Wednesday, March 30, 2011

Dimana ketenangan by ustaz Pahrol



Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah ‘syurga dunia’ sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.




Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya.  Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!


Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Lihat sahaja Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin (Tunisia), Ghaddafi (Libya)… yang tidak cukup-cukup dengan kuasa. Atau Tiger Woods yang tidak cuku-cukup dengan wanita… Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjurumuskan mansia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakuya penzinahan, rasuah, ketagihan dadah, arak dan sakit jiwa dikalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya.

Bila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan.  Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.

Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

Orang mukmin itu memiliki keajiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Bila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semua yang dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat ‘halawatul iman’ (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia  sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.

Apa itu kemanisan iman? Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman di dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, Al Kitab, Rasul dan lain-lain rukun iman. Ia adalah kemanisan yang bersifat maknawi yakni tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya dapat dirasai oleh hati.  Orang yang telah merasai kemanisan iman akan rasa indah dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaannya (Allah).

Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain dalam diri orang yang telah merasai kemanisan iman. Ia sesungguhnya mengatasi segala kemanisan dunia. Mereka yakin apa jua yang ditakdirkan Allah ada baik belaka. Dan hasil keyakinan itu mereka mampu menukar segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar, segala yang kotor menjadi bersih dan jernih. Dalam jiwa mereka seolah-olah ada penapis yang mampu menapis segala yang negatif menjadi positif.

Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpamakan oleh Allah sebagai  pohon yang baik, maka kemanisan iman adalah rasa pada buah yang telah masak ranum, terhasil oleh kesuburan pohon yang telah berbatang, berdahan, berdaun dan berbuah itu. Firman Allah:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Ibrahim: 24)

Kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman di dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya. Oleh itu bukan semua orang yang mengaku beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan perbuatan  dan pengorbanan.

Justeru, sudah menjadi kewajipan setiap orang Islam memburu kemanisan iman. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan, jika disedari, pemburuan untuk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga dengan iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit, pedih dan perit? Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya!

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya. Di dalam hadis qudsi, Allah swt berfirman:
“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Allah akan berkata, “Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba maka cintailah dia. Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, “sesungguhnya Allah mencintai sifulan maka cintailah dia.” (musnad Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Sekali lagi saya ulangi, sebagai peringatan buat diri dan saudara-saudari, siapakah yang berani memusuhi kita sekiranya Allah mencintai kita? Marilah kita berusaha sedaya upaya untuk meraih cinta itu. Walaupun amat sukar tetapi itulah satu-satunya jalan ke arah keselamatan, ketenangan dan kebahagiaan. Sekalipun tidak sampai, tidak mengapa… asalkan kita telah menempuh jalannya. Allah sesungguhnya menilai apakah kita ‘sudah berjalan’ bukan pada apakah kita ‘sudah sampai’.

Ukuran iman di hati dapat dikesan melalui ketenangan yang kita rasai. Apakah kita telah tenang? Ataupun masih keloh-kesah dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan? Jawabnya, kita sendiri boleh menilainya. Justeru, apa yang berlaku di luar diri kita tidaklah sepenting dengan apa yang berlaku ‘di dalam’ hati kita. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati… sentiasa solat (zikir), istighfar, selawat dan sedekah. Jangan dikotori dengan fitnah, hasad, mengumpat dan marah. Mujahadah… dan istiqamahlah dalam mujahadah. Itulah jalan yang panjang, tetapi itulah jalan yang paling pendek. Tidak ada jalan pintas!

Sunday, March 27, 2011

Setting up a bedtime routine

Salam ahad kawan-kawan,

sedapnye tidooo.....


Just happy to share this tips from nanny.com.Kalau korang tgk nanny911 kat tv7,you know what they do.Sangat menarik dan saya suka cara in way nanny2x ni communicate dgn children.Cumanya as muslim,kita ada doa,ayat-ayat Quran and aktiviti2x tambahanlah yg perlu ada utk anak-anak kita such as solat and mengaji.Keyperson mestilah parent.Dalam semua episod dia pun diorang tekankan perangai,sikap parent yang paling utama dalam mendidik anak-anak.As parent semua perlakuan kita kene jaga.Kata-kata yang keluar dari mulut kita lagi penting.Anak-anak listen sepanjang masa.

