Wednesday, January 19, 2011

tinidewi giveaway

Sape nak hadiah macam kat bawah ni???angkat tangannnnnnnnnn....hihihihih

#1: Cardigan putih
#2: Inner shirt putih
#3: Cardigan hitam
#4: Inner shirt hitam

Ada sorang sahabat suri yg sungguh dermawan lagi menawan ahakss kot2x buleh menang yang mempunyai blog di sini http://tinidewi.blogspot.com telah menganjurkan satu giveaway yg bertemakan "Saja saja suka suka" :)

Saya pun nak join rebut hadiah nih pasal saya udah usha2x cardigan berbulan-bulan tapi belum jugak beli2x.Mana tau sebabnya nak dapat yg free. :P

Nak tau lebih lawatlah si dia di sini

Jom join!

Tuesday, January 18, 2011

serimuka ke muka berseri :P

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Well..well....
Lame doh tak update sipipi merah nih.Busy?Ishhhh idokler sangat.Saya ni kan suri rumah je.(ayat biasa dengar :"alaaa...ko bolehla...dok umah...banyak masa").Huhuhuhu.

Well......(apesal lah suke taip "well" pulak doh skarang) :P

Rutin harian macam biasa.But luarbiasa sikit tahun ni dari tahun lepas.Thn lepas kakak start skool 11.30am abis jam 2.30pm.Tahun ni dia start 8.30am tamat 11.30.Untuk saya yang suri berseri-seri ni ahaks, kira xtraordinarylah pasal selalunya sorang jek yang keluar rumah pagi2x.Laaa ni dah 2 orang.Breakie kene dua piring and air pun kene 2 cawan.Hehehe.(berkira tuhhh :P).Speed saya didapur pagi2x telah berganda jugalah.

Anyway...semuanya ok-ok je.Kakak senang je bangun nak skool.Pasal kene paksa tido awal.Kalau tak liat jugak.Yang little brother tuh masih bermimpi tatkala ibunya berjogging jalan kaki hantar kakaknya ke skool.Kalau En.H lambat,sikecik bolehlah ditinggalkan kejap sebelum ayahnya ke opis,but if ayahnya rajin keluar awal which is jarang kotttt.....hahahaha...(jgn marah yang yek :P),terpaksalah mengangkut sikecik skalik.

Sebut pasal jogging tu kanss.Saya sukelah hantar kakak pergi skool pagi2x.Sebab saya turun naik tangga jek.No lift.Kasi itu lemak2x terkejut sikit pagi2x.Hehehe.Rumah kat level 8.Turun oklaaa kacang jek.Tapi bab naik tuh berpeluh jugak den.Kalau kene carry budak kecik tuh lagiklah.Nak pengsan makcik.Tapi rules "tidak kepada lif" tu tetap makcik ikut tau.Takde ngelat2x demi kelansingan bodyku.Hahahaha.(sebenarnya nak bagitau badan dah naik nih....huhuhuhu).
 
Lagi 2 minggu kenduri kakngah akan dilansungkan.InsyaALLAH.She's my 2nd sister.I'am the eldest.Kenduri kahwin yg ke 3 in my family.Dah tu lagik satu?Hehehe.Sabarlah nak cite aa ni.

Our 2nd kenduri kahwin adalah kenduri kakcik which is my 3rd sister.Langkah bendullah.Alahhh...zaman ni mana de bendul2x dah.Rumah batu je banyak.Terlanggar dinding adelah.

So tu yang makcik struggle nak kecikkan body dalam 2 minggu nih walaupun mcm mustahil jekkkk.Hahahaha.Takpelah doa-doa jelah turun 1-2 kg.Kira okla tuh.

Ishhh sebenarnya saya ni nak cite pasal kerajinanku masak kuih serimuka semalam.Tu yang tajuk gitu tuh.Tapi melalut pulak cite lain.Takpelah..jap2x lagik or ntry lainlah saya cite pasal kuih tu.Nak kene gi fetch kakak nih.

Wassalam.....

p/s:gambo tuh mcm tak sesueii jek ngan aii hihihi...ade ke gambo popmpuan yang juggling periuk belanga?:P


Thursday, January 6, 2011

Memberi












السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya petik sedikit hasil tulisan ABU SAIF @ www.saifulislam.com untuk dikongsi.

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.


“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]


Semalam masa ambil nathifa from taski,ada sorang mak budak bertanyakan kepada saya andai saya boleh tolong menghantar anaknya sekali ke rumah pengasuhnya.Saya ditingkat 8,pengasuhnya ditingkat 7.Waktu balik saja kerana pengasuhnya menjaga sorang baby kat rumah.Tak boleh tinggal.


