Monday, January 6, 2014

9 years old!

Happy face of kakak!

Hari pertama sekolah dipeluk,dicium dan didoakan semoga ilmu yang diperolehi tahun ini memberi manfaat dunia dan akhirat.

How time flies!



Tuesday, December 24, 2013

Free Phonics Worksheet @ setpandaibelajar.my


Assalamualaikum....

Ni ada 5 page latihan (seperti gambar) saya kasi FREE.
Just Register email kat www.setpandaibelajar.my
then terus boleh download 5 file ni.
boleh terus kasi anak-anak homework!



















Monday, December 23, 2013

http://www.setpandaibelajar.my


Assalamualaikum wbt,

Dear kawan-kawan....anyone interested nak bagi anak-anak latihan sempena cuti sekolah yang belum habis ni atau persediaan bagi warm-up sikit before sekolah start,here saya jual latihan-latihan english yang sebenarnya saya buat utk si irfan sbb spjg tahun ni saya homeschoolkan dia aja.Ada jiran-jiran yang nampak dan order....so saya decide buat cantik2x dan dikomersialkanlah.

Ada BM juga....latihan sukukata yg mmg sesuai utk ajar anak membaca.

Kelebihan?
Boleh print/photostat juta-juta kali.Latih bertubi-tubi...so anak-anak cepat ingat.






Saturday, December 21, 2013

Hint...hint....



My new project.

Tungguuuuuuuuuuuu......


Wednesday, December 18, 2013

The Garden

Assalamualaikum wbt,

Ini bukan The garden mid valley ya.Ini garden tepi rumah juga.(baru lepas makan roti nan mamak tadik :P,tu ayat jagi gitu).

Kisahnya.....


awat gambar ni keluar senget pulak.....adoilaaa...

Tudung saji purple kesayangan dah pecah dilenyek anak-anak buat bot.Daripada buang,baik buat tanam pokok.Dapat pasu ungu gitu.Pokok dalam tu yang nama carnation rasanya.Betul ke idak entah ler.Janji keluar bunga.Sukanyaaaaaaaaaaaaaaaaa.



Yang pokok daun kesum baru tanam.Musim hujan kan.Suka ler dia hidup.Alhamdulillah.


kucing suka vera tau kat taman ku ini...tensi betul


Yang dalam "pagar" ni ada pokok kari,serai,roselle dan paling syok adalah pandan.Pokok pandan dah masuk kali ke 3 ni.2 kali tanam mati.Sedih woooo.Syukur sungguh akhirnya hidup menghijau dikau.

Pokok kari tak nampak dalam gambar ni pasal duduk hujung sebelah serai tu.Kecik lagi pun.Semoga membesar bagai johan.Huhuhu.


oh pandanku.....membesarlah dikau....hehehe

Kisahnya....itulah dia hobi tak berapa nak hobi sangat.Suka menanam kot.Ikut mak.Alhamduilah kadang-kadang tanam menjadi,kadang mati.Biasalah tu.But memang menanam pokok ni adalah satu kerja yang boleh menguruskan badan.Baru ceduk-ceduk tanah,gembur-gembur....duduk bangun...duduk bangun...peluh mencurah-curah.Fuh!Belum guna cangkul lagik tuh.

Sekian pasal pokok-pokok ku.Nanti kari sudah besar ku tepek gambar sini.Roselle sudah berbunga ku buat air roselle laaa.Hehehe.

Sunday, December 15, 2013

Habis bedak sejuk ibu!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur.

Itu je nak cakap.Banyaknya rezeki Allah beri nak dibanding dengan ibadahku yang sangatlah sedikit.Dosa yang banyak.Allah Maha Pengasih.Allah Maha Penyayang.Allah Maha Adil.