So,rajin2x browselah web nanny ni.Ada tips lain juga.And yg saya share ni sangatlah penting jugak.Bedtime routine.Again,as muslim kita tambahlah dgn doa sebelum tidur,syahadah dan teach anak-anak memaafkan semua orang before sleep.

Enjoy reading :)


A consistent bedtime routine should be the cornerstone of your family routine. Your child’s development will benefit from a daily 11 to 12 hours of sleep, and it’s vital for your relationship that you and your partner have time to yourselves, too.


  • We recommend that bedtime should be between 7pm and 7.30pm for children up to the age of four or five, then no later than 8pm for children up to the age of 10 or 12. Follow these steps to set up a bedtime routine which should last about half an hour.

  • Encourage calm time before bedtime, with activities like reading and quiet play rather than leaping around or competitive games.

  • Remind your child that “in five minutes it’s bedtime.”

  • Make sure you’ve checked through schoolbags with older children so nothing important is left for the morning.

  • Start off your child’s routine with a relaxing bath. Older children can help give their younger sibling(s) a wash.

  • Use gentle reminders of what’s coming next while she washes and gets dressed, for example: “In two minutes we’ll get you out of the bath so you can brush your teeth” and “Once you’ve brushed your teeth we’ll put your nightdress on.” Try to avoid checking your watch or hurrying things along; keep your tone calm.

  • In bed, keep the lights low. Read a story and maybe chat over the day; try telling your child about something they did that pleased you, to reassure her and send her to sleep on a positive note.

  • A kiss and a cuddle and you can put the lights out. If your child is scared of the dark, use a nightlight or leave a light on in the hall.

If you have more than one child, stagger their bedtimes so they each benefit from a calming story and goodnight cuddle from you or your partner – changing roles in the bedtime routine will encourage trust and give you both some alone-time with each child.

This is your site, so sign in, connect with other parents and tell us how you do things!

Thursday, March 24, 2011

muak + mood tak best

Saya muak dengan isu-isu panas sekarang ni.....uuuweeekkk...nak muntah.
Dah takde cerita lain ke....pasal tripoli yg kene bom tu ke...pasal  kat kedah banjir lagi tu ke...pasal pendatang haremm yang makin melimpah2x ruah kat area sunway ni ke....

Malas baca berita dah...tido lagik baik.



p/s: tapi suka pulak dengar berita result exam anak kak tie....terubat jugak mood tak best nih.Congrats iman!

Tuesday, March 22, 2011

Cuti sekolah mac 2011- cerita bergambar yek!

Organized by cik wena(my SIL),cuti sekolah yg lalu sampailah kami ke sini...lagi sekali.hehehe.But this time duk 1 malam di alamat yg tertera diatas tuh.1N = rm90.Satu katil besar,satu katil kecik,1 bilik air.Oklaaaaaaaa.Yang penting air-cond ada! :P

Jangan tak tau yg berbaju biru tu ai tau.....hehehe....Ni lah namanya melepas gian.....hehehe...rasa-rasanya last ai pernah naikkan kite ni sekolah rendah kotttt.Syok betul dapat main layang2x nih....kawasan sangat luas so taklah ganggu org lain kan.Suke2x ati kitalah nak lari arah mana.

yang kecik toksah citelaaa...ni yang mak paknya yg lebih nih....hehehe...khusyuk masing2x main pasir....hehehe

peserta paling kecik tengah naikkan layang2x...or is it maintain layang2x kat atas.....hehehe..




antara aktiviti anak-beranak yg boleh dilakukan di tepi pantai...hihihihi..tapi jgn lupa bwk tali skipping tau.

Agenda makan sudah pasti!Our 2nd time makan kat sini.


