First time masak ikan siakap kukus ni sempena minggu sihat kitaorg.Hehehe.Sendiri2x istiharkan supaya ada reason yg sangat munasah utk masak resepi yang berkonsepkan air-air jek.Kukus,rebus,sup.Kalau tak yang si kecik dok mintak ayam goreng jekkk...yang en.suami pulak dok request ikan goreng berempah ajekkk.Tak sihat sungguh gaya masak gitu.
Taklah susah mana pun nak masak ikan kukus ni.Sedap pun sedap.
Saya takde pengukus pun.Just guna kuali and loyang kecik jek.Tu sebab ikan siakap saya kontot.Hehehehe.Dah kene kerat separuh2x pasal tak muat loyang.
Resepi mcm biasa lah dr incik gugle.Saya refer kat http://www.resepi4u.com/2009/07/resepi-ikan-siakap-kukus-mudah.html tapi saya ubah2xlah ikut bahan yang ada kat umah.
Jom tengok camne nak masak ikan siakap stim nih.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar (saya beli sederhana besar sekor dapat RM11..murah ke mahal ek)
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus (tak ada)
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis (ganti ngan lemon)
garam secukup rasa
Ni bahan tambahan yg saya pandai2x sendiri tambah....hehehe
sekuntum bunga kantan - dimayang halus
2 btg serai - diketuk
1 biji carrot - potong halus2x
1 btg daun saderi - potong halus2x
Ada resepi tu tambah asam boi....next time saya nak try.
Cara memasak:
Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.Sebatikan semua.
Masukkan ikan dalam loyang, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit.
Kalau dlm kes saya pakai loyang kecik ni kene pusingkan ikan tu kasi 2-2 belah masak.
Tabur hirisan daun bawang/sup dan perah limau diatasnya.
Senang kan...cubalah.Nanti bgtau camne hasil korang plak.