lebih berkesan sebenarnya ajar bunyi dari ajar huruf sebutan biasa.Diorang lebih cepat ingat.



Kad layang suku kata.(buat sendiri)

kad layang 123 (buat sendiri) 


kad layang huruf jawi(beli yg sekeping besor dan telah dipotong-potong jd gini)

kad layang bentuk (buat sendiri) 

kad layang binatang2x (beli)

kad layang buah-buahan(beli)


Doa yg saya hembuskan di dahi anak-anak,dalam makanan,ketika masak,bancuh susu,masa  belajar .

So inilah yang saya nak kongsi.Takde rahsia apa-apa pun.Usaha dan tawakal dan bersyukur selalu atas nikmat ALLAH yang tak terkira banyaknya buat saya.

But paling-paling penting sebenarnya anak-anak mengenal Al-Quran dulu.Menghafal surah-surah yang bagus utnuk dihafal.Saya pun agak kurang juga bab2x menghafal AL-Quran ni.Tapi sedang berusahalah mengajar anak2x dan melatih diorang menghafal.Bukan satu usaha yang mudah tau.Kan nak jadikan anak-anak MUKMIN PROFESSIONAL.Kalau diorang jadi engineer biarlah diorang tahfiz.Kalau jadi doktor ke,biarlah diorang boleh jadi imam juga.Kalau jadi peniaga ke,biarlah diorang boleh bagi khutbah jumaat juga.Kan ke indah dunia.

So ibu-ibu,bapa-bapa jomlah kita sama-sama mendidik anak-anak kita ke arah itu.

InsyaALLAH

Sunday, September 4, 2011