Pasal tajuk atas tu,budak kecik ni memang pantang jumpa barang2x dalam bakul merah ni.Dah banyak kali dapat capai,tapi kali ni dapat bukak bedak sejuk.Huhuhu.Puas hati ler tu!


habis bedak sejuk ibu!

makan bedak sejuk tu!

imam berbaju belang :).Dah pandai pakai kopiah.Takde nak cabut2x kopiah tu dah.


Oh ya.....dear Aida,

Tahniah atas kelahiran anak yang ke 5.Kan?Murah rezeki awak.Selamat berpantang ya.Nanti ceritalah kisah lahirkan si baby.

Cantiknya cuaca hari ni.(belakang statement ini is BASUH KAIN....BASUH KAIN... :P)

Saturday, December 14, 2013

TULIPS

Assalamualaikum wbt,

Suka sangat-sangat bunga tulip.Tak tau kenapa bila sedih saya suka tengok bunga tulip walau sekadar gambar.Teringin nak ada bunga tulip macam ni atas meja makan.Berangan mesti ada kan.With 3 kids in the house,rasanya kita tangguh dulu bab2x menghias rumah ya puan-puan.Tapi mungkin ada puan-puan yang memang hardcore menghias rumah tak kira ada budak atau tak.Kalau dah minat kan.(eh..eh..eh...saya pun minat juga...tapi....alasan....hehehe)



cantiknya......

yang ni pun cantik juga

cantiknyalahhhhhhhhhhhhhh



Saya belum sampai lagi ya kat sini.As always.....veranganssss.Agaknya kalau dapat datang sini, lupa daratan saya kot.Hehehe.Bestnyaa...bestnya.


Amsterdam

Image source: google.com

Friday, December 13, 2013

Untuk Emi

Assalamualaikum wbt,

image googled


Sedihnya bila dapat berita sahabat masa di MMU dulu telah pergi buat selama-lamanya.Arwah Emileen.Sangat rapat dengan arwah masa belajar dulu.Kelas sama 3 tahun.Makan sama.Buat assignment sama.Kadang2x Emi malas nak balik rumah dia,dia selalu ikut saya balik ke rumah sewa.Lepak-lepak,makan,tido sementara tunggu next class.

She is very a good friend.Jarang sangat marah-marah.Pemurah.Memang baik sangat-sangat.Allah...memang saya masih teringat kenagan-kenangan final year.Sampaikan final year projek pun kami sekumpulan.Kejap tido rumah sewa saya...kejap tido rumah dia.Pendek kata family Emi kami kenal juga sebab muka ni aje yang duduk bertandang nak siapkan final project.

Solat hari ni memang berguguran air mata saya.Tak dapat menahan sedih sebab kehilangan sahabat yang baik.Menyesal tak sudah sebab tak bertanya kabar secara serius tentang sakitnya.Saya halalkan segala-galanya untuk dia.Saya maafkan segala-galanya untuk dia walau rasa saya tiada lansung salahnya pada saya selama kami di mmu dulu.

Untuk Emileen,

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan solehah.
Al-fatihah.

Thursday, December 12, 2013

Wajah Yang Baru

Assalamualaikum,




Memang amazing betul bila tiba-tiba update blog.Lepas tu siap berwajah baru.Kuikuikui(gelakkan diri sendiri nih)

Anyway....apa habaq kawan-kawan blogku?Tahniah buat member2x yang masih maintain menulis.Yang tenggelam timbul tuh, seru-serulah 'mood' menulis kuat-kuat sikit ya :)

Update diri?

Hemm...anak masih lagi 3 buat masa ni :P.Kakak berjaya mengekalkan kelas dan mengekalkan tempat dalam kelasnya.Alhamdulillah.Irfan dah pandai membaca!Since saya homeschoolkan aje dia umur 5 tahun ni,bila sudah boleh membaca is sangat2x melegakan hatiku. :).Syukur sangat2x.