Yang belom tau...ni namanya pepahat.Menu wajib kitaorg.Lain2x tuh biasa2xlah.Tapi udang dia mahal ooooo.....

ni bukan chalet yg kitaorg stay tau....ni berangan jek....hehehe...kumpul duit sketlah then 3rd time datang buleh dok sini...hok yg paling hujung tuh...aminnnnnn...InsyaALLAH.... :)


Muka kanak-kanak ribena susuibu yang dapat percutian 2 hari 1 mlm di Bagan lalang :P

Cerita bergambar tamatlah sudah.
Kita tunggu cuti sekolah bulan 6 pulak yek :)

Friday, March 11, 2011

Kata-Kata Mutiara Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib r.a

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara iaitu Percakapan, diam, pandangan dan gerak laku..

  1. Percakapan yang tidak di sertai dengan mengigati Allah itu sia-sia..
  2. Diam yang tidak di sertai dengan memikirkan kebesaran Allah itu leka..
  3. Pandangan tidak di sertai dengan iktibar itu lalai..
  4. Gerak laku yang tidak di sertai dengan rasa kehambaan itu kosong.

Thursday, March 10, 2011

Anakku Comel Giveaway by Littlestoryfromlittlefamily

Assalamualaikum wbt.

Setelah dapat hadiah baju lawa dari puan tini ari tuh,ada sikit rasa teruja bila jengok2x blog kawan pastu diorang ada join contest.Saya ni kalau yang senang2x syaratnya oklah,saya rajin jugak nak join.Tapi hok yang payah2x sangat tu,kira halal lah kan.(dasar M kan...Hehehe)

Hari ni nak join contest from Littlestoryfromlittlefamily

Ada rezki buleh dapat hadiah lagik.InsyaALLAH.
 


mmg comel anak dara dalam gambar nih...


1. tak wajib FOLLOW - suka ati korang la nk follow ke x. Tapi for me, kalau korang FOLLOW pun bagus jugak...at least, segala maklumat terkini about this giveaway korang dapat tahu kan.



Akan ku follow...apa salahnya tambah kawan kan.
 

2. Sila buat satu entry dengan tajuk : Anakku Comel Giveaway by Littlestoryfromlittlefamily.




sudah
 

3. Letak banner di atas dalam entry dan sidebar korang beserta linkback ke entry ni.



sudah

4. Upload 1 saje picture anak korang yang korang rasa paling comel dimata korang. If ada lebih dari seorang anak, boleh buat 1 entry, 1 picture anak k. Dah siap entry, jangan lupa tinggalkan komen dengan link entry anda tersebut di entry ini.

ku persembahkan anak teruna sorang ni dengan senyuman yang special itu hehehe.



NAMA : IRFAN FAHRI
UMUR : 3 TAHUN 4 BULAN
 

5. tarikh tutup 12.03.2011 jam 11.59 pm 5. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan anda untuk join giveaway nie.

Rasa-rasa nak ajak 2 teman yang mesra :
  1. Puan Farra
  2. Puan HartiniDewi

6. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan undi yang di lakukan oleh Batrice. Masuk tabung, kocak-kocak and tarik nama pemenang. So...if you're LUCKY...u will WIN this giveaway. But don't worry...hadiah adalah untuk 5 orang yang bertuah.

Tuesday, March 8, 2011

Ayah,Abi,Daddy,Papa,Baba,abah.....

Assalamualaikum wbt

Just terpanggil utk share mende alah ni lepas baca n3 from ustaz hasrizal(saifulIslam.com).

Then saya bukak FB searching for http://www.facebook.com/DadsforLife.Not bad.Byk info specially for insan-insan yang bergelar ayah.

“Berapa ramai watak bapa yang kita temui di dalam al-Quran berbanding watak ibu? Nuh sebagai bapa. Ibrahim, Syuaib, Luqman, Zakaria, ‘Imran malah junjungan mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Ertinya, banyak teladan ditujukan secara langsung kepada para bapa”

"gejala sosial dan kerapuhan institusi keluarga dilihat puncanya banyak berkisar pada kelemahan watak seorang bapa di dalam sebuah keluarga.

Lemah daya kepimpinan.

Lemah membuat keputusan.

Lemah dalam komunikasi."


Petikan www.dadsforlife.sg

p/s: saya gerun bila tengok ada ayah-ayah yang tindik telinga,berseluar pendek diluar rumah,rambut pelbagai kaler etc..etc..etc.