Saya sanggup.Dah alang-alang nak balik rumah.Satu tingkat saje pun.Tak ada masalah.Kemudian terdengar 2-3 suara mak-mak yang lain(mostly pengasuh2x or surirumah) yang menyarankan saya mengambil upah dalam gaya bergurau.

Saya senyum.Tak reti nak menjawab.Saya memang nak membantu saja.Sungguh tak terlintas nak berupah-upah.Tapi bila mendengar bisikkan begitu,saya jadi lemah.Kata hati 'betul juga,dapat juga buat belanja anak-anak.'

Malam tadi saya ceritakan pada En.H.Dan saya dah dapat jawapan yang saya mahu melalui kata-katanya "ikhlaslah tolong,esok-esok orang lain begitu juga kepada anak-anak kita".Kemudian pagi ini terasa nak menjengok blog Abu Saif.Nah! sekali lagi saya mendapat jawapan yang saya mahu.

Ya, erti hidup pada yang memberi.


Wednesday, January 5, 2011

Jadual sudah berubah

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak2x depa dah ada katil sendiri ni....jam 10 malam sunyi dah umah.Syok jugak gini.Bolehlah berdua-duaan dgn en.H.Huhuhuhu.

Yang kecik tu pun dah ikut rentak kakaknya.Bila dekat jam 10 mlm....semua menuju ke katil masing2x.Lepas tu request storytelling sambil diorang pejam mata sampai tertidor.Cumanya si kecik tu mesti ada botol susu dialah.(time mood tak okay...nenen jugak dimintanya)

Before this kadang tuh sampai jam 1 pagi blom tido.Dok tgk tv.La ni lepas berita jek kami off tv.Halau semua masuk bilik.First day menangis si kakak nak tgk tv.Hehehe.

Well...kita yg membentuk anak2x.Bukan depa yg membentuk kita kan.

Hope this changes berterusan sebab i can see the difference.A good one.Lebih berjadual kata orang.

lagipun training utk kakak next year jugak.

Jadual sudah berubah.Yey!

Monday, January 3, 2011

RoomMakeOver

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم




Selepas meng'survey' lebih kurang 3 buah kedai perabot,akhirnya IKEA juga yang jadi pilihan.Ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan perkara2x berikut :

1.Smart
2.Tak mahal sangat.Katil paling murah kat IKEA gamaknya hehehe.
3.Kekukuhannya terserlah
4.Comel
5.Nak jual balik senang oii...katil IKEA-lah katakan...ni plan jangka panjang hehehe


Sebelum ni budak2x ni ada katil 2 tingkat.Kayu gitu.Awal2x pindah barang banyak yg amats.Kendian kitaorang decidelah jual katil kayu tu.Mode menyesal nih.Hehehe.Jual murah2x pulak tuh.RM200 jekkk.Bila survey2x nak beli baru double decker nih semua rege RM1k++.

Lagik best rege kat kedai "little world" yg tepi highway tuh.Kalo lalu nak gi jln klang lama ke,MV ke nampaklah.Fuhhh rege perabot dia.Huhuhuhu.Mampu tapi kene kumpul duit dululah bak kata En.H.Hehehe.Tapi sape2x yg rasa2x bajet 2-3k nak spent utk bilik anak-anak oklah.Memang recommended.

Berbalik kepada kes IKEA tadik,nak dijadikan cerita sampai 2 kali sehari kami ke IKEA dek kerana katil nih.Boleh pulak dah beli katil tp tak beli dia punya alas kayu katil tuh,yg tpt letak tilam tuh.Ye setiap satu dijual berasingan okeh.Huhuhuhu.Maklumlah first time beli perabot IKEA nih.Selalu beli barang kecik2x.Taklah sampai kene round gudang dia yang besar tuh.

So inilah hasilnya setelah ibu dgn tahap kerajinan melampau dan terlebih excited untuk memulakan tahun 2011.En.H pun same.Terlebih excited dari anaknya. :)

Hasilnya...ion2x kegembiraan di merata-rata tempat dalam rumah ni okeh!

Yang sorang teruja nak buat homework,main and tak lupa makan pun atas meja hijo tuh.Yang sorang lagik teruja naik katil,terjun katil.Huhuhuhu.

Apa-apa pun bila diorang hepi....makpaknya lagik hepi mepi.

Jom kita layan gambar.



roommakeover level 1

(kami cat bilik ni pink,atas permintaan tuan punyalah)




roommakeover level 2(blom pegi IKEA lagik)

yg kat wall tu semua yang lama2x...dijumpai setelah digodek2x dalam almari :P



roommakeover level 3

yeahhh...mereka dah ada katil masing-masing
(sarung biru utk irfan,pink utk kakak as always :))




kakak excited buat homework yang ibu kasi.
Irfan tukang kacau hehehe.