Yang paling kecil is IrsyadFahmi.Dah pun berumur setahun bulan puasa lepas if mengikut bulan Islam la.Sebab memang ingat sangat lahirkan dia malam 27 Ramadhan tuh.Paling tak boleh lupa masa nak lahirkan dia,ask nurse suh panggil dr.Mazita....nurse bagitau dr tengah berbuka puasa.Hehehe.Lepas tu Dr.Mazita siap masuk jengok saya dengan tangan ada nasi lagik bagitau tunggu kejap dia nak makan.Kuikukui.Tak rasa nak marah pun...kelakar adalah.lagipun masa tu belum dilate sepenuhnya pun.Sibuk nak meneran cepat-cepat.Hehehe.

Well.....bila mengenangkan saat bersalin adalah sangat mengujakan.Even at this moment masa cerita ni pun boleh berdebar.Hehehe.

Dah nak habis pun tahun ni kan.Sungguhlah cepat masa berlalu.Rasa-rasa baru aja buat persiapan kakak nak masuk tahun 2 january lepas.Ni dah nak buat persiapan semula.Irfan pun dah didaftarkan ke tabika.Moga-moga semua urusan dipermudahkan Allah hendaknya.Amin.

Okay...cukuplah dulu update kali ni ya.Moga tahap kerajinan saya nak menulis sentiasa dilevel yang tinggilah harapnya. :)

(image by google)

Wednesday, September 5, 2012

Syukur

Belum terlambat rasanya nak wish selamat hari raya aidilfitri.Mohon maaf atas segala salah silap terlanjur bahasa yang menyinggung rasa kawan-kawan yang kenal maupun tidak.

Alhamdulillah hari ni genap 21 hari umurnya cahayamata kami yang ke 3.Lahirnya 27 ramadhan lepas dalam hujan gerimis lepas waktu berbuka.Lahir secara normal.Syukur sangat-sangat Allah permudahkan segala-galanya.

Oh ya...kami namakan si dia IRSYAD FAHMI BIN HUZAIMY SHAH.

Semoga lahirnya dibulan Ramadhan yang penuh rahmat ini menjadikan dia insan yang dekat dgn Allah...dekat dgn Muhammad SAW dan dekat dengan Al-Quran yang dimuliakan.



Kali ke 2 bersalin di sini.Syukur di DEMC saya ditemukan dgn nurse2x yang sgt membantu dan sangat baik.
First time dgn  Dr.mazita ,rasanya InsyaALLAH jika ada rezki cahayamata lagi,kami cari dia juga.Sangat peramah orgnya.

Dialah orangnya :)
Sudah 21 hari,pipi dah bam bam tu.Masa baru lahir kecik comel je.

Wednesday, July 4, 2012

Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban


Dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=1192
Soalan: al-Fadil Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.

Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
7. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
9. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.

Wednesday, June 27, 2012

Teman



Teman hari-hari.
Teman masa temujanji.

Getting pregnant in 30's...walaupun early 30's is not se-easy masa 20's.
Specially bab kepenatan.
Betul-betul cepat terasa penatnya.

Ramadhan yang akan tiba..baby mulai masuk 9 bulan kiraannya.
Dalam kata lain...raya nanti ibunya berpantanglah
InsyaALLAH.

Aduh..kawan-kawan mohon doakan Ramadhanku ini dipermudahkan untuk ku berpuasa penuh.
Kasihan si kakak yang beria-ria mau berpuasa penuh ramadhan tahun ni.
Allah...berilah kekuatan untukku bangun menyediakan sahur.
Allah...berilah kekuatan untukku sediakan juadah berbuka.


p/s: hari-hari ada rasa contraction.Berdebar-debar. :)

Tuesday, June 19, 2012

Tak macam biskut pun..


Kalau biskut sekejap je takde..lepas tu sekejap ada kan....
Yang ni memanjang tak ada....lepas tu ada sekejap je...

Entry khas buat puan Farra Aiza yang bertanya khabar :)
Saya baik-baik aje..Alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi bertanya...terharu pulak rasa...