Thursday, March 3, 2011

Tabarruj Dosa berhias

Saya ingin pjgkan hasil tulisan dari http://faahislamic.blogspot.com/2009/01/tabarruj-dosa-berhias.html ini utk muslimin dan muslimat.Semoga apa yg dikongsikan membawa hikmah buat kita semua.
Setiap yg baik itu dari ALLAH,dan yang buruk itu dtgnya dari diri saya sendiri.


Tabarruj Dosa berhias

P/S: Tulisan ini adalah hasil dari seorang sahabiah ana..


Alhamdullilah. Sudah lama rasanya tidak mewakafkan anugerah tangan ini untuk menulis sebagai tatapan dan pengisian kita bersama. Terasa diri ini terlalu kerdil untuk berbicara tentang nasihat tazkirah lantaran kelemahan jiwa yang sentiasa lemah dengan dunia, tandus dengan ilmu agama… tapi, sampai bila diri ini harus tunduk dengan kekurangan ini?? Sedangkan orang lain sudah melabur banyak saham akhirat melalui medan penulisan untuk pengisian rohani , bahkan rata2 yg telah mempunyai blog sendiri yg sememangnya membawa mesej agama Allah supaya Islam terus unggul dlm kalangan kita, pemuda pemudi Islam.. Firman Allah Taala yg bermaksud: “Aku takkan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri yg mengubah nasib mereka sendiri” Saya amat mengharapkan nasihat dan pandangan sahabat2 supaya segala kekurangan yg terdapat dlm ruangan kali ini dpt diperbaik pulihkan dan sbg galakan utk diri ini terus berkarya dan berjuang melalui pena ini……..


Bismillahirrahmanirrahim….

Tulisan ini adalah ringkasan hasil drp pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A (Hons) Universiti Al-Azhar. Mudah- mudahan hasil tulisan ini mampu membetulkan gaya hidup dan identity muslimah kini supaya tidak tersasar dari landasan syara’.



PENDAHULUAN


Mampukan kaum Hawa mengelak drp melakukan dosa tabarruj? Apa itu tabarruj? Bagaiman mereka boleh utk mengelakkan diri drp terjebak dgn dosa tabarruj? Bagaimana pula dgn kaum Adam? Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yg di bawah t/jwb mereka drp terjebak dgn dosa tabarruj? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca hingga ke akhirnya.


Tabarruj ialah menampakkan kecantikannya yg wajib ditutup kpd lelaki yg bukan mahram. Sebagaiman kata Imam Bukhari: Tabarruj ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya. Jadi, dapatlah kita simpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala bentuk benda yg bertujuan utk perhiasan Al- Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu ada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi. Perhiasan buatan pula adalah barang2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan kecantikan dirinya serta pakaian dan perhiasan2 lain. Ini semua termasuk sebagaimana yg telah dimaksudkan dlm firman Allah: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”


Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita memakai tudung sbg alat menutup perhisannya atau fitnahnya. Namun reality hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung: tudung Wardian, tudung Waheeda, tudung Siti, lilit ke kiri, lilit ke kanan.. pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Namanya smenampakkan cirri Islam, tetapi gaya penampilnnya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui siaran program ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh bsehingga ke punggung. Masya- Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya.


Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah sendiri yg sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat.. Sabda Nabi: “Perumapamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”


Namun kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini, mungkin dlm keadaan sedar ataupun tidak. Buku ini juga telah membicarakan tentang alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj dan hujjah utk menolaknya.


ALASAN 1:Tabarruj adalah dosa kecil, tak pe je..


Kebanyakan golongan wanita terpelajar yg lalai ini hanya mengenal zahir kehidupan dunia sahaja dan mereka terlupa akan kehidupan abadi di akhirat kelak. Oleh itu, mereka melihat dosa besar sebagai dosa kecil dan kuantiti mega kebajikan yg dilakukannya dpt melenyapkan dosa2 kecil mereka ini. Lagipun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Mereka menggunakan dalil nakli dalam surah al-Furqan:70 yg bermaksud: “kecuali orang yg bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal baik.Maka orang itu, allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah sesungguhnya bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Tetapi, mereka perlu ingat bahawa dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar, bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”. Renuglah hadis Nabi ini: “Seorang mukmin melihat dosanya seperti bukit di atas (kepalanya) yang dibimbangi akan jatuh ke atasnya.

Manakala orang munafiq melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di muknya, maka dihalaunya lalat itu” .. Adakah kita lebih memilih untuk menjadi untuk menjadi seorang munafiq berbanding seorang mukmin sebagaiman hadis Nabi tadi??? Dan satu lagi, INGATLAH, sesungguhnya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan jika disertai dengan penyesalan dan taubat. Adapun jika berterusan dalam kejahatan, maka jadilah sebaliknya. Kejahatan itu yang akan menghapuskan kebaikan. Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu”




ALASAN KE-2:Tabarruj adalah lambang kemodenan, up-to-date




Saya rasa antunna pernah melalui pengalaman diejek kawan2 sendiri kerana dianggap tidak up-to-date lantaran memakai tudung labuh, yg tidak diserikan dengan kerongsang acntik berkilat bila dilihatorang. Kita yg masih muda ini dipanggil mak cik, ustazah sehingga kadang2 terasa malu dan rendah diri apabila berberkumpul bersama kerana imej kita yg tidak selari dgn tuntutan tamadun moden kini.

Mereka lebih terikut2 dgn budaya yg dibawa oleh Barat sehingga berpaling dari ajaran Islam yg syumul. Firman Allah Taala: Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran:139). Wanita yg melakukan tabarruj ini menunjukkan bahawa dirinya adalah wanita yg jahil tentang agama. Zahir sahaja mengenal Penciptanya, tetapi masih berterusan dalam melakukan maksiat, berterusan di atas landasan kejahilan ttg Islam dan kedegilan untuk menghina kehormatan sendiri adalah sebesar- besar kejahilan dan kemundurun.

Sangat aneh apabila Barat yg begitu masyhur amat menitik beratkan agar barang2 mereka dibalut dan dibungkus rapi agar terpelihara dan tidak cepat rosak. Tetapi hal yang sama tidak berlaku terhadap benda bernyawa yg bergelar perempuan. Barat bersikap double standard terhadap wanita, merek menuntut agar wanita mendedahkan tubuh dan perhiasan mereka sebagai tatapan ramai. Jelas terbukti bahawa Barat telah meletakkan maruah kaum wanita di bawah paras harga dan nilai barangan2 biasa di kedai. Kalau kaum wanita sudah terhina maruahnya sebegitu rupa, mengapa wanita muslimah masih berlumba- lumba meniru cara hidup mereka yang terhina itu? Kesimpulannya, tabarruj bukanlah lambing kemodenan kerana kemodenan sebenar di sisi Allah ialah kemodenann yang memabawa kepada rahmat bagi sekalian alam.


ALASAN KE-3:Tabarruj meletakkan diri serang wanita setaraf dengan kebanyakkan wanita lain supaya terselamat dari penghinaan dan cercaan


Jika wanita jahil menghina hukum Allah, mengapa wanita Islam harus mengikut mereka? Jika mereka akan dicampakkan ke dalam jurang neraka, mengapa wanita muslimah masih beria-ia mengikut jejak mereka?? Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”.. Menghairankan sekali. Bagaimana wanita2 muslimah kini tidak malu menonjolkan identity fasiq, tetapi malu untuk menonjolkan identity taqwa dan iman dengan berpakaian menutup aurat. Adakah mereka sanggup menggantikan perkara baik demi perkara maksiat semata-mata takut dengan pandangan tidak puas hati dan cercaan ahli fasiq dan maksiat ini?? Lalu mengutamakan rdhe mereka daripada redha Allah ta’ala.