Mood nak berbelog sudah kelaut lepas....
Hanyut ntah ke mana sudah...kuikuikui..
Tapi mungkin juga bila ada pertanyaan-pertanyaan mcm farra tu...
baru nak rajin sikit...

p/s: seronoknya baca travelog org tu ke perth.....hehehe



Friday, December 16, 2011

Buku

Minggu lepas punya cerita...

Saya suka.
Kakak pun suka.
Saya baca.
Kakak pun baca.
Gilir-gilir.
Sudahnya sampai 2 kali tarikh pulangan buku minta dipanjangkan. :)

Kecik-kecik dulu saya takde buku-buku macam ni.Seingat saya memang tak pernah ada pun buku-buku cerita english macam ni kat rumah.Tapi abah suka baca paper.Tak kira melayu atau english.Agaknya itu sebab saya pun suka membaca juga walau tak sehebat abah.

Zaman sekarang serba senang.Lagi senang bila tak perlu keluar duit untuk baca buku-buku macam ni.Pinjam saja :P

Saya suka cara bahasanya yang santai,mudah difahami dan mudah pula diaplikasikan oleh anak-anak kecil.Bahasa yang tidak terlalu bombastik senang cerita.

Khamis lepas kami ke library untuk pulangkan buku-buku di atas tuh.Hajat tak nak pinjam dulu sampai tahun depan.Tup-tup jumpa pulak buku Enid Blyton "The Wishing Wand".

Sudahnya pinjam juga 6 buah buku library lagi :)

Janji anak-anak seronok membaca!

Wednesday, December 14, 2011

Muslim Homestay


Since ada yg tanya ari tu pasal homestay yg kami duk klik2x snap picture tuh.Ni ha iklannya kat mudah.Kami pun dpt dari mudah.my juga.

Masa kami booking tuh, owner kasi RM 150 je semalam.Kira murah lah dgn cukup segala kemudahan kat dalam rumah tuh.Bagi kamilah.Lain org lain tastenya kot.

ok...selamat bercuti!

De Shameem Muslim Homestay, Penang Island




Monday, December 12, 2011

Murah + masa yang berkualiti

Saya punya method mengisi masa lapang anak-anak begini saja. Kertas + color water + berus + bahan-bahan yang ada di rumah. Kadang-kadang baru bawa keluar lawat tempat yang best-best.Disebabkan tak mau didik anak-anak "asal cuti sekolah jalan,asal jalan cuti sekolah",kadang-kadang kami jadikan keluar jalan itu satu hadiah bila diorang buat sesuatu yang bagus.Bukan saja-saja nak keluar jalan-jalan.

Untuk kebanyakkan masa cutinya,saya banyakkan aktiviti yang depa seronok nak buat.Memang penat nak pantau keselerakkan yang berlaku setiapkali.Tapi bila tgk hasilnya dan melihat emosi anak-anak yang positif,saya layankan aja.Selain dari waktu solat bersama,mengaji bersama,baca buku bersama..main angrybird bersama..oopss :P.....inilah satu lagi waktu yang sangat-sangat berkualiti diluangkan dengan anak-anak saya dan saya sangat puashati.

Ini time saya rajin nak snap gambarlah.Ada byk lagi hasil kreativiti diorang yang saya tak rajin nak snap.Hehehe.Layan sajelah yea :)

Jumpa mangkuk polistrine lebihan masa raya ari tu...depa nak buat alien sorcerer katanya...ibu layan sajelah...

khusyuk....

yg kecik ni pun tak kalah....

alien sorcerer kebanggaan mereka....

ini main tiup-tiup pulak  (hasil memori ibu masa skolah dulu :P).Depa punya seronoklah buat menda alah ni.

kakak kata penatnya nak tiup lama-lama :P


hasilnya kene tampal kat dinding...kalau tak diorang bising "mana kreatif kitaorg hari tu ibu?????"


Sunday, December 11, 2011

Memang mood bercuti

Sampaikan nak update blog pun turut beralasan bercuti.

Masa birthday hari tu,pergi berjalan ke Penang.Kebetulan aje.Memenuhi jemputan walimatulurus sepupu kami disebelah abah.Hari Jumaat ibu dgn abah turun dari Pahang.Sampai tengah malam kat rumah kami.Terus dipaksa tido(kene paksa sebab jika berdasarkan pengalaman boleh sambung berborak sampai pagi..risau terlajak tido :P ).

Then..pagi-pagi Sabtu tu bertolaklah kami ke Penang.Perjalanan okay alhamdulillah.Banyak kereta juga sepanjang highway plus tuh.Bila berhenti R&R, majoritinya pakai baju kurung..baju kemeja smart2x. Saya agak mau ke kenduri macam kami jugalah gamaknya.Dah musimnya.

Sampai Penang dalam pukul 2 ptg gitu.Sebab dah janji dgn owner homestay kat sana nak amik kunci dulu,jadinya kami kenelah cari homestay tu dekat area airport penang.Siap terlajaklah.Sesatlah.Huhuhu.Maklumlah sekali sekala je ke penang.Boleh tahan jugak kesesakkannya.Lepas dapat kunci terus pecut pegi cari tempat kenduri pulak.Sesat jugak.Hehehe.Last2x dekat jam 4 ptg baru sampai tempat kenduri.Mujur lauk nasi ada lagi.Perut kami pun memang dah berkeroncong.

Alhamdulillah dapat jumpa nenek penang and semua adik beradik abah yg menetap kat sana.Dengan sepupu sepapat yang dah besar-besar belaka.MasyaAllah.....memang meriah sungguh!

Owh! tak lupa nasi minyak + lauk gulai daging kat kenduri tu sedapppppppppppppppppp yg amatssss.Memang pure masakan macam nasi kandar gitu.Lepas tu siap ada salad + tauhu yg dimakan dengan kuah kacang.Style pasembor gitu.Yang itu pun masyaallah  sedapnya.Memang tak boleh lupa lah rasanya.

Lepas kenduri,barulah dapat balik ke homestay,unpack barang then rehat.Memang penat jalan jauh-jauh ni ye.Ikutkan petang tu nak jalan sampai ke batu ferengghi.Tapi our parent dah tertido pun kepenatan.So kami decide kami je keluar pasal si kakak dah tuntut janji nak mandi pantai.Cari punya cari,jumpalah pantai jerejak yang tak berapa indah sangat tuh.Huhuhu.Belasah je la labu.Yang penting anak-anak ni hepi tak ingat punya mandi pantai.

Magrib baru balik homestay.Tu pun dah siap beli diner dah.Risau abah dgn ibu tak larat nk keluar makan.Lepas maghrib kami menuju ke permatang tepi balik pulau pulak.Jalan memang adventurelah.Turun naik bukit.Jalan macam ular gitu.Kakak komen "ibu,jalan nak pegi umah moyang tuh macam huruf S,pening kepala tifa".

Dekat jam 1 pagi baru kembali ke homestay.Esoknya ahad kami memenuhi jemputan kawin yg ke 2.Yang ni sepupu abah yg jemput utk perkahwinan anak lelakinya. (yg saya tak kenal lansung....huhuhuhu).

Foodnya mmg mavelesssssssssssss.Rasa-rasa kalau ada kenduri kat penang lagi mmg nak pegilah.Hehehe.

Lepas settle makan,borak,berkenal-kenal kami pun start engine....balik KL.Nak namakan holiday pun macam tak sesuaiii jek.Tak jalan ke mana-mana pun.Takat pergi kenduri kawin jek.Hehehe.Anyway seronoklah juga pasai anak-anak seronok.Depa tu asal bawak jalan jauh jek mmg teruja habih.

Okay jom tgk gambarlah pulak yea.