Fikir secara logiknya, adakah mereka ingin minum arak supaya orang mabuk tidak mengeji mereka? Adakah mereka akan berzina supaya pelaku zina tidak perlekehkan mereka?? Wanita2 pengikut fesyen dan trend moden ini sanggup memperlekehkan muslimah2 sejati yang menjadikan isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan. Masya-Allah, adakah dunia kini sudah mencapai tahap kejahilan di mana tahap kebatilan mentertawakan kebijaksanaan, kefasiqan mentertawakan ketaqwaan?? Ingat, jika hari ini wanita murahan ini memandang redah dan mentertawakan muslimah sejati yg mereka anggap sebagai kuno dan lapuk, akan dating suatu hati nanti, muslimah sejati ini pula yg akan mentertawakan wanita murahan ini sebagaimana janji Allah dlm surah Al-Mutoffifin:29-36: “Sesungguhnya, orang yang derahaka, mereka selalu mentertawakan orang beriman. Dan apabila orang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan mencemuhnya……Maka pada hari ini, orang beriman pula mentertawakan orang kafir itu”





ALASAN KE-4:Tabarruj adalah jalan untuk percepatkan perkahwinan bagi perempuan



Jika kita lihat senario kini, ramai wanita muslimah yang telah mengubah identiti mereka dari bertudung litup kepada tudung yg pelbagai fesyen kini dan menacap muka mereka dgn pelbagai produk kecantikan sekarang semat-mata kerana bimbang diri mereka yg belum disunting lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya. Lantas, mereka merendahkan sedikit demi sedikit martabat maruah mereka hanya kerana untuk mencuri perhatian mana2 pemuda. Wanita muslimah ini tidak menyedari bahawa pemuda yang bakal menyuntingnya nanti tidak mencari hati yang bertaqwa demi kebahagiaan yang kekal. Maka, dia tidak akan menjadi suami yang soleh. Kesimpulannya, tabarruj mungkin percepatkan perkahwinan, tetapi yang lebih bahaya, ia turut percepatkan penceraian.



PENUTUP


Maka, hendaklah wanita muslimah berhati-hati terhadap murka Allah. Janganlah berterusan mengikut hawa nafsu kerana dipermainkan oleh syaitan yang memperelokkan amalan buruk sebagai baik. Maka, mereka melihat perkara haram sebagai halal. Berpakaianlahmengikut lunas2 Islam. Allah telah memberikan anak Adam 3 kategori pakaian sebagaimana dalam firman-Nya:


“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian yang disandarkan pada taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah mudah-mudahan mereka mengenangnya”

(Al-A’raf:25)


Dalam ayat di atas, 3 kategori pakaian ialah:


Pakaian yang hanya sekadar menutup aura, yang malu apabila dilihat orang.

Pakaian indah yang menutup aurat dan sebagai penghias badan

Pakai taqwa: Pakaian jenis 1 dan 2, ditambah juga sebagai penghias rohani. Memenuhi semua syarat menutup aurat

o Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

o Tidak nipis dan terlalu jarang

o Tidak ketat dan longgar

o Tidak menyerupai kaum lelaki dan begitu juga sebaliknya


Segala yang baik ini daripada Allah Ta’ala dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri. Semoga usaha yang sedikit ini mampu menjadi bekal amal soleh untuk bertemu dengan Allah suatu hari nanti. Siiru ‘ala barakatillah

Tuesday, March 1, 2011

Jom berkempen!






Hari ni tak nak taip panjang-panjang.
Hari ni nak berkempen jek.
Bukan kempen politik kerdau dgn merlimau yek puan-puan :P
Ini kempem baekkkk punyeeee!

JOM KITA LABUHKAN-LABUHKAN SIKIT TUDUNG KITA

DAN JANGAN PULA KITA NIPIS-NIPISKAN KAIN TUDUNG KITA

NANTI YG DIDEPAN TUTUP YANG DIBELAKANG PULA TERBUKA

Panjang-panjangkan kempem ini yek kawan-kawan.
Saya takada hadiah nak bagi tapi saya doakan semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua.Amin.

Coppp!!! Andai terbuka pintu hati anda nak melabuhkan tudung anda, atau pun nak tambah koleksi tudung sedia ada,kat kedai maya PrettyModesty ada
koleksi tudung yang cun melecun.Bukan tudung aje,baju pun ade.Sudi-sudikan....