Masa sampai naik jambatanlah kan...balik nnti naik feri pulak

ke bayan lepas...carik homestay yg dah dibooking

bila dah jumpa meriahlah sgt-sgt...pengantin lelaki itu adalah sepupuku

ini dia pantai jerejak yg tak best itu...heheh..budak2x tuh bukan kira best tak best punn :P

ruang tamu homestay

ni masa nak balik dah ni...nak naik atas feri

yey...feri dah gerak

dapur homestay

ruang makan homestay

room 1

room 2..ada room 3 tau tapi takde katil.Cuma disediakan  comforter.

Panjang betul n3 kali ni.Ter-rajinlah pulak :P

Sunday, November 27, 2011

Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah



Alhamdulillah
Petang semalam sebak dan syahdu bila sama-sama duduk berkumpul
Bila doa akhir tahun dibaca
Bila doa awal tahun dibaca
Airmata menitis
Hati penuh mengharap kepada Allah yang Esa
Semoga tahun ini kami lebih berusaha dari tahun yang lepas
untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun yang lepas
InsyaAllah....
InsyaAllah....
InsyaAllah....

Wednesday, November 23, 2011

Hati

Saya dah habis baca kisah Gili.
Gambar bukunya boleh tengok kat sini.
Muka monyok lepas habis baca buku.
Mau 3-4 bulan baru dapat lupakan.
Sedihlaaaaaaaaaa
Cerita Gili sedih sangat.
Sedih yang terpahat dikalbu.(mungkin saya je kot :P)

En.H kata "haa apa lagi..cepat-cepatlah pergi pulangkan buku tu,pinjam buku lain yang happy2x sikit".

Saya jawab "Bang...pinjam buku lain pun tak dapat hilangkan rasa sedih cerita Gilli tuh"

Sebab tu saya tak berapa gemar cerita sedih-sedih.
Saya susah nak lupakan.
Walaupun ianya hanya cerita sahaja.

Dah tu camno? :)

p/s:Alhamdulillah,saya dapat anak saudara baru lagi hari ahad lepas.Lelaki.Tolong doakan baby boy selamat sebab sekarang ni baby dalam NICU.Kata doktor platlet darahnya rendah.Mamanya dah dibenarkan keluar wad,tapi baby masih ditahan.Risau juga ni.

Tuesday, November 22, 2011

Finally...

Ni bestfren2x kakak di taski.Dari kiri balqis,kakak,ainul,syafini dan syadana.Paling dia baik dgn si balqislah.Paling dia bergaduh pun dgn balqis juga! :)

Tpt menunggu.Riuh rendah ni bila 5 taski ABIM bergabung.

mempersembahkan nasyid "demi masa" daripd taski As-salam.(kakak  conduct masa  tunduk hormat sampai 2 kali sbb 1st time tu kwn2x dia tunduk tak sama,lepas tu dia ckp 2nd time tu dgn garangnya 1..2..3..tunduk!Habis parent2x gelak...sbb bunyinya mmg kuat dan garang)

Ni peminat fanatik kakak nih.tak agak-agak tuh betul2x depan pentas dia berdiri sambil  makan nuget.

geng showdown! :P.Owh! kalau nak tau kakak-kakak depa besfren,adik2x depa pun besfren.Yang  berbaju kelabu ni adik si balqis tau.Elok betul berkawan dgn irfan sepanjang event berlansung.

yay!Dapat sijil :)

Dah habis pun hari konvo kakak.Ramai dah balik so dptlah 3 of us naik ke pentas bergambar..En H di ketika ini sedang membantu mengemas dewan.Ibunya tak sabo menunggu...amik gambar dulu :P
pose istimewa from kakak :)

p/s: Yay! for Malaysia.Walaupun saya tidaklah fanatik mana bab bola ni,tapi ada rasa BEST juga bila berjaya kalahkan Indonesia tu.But jangan dikumpulkan saya dgn all my sisters untuk tgk bola...boleh terangkat rumah jadinya walau dalam tak minat sangat tu :P